Jun 23, 2010

sesaje ...aje

Tak de citer nak tulis cuma nak bagitau nyau - nyau dah balik dua tiga hari lepas . Ibu jumpa ia sedang tidur dalam longkang kering umah orang sebelah. lemah je badan serta pandangan matanya pada ibu.
Ibu dukung nyau - nyau bawa masuk umah dan suapkan susu..dan biarkan dia tidur bawah sinki dapur. Lebihkurang satu hari baru nyau - nyau berselera makan dan sekarang ibu nampak ia sudah sihat seperti biasa tetapi masih takut - takut nak keluar umah.

Pose manja yang terbaru daripada nyau - nyau.
.
Amier.., nak tumpang tidur  sama - sama boleh?...  Oi..dah pukul berapa ni bangun la..
Tengoklah sinyau - nyau ni manja betul. Aman rasanya dapat ngesel - ngesel kat kaki ibu.

Itulah n3 ibu untuk arini . tak habis - habis dengan kisah si nyau -nyau  .kalau  jemu takpa tapi jangan nyampah ye.. ibu cuma nak citer pasal kasihsayang dalam kehidupan keluarga ibu.

Hah..ni ada satu lagi kisah ,
Kisah semalam ,ibu ngan baba pegi main boling ,macam biasa ,Ofis baba buat aktiviti untuk pasangan suami isteri.

Baba sedang menunjuk kan skilnya  membaling bola.

Seronok betul bila tengok mata yang dijatuhkan lebih daripada orang lain.

Ibu  enterfrem sikit  ;- mentang mentang lah kakak dan kakngah juga Amier tak ikut sama ibu ajela berposing dengan kak sa..... sebelum  membaling bola yang sering masuk  ke longkang.keh..keh..

Hadiah yang di menangi oleh baba.... setelah berhempas pulas membaling bola baba mendapat voucher ini .
Dan ibu, apa yang dapat ? jumpa kawan - kawan serta dapat menemani baba . OK lah tu.........

2 ulasan:

  1. Sesekali keluar berdua2an dan dapat menikmati masa2 yang berharga itu memang menyeronokkan. :)

    BalasPadam
  2. Memang betul tu kakcik.Nak - nak kalau ketempat yang peluang untuknya terbuka luas.Biar kita menjeling jangan dia yang kena jeling.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .