Mei 24, 2010

Permulaan Minggu





Besok hari Isnin, Malam ni tentu susah nak tidur.Law dalam rumah ibu malam hari sekolah pukul  sepuloh kena masuk bilik tidur. Anak - anak ibu ni kalau tak di tunggu tak kan mau tidur
Ibu ikut masuk bilik sama dengan  dia orang (dia orang masih tidur ber3  sebilik alasan takut serta boleh jimat aircon). Amier tidur seorang kat atas katil , kakak ngan kak ngah berdua kat bawah.
Ibu google surah al Ruqyah cari mp3 pasang kat window media player....pasang yang 54.00 minit tu..dengar sambil  baca blog sapa sapa yang ibu teringin nak baca ataupun bukak  apa - apa kedai yang menarik sesaja baca...tak sampai separuh ayat tu berkumandang pasti anak - anak ibu tidur dengan aman. Begitulah yang ibu lakukan sekarang takyah nak gertak - gertak lagi  .Ibu tak sakit hati anak - anak ibu pun tak dalah nak merungut - rungut dengan ibu,terutama si Amier tu banyak betul cekadaknya ,suka ngusik kakak - kakaknya.
Biasanya ibu akan pasang 3 kali lepas tu ,kalau ibu penat ibu akan tertidur sama ataupun kadang tu ibu keluar temankan baba tengok tv. Malam - malam baba suka tengok  movie ataupun  axn tidak pun sport , biasanya kalau baba tengok gofl ibu masuk tidur dululah jawapnya.
Eh teringat pulak hujung minngu lepas masa pergi jalan - jalan kat ECM .Ibu ada ambik gambar ni nak tengok.

Ada orang tanya ibu nama keta ni spellingnya macam ni cammana nak baca yek.Haha...ha entoh baca jelah kot mana mana pun janji bunyi macam nama orang pempuan ye tak. Issh...jangan tak tau ..budak bujang belakang umah ibu pakai keta ni lah kaler pun memang kaler ni...klazzz kan.
kita tengok satu lagi gambar ;


Ada sesapa nak pakai keta ni cantik toksah cakaplah dia punya body kalah rozita cikwan.tapi ibu takleh  sebut nama dia kat baba, Murano  nanti baba jawap merana poket ai.
Heh..heh  heran semonya berposing kat bontot keta apahal pulak ye...seseje je.

Mei 23, 2010

Memang patut pun


Semo dah tau, Shahir jadi Juara AF 8, Cew ..wwah ibu pun terikut anak - anak ibu meskipun taklah layan sangat Akademi Fantasia ni.
Bukan juara yang di persoalkan tetapi lagu - lagu yang dinyanyikan para finalis ..begitu memikat terutama lagu sang juara ' kebahagian dalam perpisahan '.

**Embun pun tak kan mampu menyubur  sekuntum bunga yang  gugur, pada musim luruh, yang dulunya mekar disinar suria, bila sudah kering pasti akan gugur seperti cinta kita...**

Sebenarnya banyak lagi tapi tu je yang sempat di tangkap dek telinga. Tapi betul tak tipu lagu ni memang best ,kena pulak dengan suara  si Shahir ni.
Tapi kata kakak  , dia suka lagu rsvp lagu Maulana tu.



Gambar yang tiada kena mengena dengan n3 ni cuma sesaja nak letak. Gambar ni gelap , dahlah  waktu malam , kamera pulak dah nak habis bateri, tengok sapa yang lahir bulan terang sapa yang lahir bulan gelap?heh...heh.

Mei 22, 2010

Betulke New Zealand.

Pagi tadi ibu pegi New Zealand. Betul!...tak percaya? Amier cakap New Zealand  banyak lembu - lembu ada susu segar. Heh..heh..Ibu nak cerita lebih - lebih pun tak leh sebab tertinggal lumix tadi . ( tu yang buat ibu sangat frust) So tak dapat ambik gambar , Hphone lak hphone cikai nanti gambar nak upload dalam laptop tak reti...tapi nak citer jugak tu.
Nak citer kat uols pagi tadi ibu pegi kg.New Zealand , sebab ofis baba buat aktiviti  memancing bersama keluarga.
Ramai jugaklah yang datang dan ada yang dapat ikan yang beratnya melebihi 1 kilo. Ada yang dapat ikan patin,ikan keli dan ikan pacu
Kg New Zealand terletak di antara pekan Seri Jaya dan Maran jika kita melalui jalan ktn - kl jalan lama. Kalau ikut highway LPT tak jumpalah kg.New Zealand ni. Unik betul nama tempat ni .
Lepas memancing kami pegi ke pekan Maran untuk makan tengahari sebelum pulang ke rumah melalui highway LPT.....Pergi memancing ke? tak bawa balik ikan pun......tak dapat ikan  pun takpalah sekurang - kurangnya Amier dah sampai  New Zealand . heheheheeeee.

Mei 18, 2010

Hari GURU



Dah terlewat 2 hari tapi takpalah ibu baru ada kesempatan untuk mengapdet kisah Amier dan kak ngah serta kakak menyambut merayakan Hari Guru di sekolah masing masing. Hari ini 17 mei 2010. sekolah satu sessi je ,Amier kena bangun pagi selepas suboh ,biasanya Amier bangun pagi  orang dah nak sembahyang dhuha dah.
Excited toksah cakaplah , eee....tak sabar nak tunggu pagi isnin 17 mei. kalau Amier tak bangun ibu spray ye, spray pakai air yang ibu spray baju bila ibu sterika baju kerja baba tu.ok...sib baik tak sempat tepuk - tepuk lebih skit Amier terus bangun.

Apa yang Amier bawak ke sekolah sempena hari guru ni.


Hadiah yang Amier sediakan buat beberapa orang cik gu,termasuk juga hadiah buat cikgu - cikgu kakak .Yang tukang bungkus hadiah siapa lagi kalau bukan ibu.Teeriima kasihhhh  ibu.ceh...wah konon cam kat sekolah lah.


Hadiah buat cikgu - cikgu kak ngah.Sorrylah cikgu anak saya ni pilih kasih pulak. Belajar jugak ni . Belajar daripada ibu wrapping paper anak - anak share ye, gitu juga hadiah tu lebihkurang sama je.janji something for teacher uols .Budget ibu ciput je.

Dan taraaa.......ini yang paling mahal...kad ucapan yang di buat sendiri ....bukan ibu buat ye. Rekaan Amier tu, bangga giler ibu di buatnya. Amier baru tahun satu tu...
Besok ibu nak gi tanya cikgu Roslina ,teacher kelas Amier, nak dengar apa pendapat dia tentang kad tu. sebab awal tahun aritu teacher Roslina ada komplen dengan ibu, buku tulis Amier  tak cukup sebab 2 - 3 buah Amier buat buku conteng.Dalam menconteng tu rupanya Amier ni kreatif jugak .


**p/s kakak masih tak sihat sepenuhnya tapi tetap kesekolah untuk merayakan Hari Guru ni...ptg tadi dah pegi ambil air jampi utk pulih semangat,tgklah kalau besok tak kurang juga..ibu kena buat sesuatu.....



Mei 16, 2010

Baiknya....




Amier nak makan nasilah ibu, pinta Amier anak jantan ibu yang bongsu tu. Masa tu ibu tengah ngadap laptop sedang baca blog Mazidul bercerita pasal anak nya buat blog sendiri tanpa minta bantuan daripada sesapa pun.
Amier  senduk nasi sendiri .Baru setengah jam tadi ibu bercerita dengan baba, pasal Amier yang boleh mengurus diri sendiri tanpa minta pertolongan ibu, menyusahkan ibu. Siap nasi dalam pinggan , ambik lauk ada udang ibu tau Amier sangat suka makan udang,Amier senduk kedalam pinggan nasinya, ambik 3 aje lah,'Ambiklah lagi Amier sukakan' kata ibu. 'Tak palah nanti orang lain nak makan lagi '.jawap Amier .
Aduh terharu ibu dengar . Baik betul Amier ni walaupun makanan kegemaran dia tapi tetap ingatkan oranglain.


Inilah rupanya udang yang ibu masak petang tadi .Walaupun ini adalah lauk kegemarannya Amier masih lagi ingatkan orang belakang.


Amier juga menjadi kegemaran sepupu - pupunya. Gambar ini di ambil beberapa tahun lepas (ibu tak ingat) masa kat kampung mbah.


Gambar ini ibu tak ingat kat mana ,tengoklah sampai licin pinggan ,Amier makan kalau ada udang .tu  adalah bahagian dia punya.

Tak taulah nak buat rumusan macamana, Banyak dan macam - macam ibu fikirkan tentang Amier ni, tapi tak apalah sebab Amier baru nak masuk 7 tahun ,banyak lagi  pengetahuan dan pengalaman yang bakal di lalui oleh Amier dan itu semua sudah tentu akan mempengaruhi perangai serta tingkahlaku nya.(Nanti ibu buat entri lain pulak)









Mei 14, 2010

ADAM NGAN MAYA,Adamaya.



Betul ke macam tu, Ibu baca blog Azie semalam ,gitu juga blog kakcik baru kejap baca blog mamalyna dan ada beberapa blog yang cuma sempat baca tajuknya aje. Kebanyakan diaorang ni cakap pasal Adamaya dah berakhir,Adamaya dah habis.Adamaya dah tamat ceritanya.
Kebetulan ibu ada sikit masa ni . Ibu pun nak tulis jugak lah pasal Adamaya ni. Sebenarnya ibu tidaklah terlalu mengikuti kisah Adamaya ni ,sebab ibu kena ambil Amier dari sekolah,jadi ibu taknak kelam kabut ashik dok ingat tv je masa on the way tu.
Pun begitu masih sempat lagi sesekali menjeling bak kata orang tau lah apa yang berlaku.Siapa Adam ,siapa Maya ,siapa Dani ,Mustafakamal dan Aznah Hamid tu jadi apa,begitu juga siapa sicilik comel tu.juga ada watak - watak interfrem yang hensem dan cantik.
semalam nya pulak tetiba je lepas ambil Amier tup - tup kakak bukak tv3. tengok -tengok dah rupa siLisa surihani yang comel jelita tengah confuse....bagus betul makbapak dia nak pujuk si Adam tu membatalkan niatnya .....senang ceritalah nak bawak diri tu...heh...heh ibu malas dah nak cerita lagi semo dah tengok sendiri kan pengakhiran nya.
Rumusan  atau moral of the story.....jangan lah kita kacau rumahtangga oranglain ataupun ada hati terhadap orang yang sudah ada ikatan sebab yang akan terima padahnya diri sendiri jugak .
Cerita ni bagus dijadikan iktibar dalam membina ikatan keluarga samada yang baru kahwin mau pun yang dah lama.

Banyak ibu nak celoteh lagi tapi kak ngah dah memanggil manggil ibu .Hari  ni nampaknya ibu kena bawa kak ngah pulak keklinik ,kakak dah beransur baik  tapi kakngah pula kena jangkit.Hari pulak mendung je..gerimis ,baba mungkin malam baru sampai dari outstation tu.

**kakcik sebut pasal bas stand klang,bas mini (warna pink)...hu...hu...indahnya rasa masa tu.waktu berebut naik bas 222 balik SA ibu pun pernah kena copet masa tu pulak ibu tengah peknen kakak dan kerja kat jalan Ampang.  ada cerita ;
sewaktu naik teksi dari hentian Putra , pepagi buta turun kat bas stand klang tu nak bagi tambang takda duit kecil merata tanya orang nak tukar duit..takda yang sudi (takut duit palsu kut).last - last driver teksi minta berapa aje yang ada. mulanya mintak rm10  jadi rm3 sebab cuma ada rm3 aje duit kecil masa tu.
Heh...ada lagi nostalgia yang ibu nak tulis tapi tak tertulis lagi .nak tau tak kisah ibu pada suatu malam tu ditahan polis di SA. heh...heh..menarik ni tapi lain kali lah ibu update lagi.
Rindu masa masa kat kl dulu   banyak sangat kenangan muda muda dulu kat sana.




Mei 12, 2010

Batuk! batuk!


Hmm..hari ini baba  out station kat kl. So , ibu cuti masak  , makan kat luar takpun kita makan nasi bungkus je. Tapi pagi tadi ibu bawa kakak pegi klinik .batuk  kong.kong..tengah tidur pun batuk lagi.
Actualy kakak batuk dah lama. Ibu ingat pada minggu pertama kakak batuk ibu cuma pergi ambil ubat batuk dengan selsema pantang minum airbatu.tak jugak reda batuk kakak.



Inilah rupa ubat yang mula mula ibu ambil kat klinik.
Kakak minum ubat batuk tu pada waktu malam saja ,sebab kalau minum pagi - pagi ,sebelum pegi sekolah .kakak takut nanti mengantuk pula kat kelas. Dah beberapa kali minum ubat ni tak da nampak perubahannya, batuk masih berterusan jugak. Baba cakap cuba u bagi minum  Breacol pulak . ai dulu minum breacol je .baik.


Hah ni breacol tu .ibu beli kat guardian depan tu. minggu kedua tu kakak minum breacol sebelum masuk tidur dah habis separuh . Masih macam tu jugak . Last - last . Bawak pegi klinik lah check . takut sebab kat hospital penuh dengan orang yang kena h1n1. Eee...baba ni . apa kaitan nya...risau??!?!!1



Hari ni dapat ubat macam ni pulak. Doktor tambah ubat demam dengan Antibiotik sebab kakak kata dia rasa macam nak demam.
Lepas makan ubat kakak terus tidur kat ruang tamu depan tv. Dah dapat surat MC seronok lah dia .tak pegi sekolah. Tengoklah , mungkin besok kakak beransur baik sebab  dah makan antibiotik.
Sebenarnya mengikut kata kakak cikgunya yang cakap kalau batuk takyah pegi sekolah sebab takut jangkit kat cikgu. kebetulan ada lima orang yang batuk dalam kelas kakak.
Kakak pun apalagi takyah gi sekolah seronoklah  kat rumah cuti...








Mei 10, 2010

SE SAJA Nak SEMBANG...

Pergi rumah mama ina ,jumpa Alieya sembang pasal kawan dia. Arwah Aminurashid tu rupanya kawan sekolah Alieya. tapi berlainan  kelas mereka bersama - sama dalam satu group studi kat sek.men.seksyen 9 tu.
Alieya pun bercerita lebihkurang apa yang dia tau pasal malam kejadian  arwah kena tembak tu.katanya dia juga pergi  menziarah  arwah pada hari kematian tu serta ke tahlil pada keesokan hari nya.
Setelah mendengar cerita dari Alieya tu ibu tak berani nak komen apa - apa cuma sebagai peringatan buat anak - anak ibu ambil lah iktibar dari kisah arwah Aminurashid ni.
Ibu nak snap gambar Alieya...tapi nak tunggu esoklah...bila dah keesokan hari nya Alieya belum bangun lagi sedangkan baba dah tak sabar nak ke rumah bibik eqin untuk berjumpa dengan mbah.
Lepas makan bibik eqin ajak kerumah bibik noja kat puchong ,sebab bibik noja nak buat bbq sempena hari ibu .
Tapi  baba tak termakan pujukan semua orang termasuk mbah. Nak balik dan - dan tu jugak.
On the way balik di highway LPT  kami menempuh hujan yang sungguh  lebat.Suasana macam malam Heh...kecut perut ibu. Bukan  saja 7 kali surah kursi ibu baca malah berpuloh puloh kali. Alhamdululilah selepas Maran hujan reda barulah ibu berani ambil gambar.
Dalam suasana hujan renyai  ibu selamat sampai kerumah sebelum tu  sempat lagi singgah kat kedai gunting rambut.

Rambut Amier digunting oleh amoi. Amier malu - malu masa ni sebab baba ngusiknya.kontrol la tu.........


Dimana dia emak saya

Pagi - pagi dia dah mengiau - ngiau menganggu ibu .opps...ibu tak anggap ianya satu gangguan cuma untuk bermanja - manja.

Perasan tak...mata sebelah kiri tu juling. Mak dia dah tak hirau kan dia lagi sebab sibuk
sibuk melayan adik adik yang lain.hmmm...nak raya kan hari ibu ke....


Sedih  dan sayu hati nya mengadu kat ibu...
siap tunjuk muka kesian tu......






KISAH malam sabtu



Dari jauh sudah nampak ,jalan nak masuk sudah mula jem,terinsut insut suspen la...
Lebihkurang 10 minit sudah semakin jelas manusia juga kelihatan ramai di kawasan ini.
Apa lagi tak pernah jumpa posinglah konon.....rasa - rasa macam ada kat mana yek?
Mata dah mengantuk.....tapi posing tetap posing.....yang nak ditunjukinya benda yang kat atas kepala tu.
Wah seronok betul kak ngah sampai muka dah berubah macam mickey mouse dah......
Tujuan datang ke I City ni ibu nak jumpa bibik eqin yang buka gerai jual ayam goreng bersama dengan chik iwan. Ada jugak jagung bakar bersama buntot    tongkeng ayam.
Meriah betul ibu tengok kat sini mungkin di sebabkan malam minggu agaknya.           
Sudahlah sampai malam ..jalan - jalan,posing - posing ,shoping - shoping sampai malam dah beransur nak  suboh baru nak balik. Lampu dah tutup pun masih sempat berposing lagi. Kalau lampu tu masih bernyala tempat tu adalah kawasan 4 musim. Posing..jangan tak posing. Selepas tu kami beredar ke rumah mama ina kat shah alam. tumpang tidur, sesampainya disana  kimi  telah pun tidur setelah penat menunggu kak ngah untuk sama -sama bermain ps3.Kesian.......

Mei 06, 2010

Adoi...sorry,sorry,sorry.....

Penat sungguh memperbetulkan keadaan yang tak di jangka ni. Dalam cuba mengode gode bermacam perkara...konon - konon nak letak berbagai aksesori..nak vogue lah. tanpa agak -agak dan last warning maka..ibu telah terdelete segala penat lelah yang ibu buat .dengan serta merta..tau - tau  aje teknoloji jepun. ni. Hah ya..punah  ,rabak ,hancus.  !@#$%^&*


p/s; sorry tu ..sebenarnya di tujukan   kepada kakcik nurseroja  se orang yang baikhati yang ibu kenali di dunia maya ini...sebab mungkin  kakcik terkejut tengok napela..blog ibu jadi cam ni....hu...hu..hu
sebab ibu tau kakcik sorang  aja  yang sudi baca blog ni. makasih kakcik ye. ibu tau ibu ni ba.....nyak nak kena pi tuisyen dalam hal - hal berkaitan jenayah eh  IT ni.


***betul la tu saya kat kuantan . Nanti kalau kakcik datang kuantan saya belanja  kakcik kat kemaman kopitiam  boleh? .bukan kat kemaman. Alah.....depan megamall tu je.....sila klik    http://www.kakciknurseroja.blogspot.com/.



***satu lagi ibu nak letak...www.karipapsayur.blogspot.com .sebab ibu ambil logo kedai dia. The Duchess gambar minah sexy kat sebelah tu.Mommy Q  ni ada anak bujang QZ  namanya. sungguh comel.






Mei 05, 2010

ngepen........

Hai  nama  saya  WAN

pasal paras rupa saya bukan rupaWAN

tapi saya seorang dermaWAN

tu la..saya nak jadi jutaWAN.




pinjam kejap boleh......sejak dua menjak ni popular betul iklan ni erk, ibu tumpang dengar je. tetapi terkadang ada jua terkembang kempis (tak tau la apa yg kembang;maggi kot )  bila dengar iklan tu.walaupun tukang kepen tu orang la"ki.




Mei 01, 2010

dah MAYFIRST KE....

EH...ingat nak buat last entri utk bulan april aleh aleh dah terlepas. Ibu banyak cite sebenarnya sejak balik kg baba aritu lagi. Tetapi....macam biasa kesibukan mengejar masa ibu so...ibu pun biarkan saja. Alasan lagi satu..Lumix ibu antar pegi servis so tak best citer tanpa gambar....
1st balik kg baba. Alah macam biasa kalau balik kg baba tu tentulah menghadiri sepupu baba kahwin. Ha...kat situlah berlakunya kejadian yang tidak di ingini tu...elok elok ibu pegang lumix tu tiba tiba ia jatuh setelah cuba bertukar tangan kepada kakak.ibu malas...dan makin malas jadinya.
2nd balik kg ibu antar nenek. Nenek nak melepaskan kerinduan pada rumah yang telah hampir 5 bulan ditinggalkannya..sambil sambil tu baba ada kerja kat tempat kerja baba yang satu lagi tu. Nama tempat tu cantik..BUKIT PUTERI (sebelah terengganu) GONG KEDAK (sebelah kelantan) penah dengar tak? tentu penahkan. Kami nginap kat BUKIT KELUANG beach resort.
Eehhh....malaslah nak citer sebab dok terkenangkan lumix yang masih belum boleh di ambil nanti kang ibu citer lagi ye.....
-
-
Besok ada beberapa jemputan kahwin yang harus di penuhi...hadiah belum di beli ibu rasa besok pegi happy homes ajelah ...cari hadiah. aci tak.
-
- Tasha cakap okla tu.....




sebelum ibu tutup entri ni tengok tengok la kolam ikan baba yang sungguh tidak menarik bila di ambil mengunakan kamera lap kiut ni..


Nampak tak?....nampak tak.

O  ya baru tadi ibu ada terbaca kat entri mommy Q nak bagi voucher pelansingan kat keep slim....oh sungguh ku teruja dan obsess (dah ibu mula dah .tunjuk bodoh ) bestnya kalau ibu dapat .kat tempat ibu keep slim belum diujudkan lagi so.....sabar ajelah ye.......