Januari 02, 2011

Tayangan hebat..

Sesaje nak tayang gambar - gambar percutian yang bermula  pada 25hb disember 2010.. biarpun dah basi  ianya adalah kenangan buat tahun - tahun akan datang.
Agenda pertama ke majlis khenduri kahwin ;-  menjadi  tetamu yang pertama sampai  sbb tu boleh posing sakan ngan tuan rumah.

On the way balik kampung mbah ;-  singgah makan soto ..selepas tu kami singgah pula kat  sbbc   heh..heh ada orang tau ke di manakah tempat itu.

Kat kampung mbah baba sempat memancing lagi dapat pula ikan haruan  ;- baba pun tak sangka ikan tu boleh makan umpan dia....alah....dalam parit depan rumah mbah je..

Tengahari bertolak ke Pulau Pangkor..dah sampai pun , kami menginap kat rumah cousin baba ;- kuarters SMK Pangkor.

Kuaters betul - betul mengadap lautan ;- Pulau yang  nampak kat atas tu adalah Pangkor Laut Resort ;- tengok dari jauh je ;-   2 malam kami kat sini ......malam tidur di buai ombak laut.


Sessi jalan - jalan pusing pulau  dengan kenderaan / van  yang terdapat di pulau tersebut...Pink colour lagi.

Anak tuanrumah yang baru berusia setahun lebih ;- Aish Yuhana yang sangat keletah....Airbatu campur special  ....yang berharga cuma rm3.00 sahaja...makanan kat sini agak berpatutan maa boleh di katakan murah...

Kenangan - kenangan di jeti..

Tengok  pergi cuma dua malam ...tapi bawa beg kemain lagi beso nya ..tapi ringan ajekan..jinjing je...maklumlah tumpang tidur umah orang kena bawa " toto " sendiri .

Dengan ucapan  InsyaAllah  mungkin akan  datang lagi kami pun  mengucapkan  berbanyak terimakasih buat tuanrumah yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan yang paling seronok mbah dan wak  amat  ikut serta menjadikan percutian kami begitu meriah.

Dengan ini  tamatlah kisah anak - anak bercuti di cuti sekolah bagi tahun  2010  ;- rancang tiga percutian ...Alhamdulillah di murahkan rezeki dapat empat. Moga di masa - masa mendatang kami di beri kan lagi  kesempatan serta kesihatan yang baik serta di limpahi rezeki  yang berganda .. Amin.

Besok tugas untuk 2011 menanti...


7 ulasan:

  1. Seronok dapat bercuti-cutian bersama keluarga yang tersayang. Yang tak seronoknya, bila balik kena mengemas kain baju... :)

    BalasPadam
  2. Iman ..hari tu kelik gok semetar..masa cuti2 kuala besut,
    Ambik mak kakwan yg dok sorang - sorang, bawak gi Shah Alam.

    BalasPadam
  3. kakcik..,
    Tepat sekali...tambah lagi hujan yang turun sejak kami balik haritu masih belum berhenti..masi berlonggok .

    BalasPadam
  4. Mudah2an tahun2 berikutnya bertambah2 rezeki supaya boleh bercuti lagi.

    BalasPadam
  5. Salam kak wan
    Seronok juga dengan percutian. Bila pula saya dan keluarga dapat melancung

    BalasPadam
  6. salam wan..alhamdulillah..murah rezeki wan..rancang 3 percutian tapi dapat 4..

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .