April 26, 2010

PAGI YANG GELAP KINI......ALHAMDULILLAH

Huh...pagi ini hujan kat tempat ibu.Alhamdulillah..syukur.ibu seronok betul .Hujan telah turun bermula pukol 12am malam tadi lagi.sebelum tu sudah tentu cuaca agak panas ngalahkan bersauna.
Bangun suboh tadi hujan renyai..kakak terlupa nak angkat kasut sekolah sib baik boleh pakai kasut putih.Alhamdulillah.
Ibu antar kakak pegi sekolah yang jauhnya lebihkurang 3 km dari rumah.sekolahnya dekat tapi kena pusing dah jadi 2kali lepas tu kena melewati simpang yang nak  pergi ke kg PM tu.simpang tu memang berserabut sebab sedang dalam proses nak naik taraf highway. .Almaklumla PM boleh dikatakan every weekend balik kg. Tapi pagi ni tak dalah berserabut semonya smooth n steady aje mungkin sebab ujan .diaorang berhatihati bawak  keta.Alhamdulillah.
keadaan di laman umah ibu pukol 9.15 am tadi.

Hari ni kak ngah tak kesekolah sbb kat sekolahnya ada meeting PIBG semalam so..perjalanan ibu pagi ini taklah jauh Alhamdulillah.....
Ibu amat fobia memandu dalam keadaan ujan dan jalanraya yang basah ni.

Pemandangan suasana di tepi halaman ibu pukul 9.30am tadi.Ada juraian ujan yang turun tapi macam nampak tak nampak je.

Pukol 9.45am kat tempat tadi .Dah agak terang sket tapi kalau 2 - 3 hari lepas jam begini biasanya matahari sudah memancarkan sinaran nya.
Bila cuaca macam ni ... semonya rasa beku dan panyakit M pun mulalah melanda..Ibu nak jengok Amier jap kat atas entah entah semangat nya untuk pergi kelas fardhu Ain hari ni pun turut dijangkiti virus Malas.






April 25, 2010

Tuah ai menumpang........kasih.




Aduh......penatnya bagi chance la sekejap ai nak relaks kan kepala hotak ai yang beserabut ni......

kau orang tolong la....ai nak relak ni ...nak cari ilham macamana nak maintain kegemukan diri ai yang membuatkan uols semo geram kat ai....
Jangan kacau ai ye....ai tengah mimpi makan sedap kat umah orang kaya ni...resipinya ikan selayang rebus tak da kepala.....umm...ummp..
Ahh....tarik 2 kaki depan kehadapan lurus-lurus....kaki belakang...ah  sangkut pulak.Bila tuan ai nak tukar kursi kayu yang beso lagi ni......kursi sempit ke ...ai yang makin beso ni. Hai ..baik ati betul la tuan ai ni suroh ai tidur atas bantal lagi..takpalah ai tak nak tidur atas bantal kartun ,Ai nak tidur atas tilam bunga-bunga dah cukup.
Hah.....Arini ai tidur atas suratkabo je ..jadilah .Tadi tuan ai dah bagi makan ikan selaying rebus gaul ngan nasi wooi....kenyang uols...ai tau kalo perut ai tak kenyang ai akan buat bising dengan tuan ai tu....sebab tu lah tuan ai bagi ai makan kenyang -kenyang.  so ai lelap dululah uols ye...sambil doa - doakan tuan ai ni ramai anak..oops silap. tu doa ayam .doa spesis ai ni supaya tuan ai kaya nanti ai pun boleh lah makan sedap-sedap.
Tapi dapat makan ikan selayang rebus pun ai syukur....daripada ai ashik makan tulang ikan je...kan

Ini uols kenal tak....inilah mak ai uols...mak ai ni subur sungguh tiap-tiap 3 bulan mak ai ni mesti melahirkan adik-adik ai....mungkin sebab mak ai ni ramai peminat kot.

Tengok tu...relaxs aje mak ai lahirkan 5 ekor anak tiap kali dia beranak enko ada.
Tapi dalam banyak - banyak anak yang mak ai lahirkan ..emm...emmm Ai lah yang paling ensem  sebab...bapak ai KUCING SIAM.

April 24, 2010

KISAH GI JEMA"AT

Kisah ni kisah semalam tapi sorry lah sebab hari ini baru ibu ada masa nak tulis kat sini.kisah ni tak pelik sebenarnya tapi ianya baru pertama kali berlaku maka ibu rasa macam ada hikmah je disebalik kejadian gi jema"at ni .Oh ya ini adalah bahasa kampung ibu jema"at iaitu pegi kesurau untuk sembahyang jumaat.
Awalnya Amier bersiap tunggu baba nak gi surau sampai sempat ditegur kal la (cleaner umah)wah ensem Amier
.Baba sampai terus gi surau Pak Ali dekat R&R yang ada jual nasi kukus dapat air sirap free tu.



Ini bukan gambar Amier waktu gi jema"at semalam cuma pakaian nya macam nilah.Dalam hati ibu wah semangatnya Amier hari ni.
Lebihkurang 45 minit kemudian mereka anak beranak pun pulanglah.Baba buka pintu depan bagi salam cam biasa.
Ibu..baba ilang selipar bu..iya jawab ibu.Ai tak penah ni..1st time baba ilang selipar masa buat Umrah kat Mekah sebelum Amier lahir dulu lagi.
Baba cam biasa selamba je..
Tak palah...nanti kita beli lagi kat pasartani bila kita gi shah alam nanti.

Ini bukan selipar baba yang ilang tu..gambar iasan saje.......Tapi tak pa baba redha walaupun baba balik umah berkaki ayam je.
So ari ni....ibu pulak yang kena redha sebab..baba pakai crocs ibu .

April 03, 2010

KETINGGALAN

Semalam ibu ada upload gambar Amier...bila dah siap publish gambar Amier hilang entah mana-mana ibu pun tak cari sebab takut yang lain akan hilang sama semasa proses pencarian itu..Oleh itu cara yang paling senang buatlah sekali lagi.
Inilah gambar Amier masa kat kejadian kat majlis perkahwinan kg.Mbah tu.ni gambar terbaru setelah 3 bulan bersekolah dan 2 bulan gigi kapak Amier keluar.
On the balik ke Shah Alam kami singgah kat TESCO Kuala Selangor.ibu ternampak iklan ni terus beli dan suruh Amier bergambar disitu.Alah ..Amier ni mulalah buat aksi macho dia tu.. kembangkan idung.
Lastlast ibu suruh kak ngah aje posing kat situ.Ibu berkenan betul dengan Rizalman ni.Pandai menjahit,menghias serta usahawan yang sangat berjaya tambah lagi  dah nempel jadi celebriti pulak auw...i like u.(sila tonton tangkap muat kat Astroria)
Hah nilah beg mesra alam tu...ibu beli yang murah je...tapi cukup cantik.Bawak pegi TESCO setiap sabtu kerana setiap hari sabtu TESCO tak provide plastic bag.satu usaha yang bagus untuk meyelamatkan bumi dari plastik sampah. TAPI   sayang kat tempat kita tak da TESCO .kalau rasa nak shoping kat TESCO kena pegi shah Alam.

:Besoknya kami kepasar tani shah Alam.kalau ke shah Alam tak gi kepasartani macam tak gi shah Alam.ketagihnya ibu.

April 02, 2010

Kejadian di majlis perkahwinan di kg.mbah pada 21/3/2010.

Al-fatihah untuk sdra Din beramboi.Ibu mula mengenali din beramboi tahun 2009 dia jadi peneman Aznil dalam rancangan pagi di Era.Waktu dalam kecoh - kecoh nak antar kakak pegi sekolah dengar dulu din beramboi baca berita cara kami.kata Aznil .Tersengih- sengih lah kami mendengar  berita yang entah hapa-hapa din beramboi baca tu.tiap-tiap pagi pasti ada idea kelakar yang tak menasabah dia tu.Dah lewat sket sebelum pukul 9.00 pagi .Masa ibu antar Amier ke Pra masa tu lah din beramboi ni menalipon pendengar ,dia akan menyamar sebagai entah apa -apa tujuannya nak kenakan orang yang ditaliponnya tu.
Tahun ni 2010 ibu kena antar kakak dgn kak ngah sebab kak ngah sekolah pagi .Ada drama sebabak dan sawang cara...kami bertiga beranak mendengar telatah diaorang berdua tu .sambil mengomen dan bab yang paling kelakar tu sudah tentulah Aznil yang paling kuat gelaknya..kekkk...keeekkkkek
Rabu lalu bila radio di on semasa rutin kami diwaktu pagi Aznil dengan nada sedih memberitahu din beramboi dalam keadaan koma di Hospital Selayang.Kakak dgn nada bergurau 'sakit la pulok orang ni". dalam hati ibu...teruk ke sakit tu ...sebab koma sesuatu yang serius.Pengumuman di buat.Kaum kerabat kerja dan keluarga mengadakan sembahyang hajat untuk din beramboi.
Khamis pagi mereka (orang Radio Era) memberitahu din beramboi sudah ada perkembangan yang baik dan keadaan nya sudah semakin stabil.Tertunngu dan tertanya juga macam mana kelakunya setelah dia keluar hospital dan kembali bertugas nanti.
Jumaat pagi Dina dan dee jadi penyampai Dina mention "arwah" din beramboi terasa macam main main pulak.Pun begitu Innalillah....tekan semua frenkuasi radio dan dengar berita pagi..sempatlagi buka tv sekilas pandang MHI sah berita ini memang sah .Din beramboi sudah pergi meninggalkan kita.
Semasa on the way antar kak ngah selepas antar kakak sempat ibu hadiahkan Al fatihah buat Arwah din beramboi bila mendapat berita yang di luar jangkaan kita ..Subhanallah dan AllahHuakbar airmata mengalir laju je sedih ..simpati..mungkin insaf buat diri .
Masa din beramboi sudah sampai itu janji Allah...dan orang yang paling sedih sudah tentu orang yang sering gelak  bersama din beramboi - Pak Nil.
Takziah buat keluarga arwah din beramboi semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Amim...