Al-fatihah untuk sdra Din beramboi.Ibu mula mengenali din beramboi tahun 2009 dia jadi peneman Aznil dalam rancangan pagi di Era.Waktu dalam kecoh - kecoh nak antar kakak pegi sekolah dengar dulu din beramboi baca berita cara kami.kata Aznil .Tersengih- sengih lah kami mendengar berita yang entah hapa-hapa din beramboi baca tu.tiap-tiap pagi pasti ada idea kelakar yang tak menasabah dia tu.Dah lewat sket sebelum pukul 9.00 pagi .Masa ibu antar Amier ke Pra masa tu lah din beramboi ni menalipon pendengar ,dia akan menyamar sebagai entah apa -apa tujuannya nak kenakan orang yang ditaliponnya tu.
Tahun ni 2010 ibu kena antar kakak dgn kak ngah sebab kak ngah sekolah pagi .Ada drama sebabak dan sawang cara...kami bertiga beranak mendengar telatah diaorang berdua tu .sambil mengomen dan bab yang paling kelakar tu sudah tentulah Aznil yang paling kuat gelaknya..kekkk...keeekkkkek
Rabu lalu bila radio di on semasa rutin kami diwaktu pagi Aznil dengan nada sedih memberitahu din beramboi dalam keadaan koma di Hospital Selayang.Kakak dgn nada bergurau 'sakit la pulok orang ni". dalam hati ibu...teruk ke sakit tu ...sebab koma sesuatu yang serius.Pengumuman di buat.Kaum kerabat kerja dan keluarga mengadakan sembahyang hajat untuk din beramboi.
Khamis pagi mereka (orang Radio Era) memberitahu din beramboi sudah ada perkembangan yang baik dan keadaan nya sudah semakin stabil.Tertunngu dan tertanya juga macam mana kelakunya setelah dia keluar hospital dan kembali bertugas nanti.
Jumaat pagi Dina dan dee jadi penyampai Dina mention "arwah" din beramboi terasa macam main main pulak.Pun begitu Innalillah....tekan semua frenkuasi radio dan dengar berita pagi..sempatlagi buka tv sekilas pandang MHI sah berita ini memang sah .Din beramboi sudah pergi meninggalkan kita.
Semasa on the way antar kak ngah selepas antar kakak sempat ibu hadiahkan Al fatihah buat Arwah din beramboi bila mendapat berita yang di luar jangkaan kita ..Subhanallah dan AllahHuakbar airmata mengalir laju je sedih ..simpati..mungkin insaf buat diri .
Masa din beramboi sudah sampai itu janji Allah...dan orang yang paling sedih sudah tentu orang yang sering gelak bersama din beramboi - Pak Nil.
Takziah buat keluarga arwah din beramboi semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Amim...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .