Ogos 13, 2010

Hari ketiga berbuka PUASA

Hari ini , 3 ramadhan bersamaan hari jumaat dan sudah 3 hari kita berpuasa di tahun 2010 ini. Baba buat plan dari semalam lagi hari ini kita berbuka puasa di luar. Di luar??? Luar rumahkah? luar pagarkah? oh tidak..
Sebenar baba ngajak berbuka puasa ramai -ramai....kat padang...  Jom kita layan gambar je..
Masa kami sampai kat padang orang ramai sudah mulai memenuhi ruangan yang ada.

Yang mustahak beli air  minuman dulu ya.
Inilah rupanya jiran kami semasa berbuka puasa kat padang ni, budak - budak bujang , duduk atas rumput je, tapi ibu sudah pun bersedia lebih awal dengan membawa lapik tempat duduk berserta air untuk basuh tangan.
Berbuka puasa sambil di iringi laungan azan dari Masjid Negeri,  ketika ini suasana terasa lain macam sunyi dan damai , masing - masing mengadap  rezeki untuk hari ini.
Inilah rezeki kami sekeluarga pada hari ini didatangkan terus dari gerai dan masih didalam bungkusan Alhamdulillah ya Tuhan ku .

Perut dah kenyang panjang senyuman nya, jom - jom lekaslah bangun , nak solat maghrib pula. Tapi baba ambil keputusan kita balik terus , solat kat umah je sebab nanti mamat sorang tu jadi tak terkawal nanti.

Itulah kisah  hari ke 3  berbuka puasa tahun ini dan tahun 2010 merupakan tahun ke 3 juga padang MPK depan  Masjid Megeri di jadikan tempat penduduk  setempat  berbuka puasa. Sesiapa yang teringin untuk merasa suasana di sini ibu alu alukan. Tak percaya...meriah sungguh.

12 ulasan:

  1. Salam Salmi..

    seronok juga sesekali berbuka di kawasan lapang macam tu, ya? :)

    BalasPadam
  2. Salam Kak,

    wah..meriahnya berbuka macam tu. Kat mana tu kak ? MPK (Klang ke?)

    BalasPadam
  3. salam wan..memang diluar betul tu..kat padang..akak tak pernah pulak terfikir sampai macam tu..selalunya kat kedai ke..
    seronok agaknya..nyaman je..

    BalasPadam
  4. Ehh..ehh bestnya ...

    Tentunya meriah . Kalau gi Kuantan, Inysallah .. nak cubalah ..

    BalasPadam
  5. Kakcik,
    Memang seronok kalau dah dekat - dekat nak raya nanti lagi ramai orang yang berbuka puasa kat situ.

    BalasPadam
  6. w.salam ina..
    Padang MPK 1 di KUANTAN sayang....

    BalasPadam
  7. KakErna,
    Saya percaya kat tempat mungkin tak ada.
    Pada mulanya mungkin bagi sesiapa yang tak sempat nak balik rumah buka puasa kat situ dan terus solat. Lama - lama ramai pula yang teringin.
    Yang untungnya peniaga bazar Ramadhan yang berhampiran.

    BalasPadam
  8. Linda comel..
    Datanglah..seronok sebelum berbuka puasa kita catwalk dulu kat padang tu.
    Harap - harap hari tak ujan masa Linda datang nanti.

    BalasPadam
  9. salam
    wah beshnya bukak pose cam gitu...
    mesti besh kan kak???

    BalasPadam
  10. Mestilah besh..dan bagi yang bujang tu..sambil buka pose sambil kenyit mata.

    BalasPadam
  11. salam,

    duduk kat padang tu elok berlapik bawak tikar sekali kalau tak balik gatal2 nanti hehe..

    BalasPadam
  12. W.salam PM,
    Biasanya yang tak bawak tikar tu adalah orang bujang ...

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .