Julai 01, 2010

ter KENANG dan ter ingat


Amier ; gambar hari pertama 7 tahun lalu anak lelaki yang amat kami harapkan. Amier memang special;
Kakak ;  masa ni umur lebihkurang 2 minggu  ; ibu memang nak anak pertama perempuan Alhamdulillah kakak membawa rezeki dan keberkatan dlm kehidupan ibu dan baba.
Kak ngah ; gambar dalam hari ibu tak jumpa cari ; masa ni  umur dalam 2 - 3 bulan. Kak ngah
lahir sebagai peneman buat kakak serta  menambah ceriakan lagi seluruh keluarga.

Motif;   Ibu letak gambar  anak - anak ibu semasa baby sebab terkenang  , ketika melihat gambar - gambar baby kat paper semalam.

Wahai anak - anakku betapa bertuahnya kamu dan beruntungnya kami;ibu ngan baba.
Alhamdulillah ....Ya ALLAH Ya Tuhanku  di atas Anugerah MU ini yang di amanahkan buat kami....Amein.




6 ulasan:

  1. Wan..anak2 kita memang bertuah..kesian anak2 yang dibuang..comel2 cukup sifat..bagaimanalah perasaan..siibu semasa melakukanya..

    BalasPadam
  2. Ibu yang dalam suratkhabar semalam tu, layakkah dipanggil ibu?? :(

    Betapa beruntungnya anak-anak kita. Semoga kita juga beruntung menjadi ibu mereka. :)

    BalasPadam
  3. KakErna..sebab tu lah saya selongkar gambar anak - anak saya ni..tgk gambar dlm paper semlm ...dlm hati terdetik andai diberikan padaku pasti aku mau.

    Helper saya ada anak Downsindrom tapi dia sgt berbangga ngan anak tu.

    BalasPadam
  4. Kakcik...sebab tu saya letak n3 ni, biar diaorg (anak2) faham.

    itula yang didoakan siang dan malam.

    BalasPadam
  5. Salam Kak Wan sayang ..

    Anak-anak adalah hadiah terbaik dari Allah terhadap kita .

    BalasPadam
  6. ye Linda honey..

    Agaknya cam manalah kehidupan kak wan ni ,kalau kak wan tak leh beranak,

    TQ ,Linda sudi singgah.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .