Julai 28, 2010

Nak kena buat jugak ke...

Hari ini nak kena pegi Balai Polis. Tapi hati rasa sungguh berat...sebab dah lama tak berurusan dengan pak - pak polisi ni. sejak menguruskan pasal pencen arwah abah hari tu je. kira - kira 4 tahun yang lalu. lama dah tu.
Sebab musabab ke Balai Polis...pasal nii..
Beberapa keping atap umah di terbangkan angin , pada hari ahad 25 julai .hari tu.

Kepingan genting jatuh , kena pula genting depan belobang pulak. kalau ujan turun,air akan mencurah - curah betul - betul depan pintu masuk .

Pandangan keseluruhan taklah nampak sangat tapi kira dah rosaklah skit. sebenarnya ada lagi umah lain yang terkena tempias ribut pada petang minggu tu. dan mengikut kata dia orang .boleh claim insuran untuk membaiki kerosakan ni, biarpun tak banyak kalau  layak apa salahnya kan!
Bagitau baba ,kata tak yah , dah panggil pun kawannya untuk  membaiki kerosakan tu. Tapi ibu nak tepon bank dulu. Bank pula kata ada  prosedur tertentu yang kena di ikuti dan ibu kena tunggu sebab diaorang nak check entah apa - apa, sebab tu bank suroh ibu pegi  buat report dulu kat balai polis. macam kena samun pula ye. ;- Baba pula tiada di rumah sebab berkursus kat gong kedak. jadi kalau nak ...ibu  kenalah pegi ke  balai polis juga.  Rugi pula rasanya kalau tak claim walau pun kerosakan taklah banyak mana.
Kalau ada baik guna ...ye  dak.




Julai 26, 2010

janganlah kau pupus...

 Semalam ibu ada baca paper . Ibu tertarik satu artikel ni  ;- sila rujuk pada gambar ; - lelaki tulen makin pupus.???
Heh...heh  apa makna tulen dalam istilah yang hendak di perkatakan oleh si penulis  ; - di tulis oleh lelaki macho gak, Jehan Miskin. Gambar di letak kat situ semonya lelaki macho Jalaludin Hasan, Eman Manan  dan Fahrin Ahmad.
Tulen sebab betul - betul asli ke.. mungkin ada sifat - sifat kejantanan yang begitu kental serta keegoan seseorang lelaki. dan sifat itu  makin sukar dicari pada mana - mana lelaki sekarang. ye ke...banyak nak kena kupas ni ;-  mcm  buah durian ke...cam buah rambutan?   AH..!  ni bukan forum.. sesaje je ibu nak letak gambar orang - orang yang hensem n ganteng ni.  seronok. ( eeeii cam gedik je)
Adi putra ; gambar live  ;- Mamat ni memang  cukup lengkap package luaran nya penuh ketulenan (pandangan mata ibu).
 
Danny xfactor -  rupa terlampau comel  susah nak jadi hero kecuali  drama ringan serta kelakar. bolehlah!

Amier ..kena tunggu  tahun 2025 baru boleh nampak ketulenan dia ni. Dari fizikal confirm Amier macho tapi mungkin sikapnya  kurang skit sebab jantan sorang, manja ;- ceweeek.

Hah ...bakal lelaki tulen n mancho tak lama lagi.....aura nya dah mula merebak dah...
Walau pun banyak pujian atau komen ibu ,hanya inilah satu - satu lelaki tulen yang tak akan pupus  sepanjang kehidupan ibu di mukabumi ini.
ibu benti camni je bu leh..oklah bye..






Julai 25, 2010

Jawap KOMEN..

Hari  ini 25 julai 2010. semalam siap tulis kat n3 ni. Hari ini nak pergi kesini ;-  iklan dari s/khabar  ;-  cuba perhati tarikh  ' promosi". - siap 10 hari sahaja.
Sebelum keluar sempat buka blog , baca komen daripada kakcik dan kakErna..untuk kakak berdua yang di sayangi ....dengan ujudnya  n3 ni maka terjawaplah segala komen uols ye.

Gambar hari ini -; sesampainya kat tempat sales tu ...siap ambil gambar banner lagi..bukti. hari ni datang.tup ..tup pintu masih ditutup .
*** sempat ibu beramah mesra dengan beberapa orang yang datang kesitu semuanya kehairanan kenapa masih belum dibuka sedangkan hebahan telah di buat .
Hah sapa nak jawap ??? tapi tak palah ..nampaknya kena pegi hari terakhirlah. 1 ogos 2010. sebab baba dah nak bertolak tengahari nanti .


Melencung....

Hari sabtu 24 julai 2010 geng bebudak sekolah ni kata nak gi public library , yang berhampiran dengan wisma persekutuan. Apalagi kenalah ibu antar. Baba pulak ke Maran , biasalah dengan geng golf. (GG) .Lepas antar kakak ke library ibu balik umah dulu kena uruskan pasal umah  ;- baba minta orang  tukarkan tiles kat ruang tamu 2. Sesampai kat umah ,   kakak call...pukul 1.00pm library tutup suroh datang ambik, ibu kata nanti , nak tunggu orang  tu dulu . Tau - tau kakak cakap dah ada kat Megamall.
Dah siap ...bagi nyau - nyau makan dan solat zohor ,ibu shot ,ambil kakak and the gbs 
ke KP pula.

Kakak cakap nak jumpa  siminah manja ni.
Masa gambar ni di ambil ibu tiada disitu , ibu sedang sibuk mencari parking keta. sesampai kat situ kakak dah tunjukkan ibu gambar ni , sebab itulah ibu ambil gambar kat
atas tu ..nak ambil gambar budak lelaki yang cute tu...
Lepas tu kami ke tempat ni. Ini  dah masuk kali ke 3 ibu ke tempat ni saja suka - suka buat terapi/treament minda ..kat tempat begini. bak kata seorang kawan ibu dalam fb - barang tak sesuai ngan taste, tapi takpa tengok je tak kena bayar.
Ni gambar hari pertama malam masa pegi ngan baba. orang memang ramai tapi masih
under kontrol.
Besok hari Ahad ibu nak pergi ketempat ni pulak....Baba mesti pergi sebab sebelah petang baba nak  kena pergi out station ke Gong Kedak..pergi  jangan tak pergi ,  beli belum tentu lagi.




Julai 23, 2010

SIAPA..pernah buat...

Semalam ibu ada buat n3 kisah konon - konon nya pemanduan berhemah  nak cepat di jalan raya. Hari ini  kisah tengahari tadi. Hari ni hari jumaat , penghulu segala hari ,tapi hari ni lah hari yang seronok sebab...besok cuti. (hari tak bekerjalah tu...ibupun relaks skit biarpun tak cuti)
Sekolah pulang awal..misalnya kakak kalau hari biasa balik 2.30pm hari ni pukol 12.00 begitu jugak kakngah . Pagi tadi ibu ada hal skit...so keluar dari rumah agak terlewat ...dekat 15 minit.Terkocoh -kocoh tapi maintain.
Perhatikan wira merah tu..masa ni nak u turn ke kiri  belakang ibu toksah kiralah keta memang banyak tengah menunggu giliran untuk u turn. kenapa ibu ambik gambar? sebab...lama sangat ibu menunggu sempat ambil 3 kpg gambar tapi satu tak sesuai so letak 2 je. kalaulah banyak keta meyebabkan takleh nak masuk kiri , mana keta dari arah kiri takda kan...
kasi terang lagi..rupanya  pemandu tu sedang  bertelefon...cuba bayangkan apa perasaan pemandu wira merah ni...ho..ho..happynya boleh meyusahkan orangramai dibelakang yang dah lebihkurang 1/2 km panjang ni.
Hai ...tengah hari jumaat ni panas betul biarpun dah letak aircon tahap 2 dalam hondamyvi  ibu  ni.
-
Siap, ambik kakak balik rumah ,jeling jam dah lebih 12.30 tgh nak keluar  pegi ambik kakngah pula. kakak kata nak ikut ,Amier pun ikut tapi nak benti beli aiskerim dulu ok. Hari jumaat ibu kena banyak s.a.b.a.r   .

Nak masuk kesekolah kakngah ;- sila abaikan cicak yg melekat tu. kali ini u turn kekanan pulak.

Kalau berani..cubalah terjah..takut jadi arwah. Nak komplen ..ada orang lagi susah kerjanya. so redha jelah , pagi, tengahari dan petang inilah kerja ibu...dah bertahun - tahun dari kakak mula bersekolah insya ALLAH minta  Tuhan panjangkan umur ibu sampai Amier habis sekolah rendah kat sini 5 tahun lagi.
Itulah kisah ibu hari ni..ada sesiapa nak buat.

Makan LAGI....

Semalam dah tulis pasal makan, hari ini rasa nak tulis pasal makan lagilah. Kalau semalam ibu tulis pasal makanan kat SA, hari ni ibu nak tulis pasal makan - makan kat tempat ibu.
Kalau tengahari ni tengok gambar makan ..lapar benar rasanya apalagi bagi orang - orang yang berpuasa..minta maafla ye.. Ibu dah ganti posa masa bulan syawal aritu lagi sebab tu ...sekarang ibu relaks...je.  Lagi pun arini kan hari jumaat..biasanya memang ibu ' berhariraya' ..keh..keh..
Mula - mula ;- masuk je..tengok menu ;- apa yang ada kat tempat ni..makanannya luarbiasa kan? luar biasa...lain dari yang lain tu atau pun tak macam selalu kita jumpa.. Ha....nak makan lempeng nyiur lah! kan kata kat tempat lain takda...sorry kak, lempeng nyiur tak da..???
 
Bakso mangkuk besar tu...rm4 je

kwey teay...dah lupa apa namanya..


Mee kari ,rm 4 juga.  Cuba tengok mangkuk tu ...atasnya besar bawahnya tirus je.mee tu diletak di bawah bukannya diatas so..jadi skit je kan..

gambar atas ;- kakak ngan kawan - kawan  ketika  meyambut kedatangan ibu dihari pelaporan tempohari..kawan - kawan kakak memang sporting dengan ibu.Tapi tengok ,dalam ramai - ramai yang bertugas ni lelaki sorang je...kemana yang lain ye ,lupa lak ibu nak tanya.


Julai 22, 2010

OK jadi...

Aduss...apalah silap buat n3 semalam sampai tajuk boleh lupa, itulah risikonya buat 2 kerja dalam satu masa .  Sudahlah begitu berbagai pula kesilapan - kesilapan yang sengaja  kecil yang memang ibu tak tau puncanya , so, kita buat jelah n3 lain. Sudah dekat tengahari perut tentu laparkan..jom kita tengok gambar makan.
Semalam sebelum datang kesini kakngah ada cakap teringin nak makan telur separuh masak, kebetulan restoran ni ala kopitiam baba order set breakfast biarpun jam waktu ni pukul 6.00petang ;-  tak salahkan? minum ptg makan sarapan.
Kemudian makanan kakak pula sampai , kakak minta kwey teaw kungfu/hongkong  ;- terus makan tak tunggu orang lain dah.

Amier pulak. .teringin nak makan chicken chop, tapi mengarut je yang lebih banyak main daripada makan.
Hah...baba punya , yang ni special...mee siam singapura...sedap.Ibu cilok baba punya sebab tu ibu tau mee siam ni  sedap.
Last ibu punya baru sampai laksa penang  sedap juga ..sebab  sudah lewat petang baru jumpa makanan.
Berbaloi rasanya makan kat Killiney ni walaupun .....sempat berehat dulu sementara tunggu makanan sampai. Oh ya , lanskap kat sini pun damai je.. terletak kat tempat baru dibuka di SA berhampiran dengan kolej PTPL.  Layanan daripada crew restoran ni pun ok dan diorang masih muda - muda belaka.
Daaa...n3 tuk tghari ni ..nak tengok hidangan  kat dapur ibu pulak.
Selamat menjamu selera....dan jangan lupa cuci tangan  dan baca Bismillah sebelum makan.



Julai 21, 2010

OH...kali ni cam mana - mana pun mesti jadi. Jangan tak jadi, aritu ada janji  nak buat n3 pasal makan kat sebuah restoran tu, tangguh punya tangguh  bila nak buat je n3 tu, terus rasa kenyang tak jadila pulok. Malam ni syok pulak  layan laila asyikin kat tv3 ni, baru 2nd episod ibu rasa citer ni ada kelainan skit.
OK, kita tinggalkan dulu pasal laila asyikin tu, kalau tiada halangan ibu nak ikutilah citer tu..cew wah  jauh angan dan perasan tu...

Pagi ini cuaca agak gelap walaupun tiada hujan. Terkejut lewat skit tapi sempatlah solat subuh sebelum ibu keluar antar anak dara ibu kesekolah .
Lepas  lampu isyarat hati rasa tak sedap ,w/pun lagu kat radio kedengaran sungguh sedap,, sempat ibu baca ayat kursi sekali untuk tenangkan hati. keta memang dah banyak tak terkira , ibu masuk kanan follow depan dengan tenang sehingga sampai kat simpang dari pekan . tiba - tiba lampu merah keta depan menyala tanda brek ditekan. ibu cepat - cepat menekan brek kecemasan, sempat jeling kat cermin pandang belakang wira belakang berasap tayar tapi tak sempat menghentam. Alhamdullilah pada Tuhan.
Lepas buat satu pusingan antar pulak kakngah , macam biasa kena tunggu giliran sebab nak melepasi jalan keseberang kanan. sampai pintu depan angkat tangan tanda minta kebenaran. (dah lama ibu nak ambik gambar provos, tapi tak dapat - dapat) settle  ;- lepas cium tangan.
On the way balik nampak benda ni. haiya.....pagi - pagi  ,lebihkurang jam 7.30 am ,sabar ajelah kan.  Kerja ibu dah abis , bagi kat orang yang baru nak pergi keja sebab tu tinggal ibu sorang - sorang follow sambil ambil gambar heh...heh.;-  time keta banyak mana boleh  snap gambar takut wei...
Petang gi umah mokteh ambik baju kat atas tu.....dah lama dah tempah...sejak bulan februari lagi.. try, hah..ketat  tang b**toooooot.  Kain yang mengecut atau ibu yang makin g*mok...mok...mok.

Apa - apa pun PEAS.......................eh   PEACE  .....napalah pulak tulisan ni jadi kecik tanpa ada warning ke..alert toing..toing ke...hai.....oklah . ibu benti dulu...bbbye...




Julai 19, 2010

al - KISAH nya.

Nak cepat ni, tapi nak buat n3 juga,  harap - harap faham ye sebab ibu letak gambar je.
Ibu ambil gambar ni semasa menunggu giliran nenek berjumpa doktor, nenek tak sakit pun cuma pemeriksaan rutin sahaja. kalau ada kat umah ibu , nenek memang suka  sangat datang ke pusat kesihatan yang berhampiran rumah ibu ni. Tak taulah mungkin para petugas kat sini mesra kot.
Terjumpa pula dengan minah kenit ni kat sini , sakit tekak katanya..jiran ibu masa umah lama , dia datang bersama mak mya, apalagi ibu pun sembang sakanlah.


Nenek dah ada bekalan ubat nak balik  tengok umah dia pulak..kenalah ibu ngan baba antar, setelah meredah perjalanan hampir 5 jam sampai lah kami     kekampung nenek ,kemudian hujan pun  turun..lebat. sampai ke malam tapi nak juga pergi ketempat tu. Bukan apa jalan - jalan sambil jamu mata.
Hajat hati ke wakaf che yeh kut jumpa beruk mat yeh..tapi tengok - tengok dengan tempat ni kami berselisih.
Apalagi rezeki yang  di cari mesti di habisi (???)


Ini adalah gambar buah salak yang  belum boleh di petik.  Nenek tunjuk kan kakak dan kakngah buah salak yang masih diatas pokok ;- berbuah di pangkal tapi pangkal pokoknya agak tinggi dari tanah.

Ha...apa ni . ibu pun tak tau pada mulanya...tunjuk kat nenek ni berbunga ni..bukan , inilah jantan dah pasti tak akan mengeluarkan buah, oooo....nilah ghupanya ye.
Pokok  salak ini adalah peninggalan arwah atok buat cucu - cucunya tapi oleh kerana nenek pun jarang ada di umah pokok - pokok ni  kurang terjaga ,KESIAN..

Sasekali balik kampong seronok walaupun sekejap je ....apalagi tengok keadaan kampong yang sungguh nyaman , bila malam makan nasi belauk 2 rial ,rasa nak duduk kampong je..tapi nak buat apa yerk..kalau ibu cari rezeki jual durian ngan dokong tepi jalan ...Aci tak?

Julai 16, 2010

tukar LAGI ....sekali,

Heh..heh..Salam lepas  maghrib ye..ibu tak puashati pasal n3 ibu sebelum ni..Ada yang tak kena, sebab ruang kosong kat bawah tu panjang sangat kenapa ye!  terlebih sudah. Pun begitu  terimakasih bebanyak buat kakcik ngan ibuintan sudi baca n3 ibu tu.
Ibu nak beri kredit kat tuanpunya restoran ni pandai  betul dia, agak berapa lamala dia perah otak nak letak nama restoran tu, last - last dapat banjir lak . Ibu rasa ban J lebih bermakna daripada ban thai tu kan ;- dengar pun takuuutt. Kalau  kat sini terbayang kway teow goreng yang berkuah tu melimpah - limpah macam mee  udang banjir  kat  Tanjong Karang . Aiii...terbayang je, iya  lah sebab ibu tak masuk pun restoran ni , ibu ambil gambar je tu pun pintu depan, sebab ibu masuk kedai sebelah.

Ibu masuk kedai sebelah  ;- ni pun unik juga namanya  , Wah  kill .. banyak makna tu , n3 pasal makan merangkap apa yang ibu makan kat sini nanti ibu  buat kendian ok. Kali  ni  citer pasal nama.

Hah ..bukan nak promote anak dara ibu tapi nama restoran kat belakang  tu ..simple aje kan straight to the point.. serta apa yang di jualnya ,tapi pada hari  dia orang tu bergambar restoran ni di tutup atau masih belum beroperasi, tak tau la pulak.

Alang - alang nak cari kelainan tu kan..ibu jumpa tempat ni ..tak taulah apa namanya sign board ni terletak di bahagian belakang kedai makan .Memang tuanpunya tempat ni begitu teliti  .walaupun tak letak nama tapi letak logo,  Ada peringatan buat yang sembrono.


TUKAR...???

Salam petang Jumaat untuk semua, ibu nak citer kisah petang jumaat minggu lepas, Masa baba balik lunch kat umah , sebelum pergi ofis balik,  dia tunjuk - tunjuk kat keta ibu..nak tukar tak ? tanyanya..ibu gelak - gelak je...dan mula lah perasan...


Apalagi mestilah terbayang di fikiran keta - keta yang baru keluar kan, keta seperti di atas ke?.Memang cantik dan kelas ....hish....(bukan wish ye ) tak ke besar sangat ibu nak usung ke sana kemari sekadar antar anak - anak ibu kesekolah.

Atau yang ini kiut sikit...ibu dah tengok ..dari tepi ala - ala Jazz gitu. Tapi tak kan nak tukar lama ambil asal..yang baru nama melayu yang lama nama mat saleh...tak nak..tak nak..
;
;
;
Petang baba balik dari ofis...ambil keta ibu , ingatkan biasalah kadang baba  keluar nak jumpa kawan pakai keta ibu je..Lebihkurang dua jam  baba balik.  Dah siap katanya..tengok lah
Ha..ah  tukar tayar je...ini tayar belakangnya dan sebab nak jaga hati ibu kot...baba tukarkan sekali sportrim nya , ce..wah  ada lambang tu, jangan tak tunjuk . ibu ni ,,baru dapat sportrim aje tu..
Tayar depan ...nasib baik baba murah hati nak tukar keempat - empat tayar yang tak pernah di tukar sejak 5 tahun lalu. yeah... tak pernah pulak ibu pakai keta sampai 5 tahun ni. Nampak sangat kan ..cuma mampu tukar sportrim je..boleh ke keta ibu di panggil Honda myvi..
Nenek kata bersyukur..ibu ada keta sendiri ,boleh antar sendiri anak - anak pegi sekolah, terkadang tu boleh juga jalan - jalan sendiri. Hmmm...entahlah..rasa - rasa macam nak cilok keta  baba je..tapi takut, sebab baba dah cakap jika tanpa kebenaran dia, kalau jadi apa - apa baba tak nak tanggung..uwaaaa..jadilah ibu driver baba bila baba ngatuk je, tu pun kat highway yang lengang..