Ogos 07, 2010

Hari sabtu,

Baru nak buat n3 terdengar keletot - keletut kat dapur..bangun kejap on lampu , kelam kabut sekor kucing liar melompat ikut celah tingkap yang tak di tutup rapat, gigih betul si kucing liar sanggup melompat tingkap dan di bawahnya adalah yang longkang yang lebar dan dalam ;- camana yerk, pokok pangkalnya dah biasalah tu. Ternampak pulak mangkuk makan sinyau - nyau licin di baham sikucing liar tu. eh mana nyau - nyau ketakutan di atas meja , biasa tempat landingnya diatas kerusi kali ini diatas meja.
matanya kuyu je..manja.

Ternampak kerlipan lampu biru meronda kat jalan - jalan di kawasan rumah ibu ni. Polisla tu buat rondaan , tadi  terdengar juga mat - mat rempit tu bertempiaran lari. Kalau hujung minggu begini dia orang ni ghairah betul nak cari pasalnya..padahal sejak ibu tinggal di kawasan ni dah berapa ramai mat - mat rempit ni dikejar dan di tahan polis dan tak kurang juga ada yang dengan mudah nya menemui ajal mereka semasa mereka merempit disini. Faktor jalan yang lurus jadi kegemaran  mat - mat ni. Sebelum merempit dia orang berkumpul kat gerai  depan tu. Seelok je rumah - rumah disekitar sini sunyi maka bermulalah aktiviti mereka dengan mempress enjin motor burok  sekuat - kuat hati  berderum deram..tapi orang - orang kat sini baik - baik belaka mereka biarkan aje, tak ada pulak yang terpekik terlolong memarahi mat - mat ni tapi dalam 10 minit kendian datanglah si lampu biru tu .ha...masa nilah bertempiaran mereka lari...kehk...kehk padan muka.
Eh jauh   pulak ibu  ngomel pasal mat rempit ni...sebenarnya nak citer pasal kakak masuk spital ..takpalah tangguh dulu ye dah pukol  2 am.. ni baba dah ajak masuk tidur, Sssh...semalam baba baru sampai dari gong kedak. takleh ni ibu kena ikut baba  ...besok ada jemputan kahwin  dan kakngah ada sukan tahunan kat sekolah  kena bangun pagi.  So...daa..nanti ibu citer kendian ye.



10 ulasan:

  1. salam wan..ada kenduri lagi ye sabtu ni..akak nak pi pasar aje la..anak sekolah ari ni.sekolah ganti..

    BalasPadam
  2. kakErna ada...besok pun ada kat KL lagi tapi mungkin tak dapat pegilah.
    So selamat memasak lah ari ni..

    BalasPadam
  3. Sedang kakcik mengadap pc ni pun, adik tiba2 menjerit 'mak ada kucing masuk'. Kucing tu lompat tingkap dapur.. aduhai!

    BalasPadam
  4. Kak Wan,
    Selamat berhujung minggu ..

    Muaaah !

    BalasPadam
  5. kalau kucing takpa..jangan orang pulak yang lompat tingkap tu..

    BalasPadam
  6. Terima kasih Linda...emm...emmm..love u..

    BalasPadam
  7. Salam Kak,

    saya pun terlepas pandang untuk ke sini. Saya letak blog akak dlm bloglistlah..



    si mat rempit tu..kalau berani sangat jangan lah lari. hadap jer polis-polis tu.

    BalasPadam
  8. salam,

    macam-macam ada kat kawasan umah tu ye..

    BalasPadam
  9. W.salam ina..
    timakasih kerna sudi.

    Pasal mat - mat rempit tu, dia orang ni suka kena kejar daripada menghadap polis tu.

    BalasPadam
  10. W.salam PM,

    Memang macam - macam ada termasuklah makhluk yang kita tak nampak.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .