Ogos 30, 2010

Sambongan....

Ibu suroh kak ngah try baju yang di pilihnya takyah masuk fitting room kat situ pun jadi kak ngah berkenan hah...ambik..hari ni saja kakngah dapat dua pasang baju kurong.  Takleh duk lama - lama kat situ dahlah  cuaca memang panas disamping tu rambang mata pulak dengan begitu banyak pilihan. Sib baiklah cuma pegang dan letak bukan nya cuba pakai takmuat  dan letak. kalau tidak sudah pasti ......penat.
Orang perempuan bershopping orang lelaki  boring... tak tau nak buat apa dia orang enterprem dengan ber posing cam tu.  tak malu.
Kat tempat ibu  pergi ni memang  banyak pilihan dan harga nya pun amat berpatutan sesuailah dengan ibu .Memang seronok sebab banyak lot kedai yang baru di buka . Sekali pandang dah terasa macam kat Nilai 1.
Nak tau kat mana tempat ni....on the way to kampong ..lebihkurang sejam lagi kami sampai umah mbah tempat ni diberi nama  Sungai Besar, baba cakap mungkin baba nak datang shopping malam raya nanti barulah betul - betul  ada ummph thrill. Nak beli mercun  biskut raya lelonglah tu.....Jadi sesiapa yang balik raya  sebelah utara Selangor tu nanti jangan lupa singgah - singgahlah pasti.....best!


On the way balik ke rumah ibu ternampak ada  Jalur Gemilang raksasa di setiap persimpangan keluar highway LPT . Pihak berkuasa lebuhraya  ingin meyuntik  semangat patriotik  kepada pengguna lebuhraya semasa bulan Ramadhan ini.  FYi  ibu dah bertahun pasang jalur gemilang ni kat pagar sekolah  rumah sampai  dah lusuh dan koyak di belai angin  ..tu kan semangat sepanjang zaman tahun. (kami dah buang nak beli baru ashik lupa aje..)
Apa pun SELAMAT  ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 53. MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA.

***Dolu  masa  muda - muda ibu suka tengok perarakan hari Kebangsaan kat tv.



kena buat BARU

Assamualaikum.. ibu kena buat n3 baru, tak tahu apa yang tak kena dah macam gilers khinzir dah. ,brownes gambar tak keluar tapi bila tukar laptop amboi....amboi kemain besak dia keluar...
Ibu kena tukar laptop, baru boleh cuba buat n3 lain sebab nak cover n3 yang separuh jalan tu. Kalau nak diikutkan citer memang banyak tapi masa yang tak mengizinkan untuk terconggok depan laptop ni sentiasa.

OKlah n3 separuh jalan tu sampai sogo je...malas dah nak sambong..ibu buat n3 on the way to balik umah mbah ok?. Hari jumaat malam ibu tidur kat SA dan besoknya pagi pagi pukul 10 lebih kami bertolaklah balik kampong...........jeng..jeng perjalanan balik kampong dah bertukar jadi perjalanan bershopping raya.

Kisah hari CUTI


Salam bahagia ibu ucapkan buat teman - teman sekalian...lama ibu bercuti , betul - betul ibu releks kat shooping komplek. 
Petang hari Jumaat 17 Ramadhan 2010, hari cuti kat tempat ibu, baba merancang nak balik kampung dialah  mbah. Lagi dua minggu nak raya kena nak balik kampung nak beraya hari ini nak balik jugak..ikut ajelah labu.
Dalam hujan lebat tak nampak jalan , dengan bersungguhnya ibu serta family meredah LPT sesampai di r n r Temerloh ,berenti solat asar , seelok beri salam ujan pun reda, dalam kebasahan jalanraya  baba redah jua , sib lepas terowong jalanraya kering tapi kami jumpa satu kemalangan dashyat tapi tak sempat nak snap gambar sebab lokasi kemalangan betul - betul ketika menuruni cerun.
Masuk KL, baba tanya , nak gi jalan TAR tak? boleh juga ,memang dah lama tak kesana ,  sesampai je kat hentian putra jem giler kat situ..baba bersungut marah kitaorang. aik..dia yang cadangkan ,terpaksa  pergilah juga...pendekata berinsut - insut  dah dekat azan buka puasa baru dapat parking keta. ..terus pegi sogo...dah di tutup sebab menghormati waktu berbuka puasa  pekerjanya. Nak masuk restoran sudah pasti di waktu begini dah tak ada kekosongan nak tak nak kami sertai sama orangramai kat depan sogo tu.




Ogos 26, 2010

UTUSAN

Hari ini sudah masuk 16 hari kita berpuasa ,  suasana nak raya makin terasa biarpun ada  yang telah membuat persediaan dua tiga  bulan lepas..,dan hari nilah baru ibu terasa sikit demi sikit bukan sifat malas tu berlalu pergi.. hei..xcited nak raya ke..? eemm...tak jugak , cuma...takpalah kita ucap bye - bye je dulu kat kerusi malas tu.
Kak ngah dan Amier bawa balik  pamplet ni....ihsan dari sekolah dia orang.(kalau rajin sila klik pada gambar)

Tujuan cikgu murni . camno lain lain sekolah ada buat camni tak?


*** tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..tangan kanan yang memberi kalau boleh jgn dibagitau pada tangan kiri...eh..betul ke ? mintak sesiapa tolong betulkan ibu. Lagi satu...hari ini rezeki dia esok - esok kita pula ***





Ogos 24, 2010

Kosong..

aduh ...kalau boleh nak bermalas - malas di kerusi malas je..
Hari ini dah  empatbelas  ramadhan makin lama makin banyak kerja yang nak di buat makin tambah ada lagi projek jalanraya yang di luar  kemampuan  dugaan ...ini semua sudah tentu amat meletihkan yelah kalau pun  tak posa mana boleh makan  @ minum di khalayak kan..


woiii............sekarang asal petang je ujan  ..tidur pun sejuk..syokkk
Nak releks la.....seminggu  sekejap.

Ogos 20, 2010

JAWAPAN pada yang pelik..

Terima kasih berbanyaklah pada yang sudi memberi komen pada n3 ibu semalam  yang bertajuk tak pelik tapi pelik tu. Ce wwah ...cam ramai nah pengomennya.  kat  kakErna, ina 03.07, liNda comel serta kakcik seroja dan member baru b.r.u.t.a.l.s.o.l.o. komen daripada budak brutal tu cam gini..(ibu nak link kat sini mcm linda buat tu ..tak gheti pulok..ibu taip balik je.)   'memang tak pelik tapi aku rasa pelik tebuan ada nama jalan ustazah tak cat rumah sapa minum milo akan beso cam tu....arh  pelik.'
Takpa lah ibu beri terus jawapan nya , malas dah nak corner - corner  kot lain lagi .straight to the point lah. Ibu cakap yang benar bukan seperti budak tu fikir. Tapi terpulanglah kalau nak sekadar suka - suka bolehlah nak fikir apa -apa pun, mak tak kisah u.

Tengok umah ustazah zana dah cantik dah ...semalam tak habis ngecat kenapa? sebab semalam masa tukang cat tu sedang seronok ngecat ...tiba - tiba ujan telah turun dengan lebatnya..gilermu nak ngecat tengah ujan ..maka dia pun berentila.....masa tu lah pulak ibu  sempat snap gambar yang tak habis tu...tak ada orang tau pun.

Percaya tak ...nama jalan ni di ambil sempena dengan nama jet ni..
Macam tak ada kaitan kan? tapi memandangkan jalan tu terletak kat dalam pangkalan udara maka tiada seorang pun yang heran cuma ibu je yang cuba untuk fikir  cam budak -budak lain.
Gambar  milo ni pulak ;-, Masa mula - mula terpandangkan baju yang bagak besar ni ,ibu terfikir begitu kreatif dan  banyak kerja nya orang ni  dalam menjayakan serta menjaga keunggulan jenama nestle ni..Tapi walau apa pun pokok pangkalnya duit  sebab nestle banyak duitlah maka suka - suka dialah nak buat baju besar mana pun!
keh...keh..dah dapat jawapan nya.
.sorrylah ye kalau ada yang tersinggung ibu dah tulis semalam bahawasanya ibu sesaje je takda niat apa - apapun . Buat pengomen - pengomen yang di sayangi semua ibu ucapkan berbanyak  terima kasih  kerana sudi memeriahkan blog ibu . kalau ada yang 'terasa'...- ada lori ada bas..lain hari boleh balas.




Ogos 19, 2010

tak pelik TAPI pelik.

Pernahkah kita merasa pelik , Ibu percaya setiap orang pasti pernah merasa pelik, pelik terhadap sesuatu, pelik juga boleh di samaertikan dengan heran..dan ada orang tambah - tambah lagi dengan pelik / heran bin ajaib jika sesuatu itu tak dapat di rungkaikan. Kalau kita rasa pelik mesti kita akan gunakan otak betul tak..samada otak kanan ke kiri ke ..tu..kena tanya penjejak maya dia dah buat n3 pasal tu.
OK mari kita belajar inggeris dgn cara yg ringan eh suka nah ibu ni melalut..nak panjangkan n3 (oppss..ter open lak secret) gini..mari kita merasa  'pelik'.
Rumah ustazah zana ..sebelah umah ibu.kenapa ye ..cat nya tak habis..

Kenapa pulak lah papantanda ni di letak nama jalan tebuan ,dan agak - agaknya kat mana ye kita jumpa papantanda ni...
Hu..yooo...besar betul papantanda ..sesaja nak pikir berapalah agaknya orang milo ni habiskan duit buat papantanda bagak besar ni.
Soalan nya...kenapakah pihak nestle membina dan meletak baju milo tu di tengah - tengah simpang .


Minta maaf ye ibu suka suki je buat n3 ni sambil - sambil tunggu waktu nak berbuka ni .Lagi pun ada pulak idea bodoh ni. Sila abaikan ayat dan bahasa yang sering ibu gunakan ini .bahasa di rumah.
Sekian .....booobye.
Sapa betul jawap, takda hadiah...tapi...kalau nak juga hadiah boleh minta,  ibu akan berikan.




Ogos 17, 2010

Tukar TAJUK

Hari ini ke 7 ramadan untuk tahun 2010, bangun sahur Amier masih liat lagi  kisah Amier lagi....Waktu di kejutkan panjang ngeliatnya , kena dokong bawa turun tangga lagi suruh makan tetap giling kepala dahlah matanya masih tertutup rapat. Kesiankan dia takut lapar ibu suapkan  telan je nasi sambil mulut merungut - rungut . Lepas tu cepat - cepat nak masuk tidur. Sib baiklah siang hari tak banyak pula meragamnya..sebab tu lah ibu layan aje cekadaknya itu.
Hari ini juga ibu nak letak gambar apa yang ibu makan masak  waktu berbuka semalam.
Ikan masak sambal,sotong masak kicap, isi ayam goreng kunyit,hari ini ada perasaan nak masak. Air bandung , asalnya nak  letak cincau habis tu semo orang komplen tak jadi, last - last cincau ibu sorang yang makan , ada pecal yang belum di gaul bersama ;-p kegemaran baba selang sehari mesti beli....banyak tu rm3 kalau nak buat sendiri kan..terlebih - lebih lah pulak. Kat ujung meja yang  nampak banyak tu..adalah 2- 3 jenis kuih yang di beli serba 2 biji (4 seringgit minta sejenis 2 dapatlah banyak jenis)  dan murtabak mekasar kegilaan orang di sini.

Kuih badak berendam , purple u.. cinonet je 10 ketul  seringgit  ada smpai sahur , nak makan lagi rasanya cam dah basi.. buang.
Hari ini ada rezeki dari eila , bagi ibu serunding daging(sambal daging) kelantan sama dengan ketupat daun palas special , sebab hb dia gi outstation keKB  juga ada kek lapis betawi dari Medan, pemberian ustazah zana. Alham dulillah rezeki 6 ramadan tahun 2010.
Sorry ibu tulis kelam kabut sikit ...nak kejar solat suboh pastu  6.30 kakak dah minta kejutkan dia ke sekolah , ok ye biiiibye.

Ogos 16, 2010

Sudah berALIH ARAH.

Wah!  tulis tajuk n3 tak ingat..sebenarnya main tibai aje tak tau nak letak tajuk apa? Hari  ini dah masuk hari ke 6 berpuasa malas dan penatlah pula, mungkin sebab terlebih melayan tidur selepas menghantar kakak sama kak ngah ke sekolah.
Ni nak citer hal ni yang sebenarnya ;
Sinetron benci bilang cinta atau selalu di panggil bbc bebese slang indonya., dah habis , finish atau tamat eh..sekian. kini di ganti sinetron baru...

Sinetron cinta kirana , sekali pun ibu belum berkesempatan menonton nya , best ke idak pun tak tau . tengokan gazetnya tu boleh tahan mungkin dia ni kot..yang menjadi tarikan pada sinetron cinta kirana ni.
Nia Ramadhani, dulu heboh orang panggil dia ni si bawang merah kini dah jadi kirana pulak, dan  yang tentunya ada la pulak yang yang perasan tiap kali wajah si Ramadhani ni muncul.
Orang ni .....tak taulah ibu ..dulu - dulu masa rupa si bawang merah tu ada lah juga iras - iras dengan dia , tapi sekarang mungkin terbawa - bawa aje kot. heh...heh bior kan ajelah budak  baru nak besar.


Alamak..sorry satu gambar sengetla.....tapi takpa biar ibu letak macam ni nanti dia boleh menilainya sendiri ada tak yang dikatakan serupa tapi tak sama tu ataupun cuma mainan perasan sahaja....keh...keh...kelakarla ibu rasa.
Tapi ibu nasihatkan kakak... kalau mandi tu kena sental  muka/kulit  betul - betul barulah boleh putih macam Ramadhani ni. Nak wat cam mana dah kakak anak baba kulit pun cam babalah.  Lainlah Amier.....ikut kulit ibu.

*** Tiba - tiba teringatkan samarinda Laila Asyikin  ada lagi ke dah abis hah citer tu..
suka tengok  si Fahrin Ahmad dan  heroin yang comel betul bila pakai tudung tu ..sambil - sambil tu tengok gak tudung dia tu.... cantik.

Ogos 13, 2010

Hari ketiga berbuka PUASA

Hari ini , 3 ramadhan bersamaan hari jumaat dan sudah 3 hari kita berpuasa di tahun 2010 ini. Baba buat plan dari semalam lagi hari ini kita berbuka puasa di luar. Di luar??? Luar rumahkah? luar pagarkah? oh tidak..
Sebenar baba ngajak berbuka puasa ramai -ramai....kat padang...  Jom kita layan gambar je..
Masa kami sampai kat padang orang ramai sudah mulai memenuhi ruangan yang ada.

Yang mustahak beli air  minuman dulu ya.
Inilah rupanya jiran kami semasa berbuka puasa kat padang ni, budak - budak bujang , duduk atas rumput je, tapi ibu sudah pun bersedia lebih awal dengan membawa lapik tempat duduk berserta air untuk basuh tangan.
Berbuka puasa sambil di iringi laungan azan dari Masjid Negeri,  ketika ini suasana terasa lain macam sunyi dan damai , masing - masing mengadap  rezeki untuk hari ini.
Inilah rezeki kami sekeluarga pada hari ini didatangkan terus dari gerai dan masih didalam bungkusan Alhamdulillah ya Tuhan ku .

Perut dah kenyang panjang senyuman nya, jom - jom lekaslah bangun , nak solat maghrib pula. Tapi baba ambil keputusan kita balik terus , solat kat umah je sebab nanti mamat sorang tu jadi tak terkawal nanti.

Itulah kisah  hari ke 3  berbuka puasa tahun ini dan tahun 2010 merupakan tahun ke 3 juga padang MPK depan  Masjid Megeri di jadikan tempat penduduk  setempat  berbuka puasa. Sesiapa yang teringin untuk merasa suasana di sini ibu alu alukan. Tak percaya...meriah sungguh.

Ogos 12, 2010

Hari KEDUA ramadhan

Hari ini 12/8/2010 bersamaan dengan 2 ramadhan untuk tahun 2010 ni. Baru hari kedua berpuasa tapi sibuk benar nak beraya, tapi bila di pikir - pikir ada orang 2 bulan lepas dah sibuk buat persiapan baju raya , ibu ajelah yang seronok menunggu ujung bulan , kerana apa? ah..kita biarkan dulu soalan tu  di gantung tak bertali ..hee...hee.
Aduh ... ibu dah mula nak merapu, mengarut , meraban tak tentu hala nak menulis sesedap rasa yang mana hanya ibu saja yang faham  atau ibu nak tanyakan soalan pada diri sendiri macam soalan cheqna  dalam blog dia tu. ok..cukup...cukup ...kenapa puan juri? hish nafas awak berbau..
>
>
Sebenarnya nak citer pasal ni ha....ada orang sedang buat kuih kat dapur ibu,  ala - ala biskut raya lah tu, kalau orang dah rajin ni , elok kita galak kan aje, ye dok , tengoklah anak sapa tu..rajin nya , ibunya pulak pemalas harapkan anak je. betul ibu malas. Ibu  dah siap beli adunan biskut yang 'ready mix' tu, modified skit , tambah  badam, kismis, kelapa, cokelat rice nak buat cam 'famous amos' kontraversi tu terkeras pulak. Tapi masih boleh di makan.

Inilah minah yang gigih membuat kuih tu. Kalau ada sesiapa nak merasa airtangan kak ngah , jangan segan jangan silu jemputlah ke rumah ibu...takyah tunggu raya besok pun boleh....kalau tak puasalah.

PUASA hari pertama

Baca n3 ibu intan pasal anak - anak didik tahun satunya. Terasa pulak nak tulis citer Amier pada hari pertama puasa ni. Ramadan 2010 adalah sejarah bagi Amier sebab tanpa latihan Amier berpuasa penuh satu hari. tetapi bermacam - macam gelagat anak jantan ibu sorang tu.
Tidak seperti kakak dan kakngah yang bermula dengan latihan, iaitu mula berpuasa separuh hari kemudian baru di lanjutkan jam puasa mereka sedikit demi sedikit, begitulah kakak dan kakngah belajar berpuasa. Biar pun telah memasuki tahun satu tapi puasa masing - masing masih rompong lagi. Bagi ibu takpalah janji semangat harus ada.

Berbalik pada kisah Amier hari ini...kalau bab ngejutkan dari tidur ,Amier memang teramatlah susahnya, Tapi sahur pagi tadi , Alhamdulillah  Amier senang pulak bangun tapi kepalanya terletak atas meja..tak mau makan .ibu pujuk pelan - pelan sambil menyuap nasi kemulutnya . 2 - 3 suap macam tu dah tak nak ...orang lain toksah citer lajuje...lauk? ikan masin goreng sama gulai tempoyak ikan kembong...tak glamer langsung kan? tapi ....orang kat umah ibu ni...takda masaalah masa sahur  kalau maggi atau telur dadar pun diaorang ni laju je.

Kemudian lepas makan Amier cakap tak nak tidur , ok sambil tunggu suboh ibu buka internet Amier tengok 611.. ..lepas semua orang solat suboh masing - masing ambil posisi nak tidur...pukol 6.30am camtu ibu boleh terlelap ?  terkejut pukol 7.00pagi kejut kakngah , Amier masih duk layan 611 dan nak ikut ibu anatar kakngah gi sekolah, balik tu masih sambung tv tapi sekejap je dah lelap...terus ibu biar kan sampai pukol 12pm..hah ambik kau! Amier bangun tidur ibu suspen je..takut mintak air , tapi takdalah pulak ibu nak offer.
On the way to sekolah ibu bagi nasihat....jangan lari - lari, jangan usik kawan..pendek kata banyaklah jangan tu sebab apa...takut nanti letih, hari ni juga jadual sekolah berubah cikgu - cik gu boleh pulang awal..so, Amier minta ibu tunggu awal.

Petang ;- seperti dijanjikan 5.30pm ibu dengan baba pegi sekolah Amier, ramai juga ibubapa yang sampai lebih dahulu daripada ibu, bulan puasa ofis pun pulang cepat. Dari jauh nampak Amier , tidak ghairah seperti selalu berlari sambil tersenyum - senyum sebaliknya nak bawa beg sekolah pun tak larat....dgn muka pucatnya. Elok ibu sampai dekat ;- dibantainya menangis...aduii..ceeweknya jantan ni .'nak air,nak air'..bermacam - macamlah  kata  pujukan  oleh ibu dan baba ni sambil tu dalam hati sabar...sabar .

Terus pegi bazar ramadan , nampak orang jual air menangis lagi nak air.. beli air ikut kehendaknya tapi takleh minum sekarang tunggu berbuka nanti yang kelakarnya ibu boleh siap berpakat lagi dengan penjual air tu .Sib baik diaorang memahami. Orang ramai betul kat bazar ramadan sampai jalan pun jam. masa tu Amier tertidur. Lega sikit ibu. Sebenarnya ibu kesian tengok Amier sampai nangis - nangis  dan mintak air .tapi kuatkan juga semangat ibu sendiri. sempat juga ibu tanya adakah Amier minum semasa di sekolah . tak katanya..oklah tu. dia boleh tahan .
Sesampai di rumah dah hampir waktu berbuka tak bagi Amier masuk dapur dulu ,semasa ibu menyediakan hidangan,  Amier pun nampak happy je sebab semua permintaannya kami layan, nak beli  biskut  oreo, nak minum air soya,nak makan cupcake semua ada depan mata (sib baik  senang dicari).
Azan berkumandang , doa buka puasa dibaca, dah makan , ibu tanya  'cikgu tanya tak ?sapa yang puasa  ,sapa yang tidak '' Semua cikgu tanya , ibu' jawap Amier. Hah kalau tak puasa kan malu kata ibu lagi.'.Besok nak puasa tak?' 'Nak dan sahur karang nak makan banyak sikit takut lapar'.. Itulah azam Amier untuk hari kedua dia berpuasa..
Ibu takut je dia jawap lain tapi Alhamdulillah  Amier dah berjaya untuk yang pertamanya.
Teringat kata - kata baba semasa  Amier menangis di bazar ramadan tadi.'Alah kejap aje lagi tak mati pun kalau tunggu buka puasa nanti'.
Huh....itulah Amier.....bak kata ibu pada cheqna ..sib baik anak ibu 3 je kalau 13 ........tak mati pun...tapi boleh pengsan wo...

Ogos 10, 2010

CERITA kakngah

Hari Ahad 8/8/2010 sekolah kakngah mengadakan sukan Tahunan nya. Dah terlambat kan , tapi nasib baik sebelum puasa....kalau  tidak  takda sukan la ..sekolah kakngah ni. Amier taknak ikut , hari minggu dia lebih seronok melayan tidurnya.
Pagi - pagi lagi kakngah dah sampai..sebab kakngah masuk acara.....pembarisan. Oleh kerana satu jalan, baba yang antar tapi ibu yang kena tunggu kakngah sedangkan baba  ke padang golf. Sesampai di sekolah ibu adalah ibubapa  yang pertama sampai , semangatlah konon. ;- sampai belum 7.30am acara bermula 8.45am dan ibubapa mula sampai dalam 8.00am. ;- Ibu yang awal sampai kat situ macam kera sambong ekor sumbang terconggok je situ.
Pembarisan lintas  hormat dimana kakngah mengambil bahagian. Kak ngah cakap dia ada di barisan belakang.

Asap  berwarna warni  bertebaran  berserta bunyi letupan  yang kuat  dilepaskan tanda sukan tahunan dirasmikan oleh  YB.
Kak ngah tersenyum puas setelah dapat penat memberi  sumbangan kepada  rumah pasukanya dan ibu ada disitu pada hari tu untuk bagi sokongan  semangat buat kakngah.
Acara  hiburan/tontonan  untuk ibubapa serta pengunjung sukan tahunan sekolah pada hari tu. Pasukan senamrobik ke ...pom - pom ke...gimrama ke? ibu tak pasti pulak , tapi  lagu lagu yang mengiringi tarian  memang best.
Itu ajelah yang dapat ibu citerkan pasal sukan tahunan sekolah kakngah ni.
Gambar lain - lain acara sukan tak di ambil sebab kakngah tak ambil bahagian , cuaca sudah makin panas kami ambil keputusan untuk pulang , lagipun baba pun sudah habis dan mau pulang ke rumah sahaja. Tak larat weii.....nak tunggu ...


Ogos 07, 2010

Hari sabtu,

Baru nak buat n3 terdengar keletot - keletut kat dapur..bangun kejap on lampu , kelam kabut sekor kucing liar melompat ikut celah tingkap yang tak di tutup rapat, gigih betul si kucing liar sanggup melompat tingkap dan di bawahnya adalah yang longkang yang lebar dan dalam ;- camana yerk, pokok pangkalnya dah biasalah tu. Ternampak pulak mangkuk makan sinyau - nyau licin di baham sikucing liar tu. eh mana nyau - nyau ketakutan di atas meja , biasa tempat landingnya diatas kerusi kali ini diatas meja.
matanya kuyu je..manja.

Ternampak kerlipan lampu biru meronda kat jalan - jalan di kawasan rumah ibu ni. Polisla tu buat rondaan , tadi  terdengar juga mat - mat rempit tu bertempiaran lari. Kalau hujung minggu begini dia orang ni ghairah betul nak cari pasalnya..padahal sejak ibu tinggal di kawasan ni dah berapa ramai mat - mat rempit ni dikejar dan di tahan polis dan tak kurang juga ada yang dengan mudah nya menemui ajal mereka semasa mereka merempit disini. Faktor jalan yang lurus jadi kegemaran  mat - mat ni. Sebelum merempit dia orang berkumpul kat gerai  depan tu. Seelok je rumah - rumah disekitar sini sunyi maka bermulalah aktiviti mereka dengan mempress enjin motor burok  sekuat - kuat hati  berderum deram..tapi orang - orang kat sini baik - baik belaka mereka biarkan aje, tak ada pulak yang terpekik terlolong memarahi mat - mat ni tapi dalam 10 minit kendian datanglah si lampu biru tu .ha...masa nilah bertempiaran mereka lari...kehk...kehk padan muka.
Eh jauh   pulak ibu  ngomel pasal mat rempit ni...sebenarnya nak citer pasal kakak masuk spital ..takpalah tangguh dulu ye dah pukol  2 am.. ni baba dah ajak masuk tidur, Sssh...semalam baba baru sampai dari gong kedak. takleh ni ibu kena ikut baba  ...besok ada jemputan kahwin  dan kakngah ada sukan tahunan kat sekolah  kena bangun pagi.  So...daa..nanti ibu citer kendian ye.



Ogos 03, 2010

Kesian..

Straight to the point ye..petang tadi on the way nak ambik Amier kat sekolah , melalui jalanraya yang berstatus high class way ibu bergelut dengan macam - macam kenderaan , sib baik radio masih berfungsi, biar pun kena ketok kalau setiap kali radio tu mendiamkan diri. ;- panjangnya intro entah orang paham ke idak ni. ah biarlah..
Ni normal baru satu..kalau tidak bersusun - susun siap ada bas ekspress, kontena,lori balak serta kereta - kereta canggih yang menguji kelajuan memasing, pun begitu syukur ibu belum pernah terlibat dengan sebarang kemalangan.Alhamdulillah  minta dijauhi.

Petang di Era tiba - tiba terdengar 2 orang dj ni interview si Mawi ;- katanya Mawi betulkah ada orang kata awak bernikah seorang lagi di Kuantan. Kah..kah kah ..ibu yang dulu ketawa mendengarnya .  2 - 3 bulan lepas memang ibu dengar citer dari seorang kawan ibu Mawi ada datang menghadiri perkahwinannya kalau tak silap salahseorang PA nya.Mawi datang bersama Ekin dan  keluarga nya siap menyewa homestay disebelah rumah kawan ibu itu serta sempat lagi mengajak kawan ibu itu meyertai rombongan mereka kerumah pengantin.
Kata kawan ibu lagi , semasa di majlis nikah tu ,tentulah Mawi yang jadi tumpuan lensa  bukannya si pengantin kesian...
Apa pun Ekin dan familynya memang baik dan mesra..
Mawi dihari pernikahannya bersama Ekin. Semoga jodoh mereka bahagia hingga ke akhir hayat . Yang sebenarnya ibu memang tak minat mawi dan tak suka dengan Ekin tu,tapi tak juga suka dengar fitnah yang di putar belit macam tu...sedangkan ibu tau citer yang sebenar. Sib baik lah si Mawi ni pandai menjawap dan berterusterang tentang hal tersebut.  ok lah...gossip artis .

Sampai sekolah ujan... Amier menunggu dalam kebasahan tetapi tetap tersenyum...hai anak jantan ibu sorang ni..........

Ogos 02, 2010

sambung CITER..

Arini nak buat n3 ringkas je pasal mende yang terkilan minggu lepas tu, ;- 

Untuk memuaskan hati , petang sabtu tu,ibu ngan baba pegi lagi ketempat ni. kali ini pastikan betul - betul pintu dibuka sebelum melangkah keluar daripada keta.Bukan apa takut pisang berbuah 2 kali, penat ajekan. Setelah berpusing - pusing (buat macam umah sendiri) dan merasa duduk hampir kesemua sofa yang di pamerkan kat dalam tu. Baba pun ambil  keputusan nekad.
Setelah puas berfikir dan 3 - 4 pulohkali bangun duduk  dan sudah 2 - 3 belaskali  sales
akhir nya barang yang di hajati di bawa lari beli.
EXcited giler ngan satu kerusi tu....( satu je bukan dua) Ala - ala wing chair gitu, baba lah bukan ibu .
ok habis bab kerusi.  

Semalam ibu buat n3 pasal hari tanpa beg plstik tu kan...rupa - rupanya hari ini baru tau setiap pasaraya kat sini memang buat macam Mydin tu.. akan dikenakan  20sen jika pelanggan meminta beg plastik, itu adalah arahan dari kerajaan negeri , bermula pada 24hb.julai 2010 lagi...Oh ibu yang ketinggalan keretapi.




Ogos 01, 2010

20sen...20sen.


Eeeiii...........malas nya nak wat n3...tapi ada kisah , aritu pegi Mydin , hari sabtu , ibu tau pada setiap hari sabtu  , ada kempen hari tiada beg plastik , di pasaraya - pasaraya tertentu .
Masuk dalam baru prasan bila nampak ada orang  pakai beg kitar semula sedang bershopping . Alamak ..parking keta pulak jauh , kat dalam keta memang ibu ada standby , beg kitar semula, plastik beg juga paper bag sesaje kut - kut kalau terjadi macam hari nilah,  tapi alangkah hampehnya .
Bila sampai kat kaunter ; - oo..tak ada beg plastik....
                                        Ada...tapi akak  kena bayarlah 20 sen , nak tak?
                                      - takyahlah....bukan banyak pun ..lagipun cuma buku dan beberapa batang pen.
Staff 2 orang kat kaunter tu saling berpandangan. Orang yang di belakang ibu cuma beli 2 tin minuman , soalan yang sama di tanya ;Hari ni tak da plastik kalau nak bayar 20sen ..nak tak ? Orang tu sengih sambil cakap alah....20sen.
 Si Amier siap cakap  ibu kedekut...sebab taknak bayar 20 sen untuk plastik yang kalau hari lain selain pada hari ' tanpa beg plastik' di beri  percuma; Mydin ni nak berkempen untuk hari  'tanpa beg plastik'  pada hari sabtu atau  nak kenakan bayaran 20 sen untuk beg plastik pada hari sabtu?.

Bagi ibu kalau tanpa beg plastik ; janganlah ada beg plastik kalaulah takut muflis dengan 20 sen tu jual lah beg kitar semula dengan harga yang berpatutan itu lebih menguntungkan daripada jual beg plastik percuma 20sen pada hari "tanpa beg plastik " nak kempen ke nak cari untung. atau memang jenis tak reti basa...Haiya....ibu pulak gerammm..dan anak - anak geram  dengan ibu sebab kena  memegang sendiri barangan memasing yang di beli tadi.

Moral nya jangan pergi mydin pada hari sabtu ..nanti beg plastik kena charge.