November 28, 2010

Semenjak ada Shout...

Rupanya  berguna juga ibu letak shout box kat blog ibu ni.. dulu - dulu tak nak letak sebab tak tau sangat fungsinya...rupa - rupanya kalau tak nak komen boleh just say hai...je kat situ kan? dah tau saje nak tulis.
Terjumpalah kawan  baru,  cuba - cubalah jengok balik blog dia orang...tak kan pula orang yang hulur salam kita nak meyombong pula kan.....dan sambil tengok ada idea ...bagus jugak kan......Al kisahnya pulak...layan dulu gambar - gambar kat bawah ni ye....
Bangun pagi jumaat, lepas solat suboh lelap balik....sedar - sedar hari dah tinggi biarpun belum tengahari. Patutlah  tidur sampai terlajak ghupa - ghupanya  hujan lebat di pagi hari .

Dalam gambar tak nampak sangat lebatnya...tapi suasananya memang damai...lebih - lebih lagi pandangan dari atas.

Ibu ingat ibu  sorang  yang terlambat bangun sebab melayan mimpi yang sedap . ghupanya ada lagi yang masih di buai mimpi....di pagi nan dingin...


Citer kat atas ,  ibu dapat idea dari blog  kuazue  .  ini lah untungnya dalam  1 dapat 2..cam mana ye...hah.....fikir - fikirkan la......... bye.,


Ibu pergi New Zealand.

Ibu pernah bercerita dahulu ...pasal pergi New Zealand ni...oopss  kg.New zealand , ibu ulang sekali lagi pergi kampung New zealand . Asalnya kampung ni kawasan felda, kalau kawasan felda tu..tau - tau ajelah tempat kelapa sawit , tetapi kawasan ini adalah antara kawasan felda yang terawal dulu ..maka dah jadi kampung .
Nak ambil gambar kat papantanda masuk kesitu ..baba tak bagi,  sebab terang - terang ada tertulis selamat datang ke kg.New Zealand.

Panjang pula mukadimah ibu ni ye. sebenarnya cuma nak bercerita pasal pergi memancing pada hari sabtu 27/11/2010 kat  kg.New zealand yang terletak  di Maran tu..
Sebaik sampai je kat tempat memancing baba terus hulurkan joran dapat  duaekor ikan yang sederhana besarnya..tapi sudah cukup mengembirakan hati baba. Cuma sayangnya tak boleh di kira untuk pertandingan sebab belum  dalam  masa bertanding lagi...kuang.kuang.kuang.
Nampak tak? ikan patin... bawa balik dan letak kat kolam di rumah.

Inilah ikan pacu (itam) yg baba dapat tu...panjang lagi umurnya dapat pula kawan baru.

Ini bukan gambar ibu ..tapi gambar ofismate baba jiran sebelah kat tempat pertandingan memancing tu.tengok, dengan rasa bangganya dia tunjuk kan ikan yg dia dapat pada ibu.ikan yang di tangkapnya tu dapat tempat ke lapan.

Anak - anak ibu masih tidur lagi kat rumah , jadi ibu takda kerja nak tolong baba memancing tak reti pulak ikan abis lari bila tengok ibu pegang joran.  Ibu tunggu je baba kat tepi kolam tu nak makan nasi lemak lagi tengok - tengok semut dah makan dah bekerumun  pada nasi lemak ibu  .  Dengki betul .la   ...

Ok sampai sini  je  kisah ibu  ngan baba pergi  kg. New zealand  .bye.




November 26, 2010

Dah melekat....

Bosan..? mari kita menonton drama korea...
Sejak cuti sekolah ni kakak asyik dok layan drama korea....baba gelak hm...hm   citer tu pun kamu layan , Sebab dengar saja tapi tak tengok.. yelah bunyi cakap alih bahasa kan?   kalau tak tengok tu dok kata tengok telenovela la tu...
chanel 393 HD , so , kejap cakap melayu kejap cakap korea dia main - main dengan button sarikata/sari bahasa tu.
Tajuk  drama Daring Woman...  gambar promosi kemain seksi lagi . Ikutkan hati tak bagi kakak tengok ...sebab tu lah ibu pun ngintai juga rupanya ...citer berkisar keluarga ipar duai anak menantu mertua semua berkaitan dan sering aaada je masaalahnya.

Para pelakon drama ni....pelakon yang memainkan watak utama  ;p  ; Dia orang ni letak geng muda muda je ye.....padahal watak orang tua tu sama penting gak.


Hu...hu... ibu pun dah jadi peminat sebab nak tau citer seterusnya .......105 episod u...setiap hari 2 episod di tayangkan. Amier pun tumpang sekaki... mama ina kalau tau ni tentu seronok sebab dah ada geng .  peminat ekstrem korea..tapi kami ni tak macam mama ina tu..bila tang sedih tu....apalagi tangkap leleh la.

Heh..heh...dah sampai kemuncaknya......tinggal  ye...nak ambik tissu.bukan ibu yang sedih , tapi kakak yang nangis  ...,
,
,
,Baba dok ulang lagi tu.....citer ni pun tengok ke?.

November 24, 2010

Kata SSuka.......Laa yannn...

Masa jenjalan kat  lelain blog yang cantik - cantik ..,ibu terpandang satu n3 ni ..seronok pula tengok youtube miming dari cikgu shida ni.

Lagu ni pun sekarang dah jadi faveret baba ..dah kurang dah minat kat lagu " mengintai dari jendela kamar " tu.. Nak - nak kalau dengar kat radio masa dalam keta  ..,Hah sekarang dah ada video clipnya ( kira video clip la ni...kan.

***Cikgu Shida ni memang happy go lucky betul ye...ingat dolu - dolu Sohaimi meor Hassan tu suka nyanyi lagu yang meleleh - leleh tu rupanya lagu khaty tu dah 20 tahun lebih ye.......

November 22, 2010

Seronoknya....main air.........hujan.

Minta maaf ye.... semalam ibu  sudah bercerita kisah anak - anak ibu pergi bercuti ke Ipoh , Perak Darul Ridzuan   ; tangni  Amier  terlebih  perasan sbb nama dia  ada Ridzuan tu...takpa, bior le dia.;  ghupanya kisah semalam tu ada sambong lagi , ibu tak habis lagi nak bercerita  perihal  apa yang kami buat semasa di dalam ; The Lost world of Tambun ; baca ngan nada citer seram.
Masa nak masuk sorry gambar out tapi nak letak gak.  hari sudah  sekerat hari , baba kata nak teruskan juga niat dia...walaupun hujan sudah mula rintik - rintik.

Masuk je terus ke  tempat permainan kanak - kanak , maklumlah anak - anak ibu semonya masih di bawah umur lagi. Tapi yang sebenarnya kami terpandang tempat duduk yang kosong serta   berhampiran dengan kolam tersebut.  Leka betul diaorang,macam itek jumpa  bendang .., baba ajak ibu jalan - jalan mengeliling kawasan  lost world  tu..

Anak - anak ibu pula , pantang nampak ibu  bergerak  sikit mulala...nak mengikutnya , lantas kami naik je ketapi  tarik yang di sediakan di situ...ketika itulah juga hujan turun  semakin lebat..ketapi meyusuri kandang harimau yang terbuka....nampak u .. ..ada  3 ekor .rimau ..,idup ..bukan gambar .

Ketapi berenti suroh tengok  tiger feeding . Orang lain tengok kat atas ibu tengok kat tepi pagar tu je...tapi  tak takut  sbb di bawah pagar tu ada sungai yang memisahkan rimau - rimau tu .  ( kalaulah rimau - rimau tu  pandai berenang?? tak taula..nak cakap apa )

Ini adalah  ghupe  di dalam zoo didalam kawasan  the lost world of tambun tu. ...,keadaan selepas hujan yang sebenarnya...hujan pula bukan main - main , memang lebat betul...sampaikan  ketapi kena berenti bukan kerana banjir tapi takut  berlaku apa - apa yang tidak  di ingini ...maklumlah ketapi hanyalah pada ghupenya je..ia adalah   traktor  yang menarik  gerabak  je ...sebenornya.

Sambil menunggu ketapi bergerak semula ibu pun berjalan - jalanlah didalam kawasan zoo tu..sampailah kat kandang ruby and friends ..ni , dia ni punyalah friendly boleh siap posing lagi tu. psst...yg sebenarnya kamera tak di benarkan tapi....entah kenapa ?? mungkin kamera dah kat tangan ....ah snap je la...

Ini lagi kawan - kawan si ruby tu..kesian kesejukan , kena hujan.

Pergi sangkar lagi satu yang di buat seperti terowong , konon - konon nak jalan melepasi benda tu lah ...tapi demi ternampak ini....langsung niat ibu terbantut ,berjoget - joget kegelian  di situ. (yg itu kat atas , ada lagi kat tepi..kiri - kanan dan di atas lantai pun ada yg duk melingkar)

Kakak boleh - boleh ajak juga ibu pergi ke kandang kat belakang zoo tu..katanya ada kucing comel...ghupenya  kucing bengal  yang sungguh comel..tgk; agaknya dia minta kami  ambil  dia  bawak  balik  ke kuantan kot.
Sebenarnya ada berbagai binatang lagi kat  dalam zoo tu ada beburung , monyet, landak dan  sesetengah binatang  di simpanya kerana cuaca yang sangat tak mengizinkan itu.

Hujan masih tak berenti walaupun jam sudah menunjukkan sudah pukul 5.00pm lebih, kami bersiap nak balik ..masih sempat berposing  , kata baba pemandangan bukit batu kapor yang  menjadi latarbelakang the lost world of tambun itu sungguh menarik.

Masa nak keluar ; tapi kakngah ada kat pintu masuk, nak cari angle yang cantik untuk bergambar , masa ni jugaklah orang lain pun nak ambik gambar sama.

Inilah satu - satunya gambar kenangan yang dapat di candid oleh  staff kat situ . gambar lain tak dapat sebab itulah...........................cuaca tak mengizinkan.

Sudah selesai sepetang dalam hujan di  the lost world,  bagi sesiapa yang berhajat untuk bercuti sambil main air tu ...memang ibu suggestkan inilah tempatnya...seronok dan puas.  tak percaya ??    tanyalah   Ain.

So ..dah  habis....kita tutup citer pasal percutian ini ....nanti ibu buat n3 lain pulak.  Ibu nak bercerita pasal hari - hari terakhir Amier di tahun satu......hingga   kita jumpa lagi  di kesempatan  itu ....bye.


November 21, 2010

Woi...cuti sekolah dah..

Salam sayang buat teman - teman ibu  yang sudi menjengah n3 ini. Cuti sekolah sudah  bermula . Cuti sekolah tak lengkap rasanya tanpa pergi berjalan - jalan ataupun cuti - cuti Malaysia. Sungguh beruntung anak - anak hari ini ye...jadi sebagai ibubapa  bolehlah kita ni pun menumpang keberuntungan anak - anak kita ni. (heh..heh..takda modal ni nak mulakan hentam sajela labu....) 
Sebagai tempat pertama destinasi percutian kita kali ini....
jeng ..jeng   IPOH. ...mali...   sejak kahwin ngan orang Perak ni ...teringin bebenor nak pegi Ipoh tapi tak sampai - sampai sehinggalah baba ada urusan di Pulapol Kinta tu. eh - eh anak ke ibu ni yang nak berjalan.




 Perjalanan bermula di petang Aidil adha ..transit dulu kat umah mama ina di SA . Besoknya lebihkurang kul 10 pagi bertolak ke Bandaraya Ipoh ..punyalah excited  sampai 3 keping gambar signboard sekali ibu snap.

Tengahari dah sampai.. jarak perjalanan  yang dekat ataupun  baba yang memandu laju tak taulah  yang  mana  satu  nak  ibu pastikan tapi  memang  terasa  dekat ... kerana kami  sampai  ketempat penginapan  sebelum kul satu setelah berhenti lebihkurang setengah jam di  r @ r  jejantas

Petang ..,  ;tak  lepaskan peluang baba   bawa kami ke Taman Senivasagam , baba cakap taman ini popular..kat sini ada taman dalam taman....seronoklah anak - anak ibu ni berposing.

Bawa anak - anak berjalan  ...kalau tak ke shoping mall memang tak sah..Anak - anak ibu pula  pantang  jumpa benda - benda baru ..mulalah terlebih excitednya.  Tengok tu kakngah ngan Amier berebut - rebut menonton Lcd 3D.. sebelum tu baba pun numpang sekaki. padahal ibu pun jakun gak.


Sudah alang - alang ke Ipoh tu..apa  salahnya  kita masuk bermain air  di The  lost world of Tambun ..tempat terkenal ??  tu.

Amier ngan kakngah berehat selepas minum pagi di hotel penginapan kami selama 2 malam di Ipoh..Hotel Seri Malaysia...two star je ba...kata kakngah...apa pun bagi ibu sudah selesa di situ.

Ha....ni satu lagi ibu nak bagitau ...kami nak ucapkan berbanyak terima kasih la...pada mokcik  penunjuk jalan yang cakap omputih tu. kalau tak kerana  GPS  tu sudah tentu lah kami entah kemana hala., dengan cuma berpandukan mokcik yang cakap omputih ni je lah kisah percutian anak - anak ibu kali ini sukses... 

On the way balik  umah setelah berhenti  makan tengahari di Temerloh.. ada orang masih berbaju tidur.  Kami bertolak  seawal kul 9.30 pagi  selepas minum pagi di hotel , bimbangkan hujan di tengah jalan . Alhamdulillah cuaca begitu indah dan kami tiba di umah  lebihkurang kul 2.30 petang.   Amacam?    Fasa pertama  . cuti persekolahan anak - anak ibu sudah selesai, ada dua lagi misi yang  menunggu di minggu - minggu akan datang harap - harap musim hujan sekali gus banjir tidak akan menghalang misi kami nanti. Insya Allah.

Ibu benti sini dulu nak teruskan misi ibu berjalan - jalan ke rumah teman - teman pula sebelum itu sekali lagi di ucapkan berbanyak timakasih ye sudi luangkan masa bersama ibu. Moga kita semua dalam keredhaan Allah dan di permudahkan di setiap langkah kita. Aminnnn.

November 17, 2010

Kena APA..?

ASSALAMUALAIKUM....buat  teman - teman yang disayangi sekalian.....mula - mula nak ucapkan.....ini..

Hari Raya Haji..marilah sama - sama kita menghayati erti pengorbanan...berkorban dan terkorban,    mana - manalah  yang penting  kena ikhlas barulah.....dapat pahala.  minta di jauhi dari segala bala.


Ini adalah gambar ketupat palas...@ ketupat pulut yang di masak sendiri oleh ibu..hmmm..hm 1st time masak ketupat palas.  kira boleh di makan tapi bentuknya out....nilah padahnya belajar sekerat jalan ..sebab sifunya nak balik beraya kat kampong. isinya sedap tolonglah percaya.


Hah...ini satu lagi benda sedap..rendang ayam...yang ini garenti sedap , sebab baba  makan masa makan malam tadi.. . ..dan ibu pun sangat suka masak rendang ayam , Kalau masak  rendang daging lambat masak sebab daging agak lambat empuk.

Entah kenapalah tiapkali ibu buat kek batik mesti tak jadi.....bukan tak pernah buat dah beberapakali ibu cuba buat ...pernah sekali terkeras ada jugak terlembik dan kali ni , nampaknya cair dan tak meresap... Ibu ambik resepi kakErna  .Agaknya ibu kena pergi seromban ni ..baru kek batik ibu menjadi.

Hari isnin kita pakat - pakat berpuasa ....maka teringinla nak makan puding tapai , cilok lagi resepi dari blog mak3hero tu...ibu makan yang balance kat bekas lain , yang dalam bekas lekuk - lekuk tu takda pun orang teringin nak makan ,ada lagi kat dalan freezer tu.(Puding tapai ni sedap campurlah pulak nata de coco skit..makin sedap ,  taapii.. bangun pagi esoknya saaakit seluruh urat sarap).kuat tul penangan tapai  tu..

Ada  skut raya edisi  raya puasa aritu...  biskut raya aritu memang banyak ..tapi dah di bagi - bagikan kepada yang berkenaan termasuklah bawa balik kampong mbah. Tapi ....ada jugak balancenya tu.....agaknya anak - anak ibu rasa kuih ni tak sedaplah tu. maka ...nampaknya ibu ajelah yang kena habiskan ...nak buang sayang lak.

Ok ...malam dah begitu jauh...entah dah berapa puloh kali ibu menguap ... pagi besok ibu tak masak dah.....lepas solat idul aidha ada rumah yang kena terjah..sehingga kita bertemu kembali......bye.....


November 12, 2010

Kakngah SAKIT...


Amier terlena ..terlentuk kat seat belakang . Masa ni baru balik dari kmc lebihkurang kul 3 lebih pagi tadi. Kakngah sakit perut ...berguling - guling . masa kakngah start sakit  tu...ingatkan sakit perut cam biasa , ibu ambil minyak angin sapu- sapu  kat perut  kakngah ..gosok - gosok kat belakang kakngah sampai ibu  terke..luar angin. tapi sakit kakngah tak juga reda. sakit bu..sakit  rintih  kakngah. masa tu Amier masih belum tido lagi duk layan tv..layan games kat fb ibu..kalau sesapa yg perasan fb ibu penuh games ..bukan ibu yang main  tapi anak - anak ibu..berebut - rebut sesama mereka ...dah tergendala commented ibu dek kerana diaorang  berdua  ini..la  
risau serta kasihan tengok keadaan  kakngah , ibu kejutkan  baba. (nak pegi kmc sendiri takut sbb masih ujan dan  jalan licin )
Baba dah masuk tido dulu ..sebenarnya kami baru balik dari bowling tournament  ( seronok jumpa kekawan serta  asyik  sangat main bowling  sampai  terlupa nak snap gambar )  lepas tu makan  n  on the way balik .. ujan turun agak lebat tapi  masih sempat  lagi  singgah kat ekspo aidil adha kat  pokok buluh.

Cuma ini aje makanan selepas main bowling tu..w/pun takda apa tapi sedap , sebab makan masa perut tengah lapar  maklumlah waktu dah pukul 10 pm lebih.

Sebelum makan sempat  berposing dulu ..masa ni tak sakit lagi... Sib baik,  cuma kakngah je yang sakit perut.. kalaulah satu family yang sakit..harus restoran ni  nak kena saman.

Setelah di periksa kakngah cuma di beri ubat gastrik dan angin , ibu  terus bagi kakngah minum ubat ketika di kmc tu  juga.    Sampai di rumah kakngah terus tidur..dan pagi ini  kakngah ada chance untuk ponteng sekolah...sudahnya tengahhari nanti ibu yang kena pegi  jumpa cikgu kakngah untuk  ambil  reportcard kakngah.

Sebelum tu ....ibu nak rehatlah kejap. ok dulu .
bye.

November 10, 2010

Ceritera yang tersimpan....

Nak kata ada lapang tak juga ..tapi di sebabkan niat nak letak gambar  kat sini memang dah tersimpan maka  niat mestilah di teruskan juga.
Kadang - kala  ibu kehilangan kata - kata. Tak tahu apa dan bagaimanakah nak mulai bagi mengisi kelangsongan n3 ini disini. Agaknya kalau berpandu gambar boleh kot. Jom......kita terjah . tengok ..
Kad undangan Majlis walimatul urus seorang kawan baba yang nak kahwinkan anak pempuan . Tempat kejadian  di Felda villa ,Anjung Felda....ha  ah  kat KL tu..Macam pernah hadir dah kat sini kan. Memang pun somewhere bulan mei aritu ..masa tu baba ada kerja kat KL boleh terus pegi tapi kali ini......kawan yang boleh dikatakan BFF baba maka terpaksalah dengan sukacitanya kami menghadirkan diri.


Hari sabtu 6/11/2010  ketika ini banjir sedang melanda utara dan negeri jiran kami pun ..ujan turun tak renti - renti dalam kebimbangan ..takutkan ujan kami meredah LPT seawal pagi.   ;- pagilah kul 9.30 am hari tak sekolah kan. Lebihkurang setengah jam dari umah ;-  singgah bersarapan di R & R  Gambang.


Sebelum zohor kami dah sampai kat venue ;-  Jemputan taklah ramai sangat . Tak macam sesetengah majlis tu masa  tengahari cam ni lah orang  akan berpusu - pusu datang ;-  dan kami pun relaks aje   Ketika ini  rombongan pengantin bila - bila masa je akan sampai.

Ketika ini pengantin sedang bersanding ..ibu pula sibuk bersembang dengan  orang Pekan  yang tinggal kat KL   ..ni  sampai  terlupa nak tengok  dan   ambil gambar pengantin.

Punyalah relaks kat meja makan ...Amier sempat lagi buat magik yang tak jadi tu..

Ibu masih lagi sambung makan...Aiik  takda nasi beriani ke.?  Jangan salah agak ye....Ini edisi meratah ..round ke dua makan la ...ni. ;-  yang banyak tu cuma fish fillet .

O K dah nak balik dah ...Nak ambil gambar pelamin pun boleh terlupa....last - last berposinglah kakngah kat depan pintu masuk tu. ;-  Perasan tak matahari memancar , tanda hari betul - betul tengahhari..ibu ambil keputusan terus balik kerumah  ;-  nanti kalau di lewat - lewatkan takut ujan pula kat tengah jalan.

Sepanjang perjalanan pulang anak - anak ibu lena tidur ..al maklumlah  masing - masing sudah  kekenyangan , cuaca pula begitu cantik..so apalagi...baba pun pecutlah di sepanjang jalan sampai kan ada ketikanya ibu kena tegur ..takut baba terleka , lebih - lebih lagi  semasa di karak kami  berjumpa dengan satu kejadian kemalangan . Tapi tak sempat nak snap gambar. Kejadian  yang melibatkan kereta terbalik dan remuk. Nak tau kul berapa sampai rumah  ;-  masih sempat kami  solat  zohor  tunggu kejap je azan asar pun berkumandang.

Dan gambar kat atas tu? Buahtangan yang ibu dapat dari pihak tuan rumah..telur dan gula - gula, Bekas dia menarik kan!  kereta sorong baby....mungkin ibubapa pengantin nak cepat - cepat dapat  cucu.


Apapun selamat  serta tahniah buat pengantin dan terimakasih buat teman - teman  (cew  wah) yang sudi baca n3 ibu ini. 
Terimakasih daun keladi lainkali kemarilah lagi.
Bye.


November 07, 2010

Faham ke...?

Malam ini ada ulangan pertandingan Dikir barat kat  tv 1. Baba dah ngadap tv awal - awal lagi . Orang lain sibuk ngan aktiviti masing - masing kakak ngadap laptop , kak ngah ngan channel cartoon nya yang baru ibu sambung balik sempena cuti sekolah ;- Ibu memang tutup channel cartoon pada hari - hari persekolahan ;- ( kakngah hanya dapat tengok  finger tips kat tviq dan hagemaru 611 sebab tu dia minat spongeboard sebab takleh nak tengok high school musical yang di minatinya.)

Berbalik pada kisah baba tadi... ralit betul baba nonton dikir barat tu tak alih channel lain doh...  tiba - tiba kakak  tanya , baba.., baba faham ke yang baba tengok tu..
Hmm...hmmm.. jawab baba .
Oleh kerana kesian kan baba...manalah tau kot - kot ada ayat - ayat atau perkataan yang boleh ibu tolong translate kan ...maka, duduklah ibu sambil - sambil neman baba.
Eh..eh best pulak tengok pertandingan dikir barat ini , apalagi bila ternampak Mustapha kamal bercakap dialek kelantan...dan telatah  Sabri Yunus yang mengingatkan ibu pada watak mamak bendahara dalam filem Magika ...sungguh kelakar.
Baba siap komplen lagi...;- komplen yang positiflah . kumpulan ni bagus kumpulan tu sedap dan macam - macam lagi . Macamlah dia tau. Ibu pulak acapkali tanya paham ke ba, yelah...jawabnya faham yang macamana   ..ibu tak tahulah..  sebab ;- Bila ibu  ketawa part yang diaorang tu buat kelakar ;-  ibu sorang je  yang tergelak , baba tak ketawa pun.


Ini bukan gambar  kumpulan dikir barat yang kami tengok kat dalam tv 1 tu ni contoh  sebuah kumpulan dikir barat senang  berdikir.

Akhirnya ibu sendiri pun naik seronok  tengok  pertandingan ini walaupun pada asalnya cuma  kesiankan baba . ..


November 06, 2010

Tiada Gambar

Malam minggu datang lagi ...
tengok ! betapa cepatnya masa berlalu ye..rasanya baru je sibuk - sibuk pasal n9 kalah Piala Malaysia dan Kelantan baru nak merasa kemenangan Piala Malaysia setelah menunggu sehingga 54 tahun..oi sampai ke...tua  duk menunggu .
 Baru je nengok mari menari yang minggu lepas malam ni tengok lagi , segmen hip hop pulak ,  rasanya baru je jumpa Diana Danelle  hari sabtu hari tu eh...eh... hari sabtu datang lagi.
Hujung minggu ni pulak cuti bermula awal sehari sempena Deepavali tu..apa lagi makin cepatlah mood tak pergi sekolah  dan boleh bangun lambat tu ..


Ibu baru perasan beberapa n3 ibu kebelakangan ni takda gambar ye..kalau tidak berderet - deret gambo nyo. Nantilah ibu  ada beberapa gambar nak bagi tengok tapi belum sempat nak upload lagi. Tunggu ye.

Hujan  baru  aje melanda kat tempat ibu ni..tu  pun bukan turun seharian cam kat tempat Linda chomel tu...yang bestnya kat  sini  hujan turun waktu malam je..dah lah tu lebat pulak.  Buat tidur makin sedap .

Ibu dah ngantuk. tidur dulula....ye...bye,bye

November 03, 2010

Rabu yang kelabu..2

Rabu yang kelabu..

Balik dari dinner semalam kakak terus masuk tidur  ..tak taulah keletihan atau kekenyangan ibu pun lupa nak tanya ..mungkin gak kesejukan sebab hujan agak lebat selepas maghrib semalam.
Pagi... ..seperti biasa lepas beri salam solat suboh baru ibu kejutkan anak - anak dara ibu ..lepas tu ibu masuk bilik barulah pilih nak pakai baju apa nak pergi  sekolah ni...2 kali kejut dah bangun lagi  , masa memang tak tunggu dah. sekelip mata je dah boleh jadi 10 minit.
10 minit waktu pagi  macam  satu beg penuh macam - macam ada.....itu ini...ambik itu ambik ini ...touch up sikit - - sikit    teguk teh sikit..ambil beg  pakai kasut... ibu reverse keta...oui dah pukul 7.05 pagi.
Ibu antar kakngah dulu.....aah...kakak dulu ..mana satu ..sorang kanan, sorang kiri ..kalau lambat pasti dua - dua sangkut..biasanya berpunca dari terlalu banyak keta. (nanti tren ujud kat sini 2025   ;- mungkin )
 Kakngah diam je dengar radio....sambil  tidur pejam mata

Masa nak u - turn keta sangkut panjang ... hati berkata - kata tapi mulut sempat berselawat tujuan hilang stress berebut - rebut masuk lane tepi ..manala  tau   kut tergesel keta orang .selamat kakak turun ..masa terus berlalu...ternampak pulak keta mahal bernombor plat pun mahal ( ce10)  nak bagitau orang dia ceo kot. ceo biasanya pakai company car.

Ah  suka hati  dia lah ..janji ..jangan ibu di langgar. Sampai simpang sekali lagi panjang pulak ngekor ni..kakngah  buka mata ( terkejut dengar ibu sedang bernyanyi ikut radio ) jeling jam keta oh..dah lamabat ni..start nangis , kesian pulak ibu tapi kontrol je...ah takpa bukannya cikgu masuk kelas lagi. kalau takut kena tulis nama nanti ibu antar masuk kelas ..diam............sambil ngesat airmata..

Sampai sekolah... tak ada pengawas yang menunggu .. dan kakngah tak mau ibu antar kekelas. keluar  dari keta ngan muka mencuka...
Nak tau tak lagu apa yang seronok sangat ibu dengar kat radio tu ..hah...ni dia .. Apa- apa pun .layanzzzz je la  video kat atas tu ye....

November 02, 2010

Kenapa semua orang ada DINNER.

kakak pergi Dinner dengan persatuan pengawas pusat sumber sekolah kat Restoran Horizon..;- ingat ..ibu dulu bila tiba hujung tahun , nak - nak masa tahun last kat sekolah menengah buat 'party' kat dalam bilik darjah je dapat makan sate ,buat collection rm 5 ringgit sorang dah kira mewah dah masa tu.
 anak - anak sekarang ...tu nasib baik tak di buat di hotel , kalau tidak ....kakak  ,boleh pegi, tapi ibu ikut sekali.

Sebenarnya  masa bagitau baba tadi pun baba terkejut gak ..eh , eh  nape tak  cakap kalau tidak kita boleh dinner sama kat Horizon tu..

Tapi...hakikatnya baba pun ada dinner gak kat steak house fuiiih ..minggu ni dah 2 kali dah baba gi dinner ni..

Kita ni .............kat umah layan tv je....sambil makan ikan bakar yang ibu beli kat pasar malam tadi.

***
Baru kejap tadi baba tanya pasal kakak /dah tepon suroh ambik ke belum..baru 9.45pm kan...kejamkah kami sebagai ibubapa...;-  alasan baba ...kalau kakak dah siap bolehlah dia ambil terus kat tempat tu ..tanpa menyusahkan ibu untuk keluar , kan kebetulan baba pun memang ada kat bandar..lagi sekali ..adakah kami ..sebagai ibubapa  mengokong anak - anak...  Hai serba salah rasanya...tapi risau yang selebihnya.