Anak - anak dah ke sekolah semula ..mana yang tahun enam itu ..hari inilah hari yang mengetarkan bagi mereka dan biasanya ibu bapalah...eh bukan. ibu lah yang akan terlebih - lebih excited berdebarnya. ;- mengikut pengalaman ibu semasa kakak menghadapi UPSR dua tahun lepas. Ibu nak mengucapkan ' SELAMAT ' buat anak - anak member ibu yang menghadapi UPSR hari ini...semoga dapat menjawapnya dengan tenang dan berhati - hati. ..serta buat mak - mak diaorang tu jangan risau ceria - ceria selalu kalau kita tunjuk kerisauan kita pada anak - anak nanti akan memberi tekanan pada anak - anak. Percayalah pada anak kita. ..dan yang penting, lepas ni............yeay....kita raya.
Sesaje ibu nak citer ni ...masa dalam cuti hariraya minggu lepas. Selepas balik dari kampong baba , adalah mbah dan beberapa orang adik baba berserta keluarga ikut datang kerumah kitaorang untuk beraya di samping menghabiskan cuti sekolah..;- adalah dua malam mereka kat sini.
Kami membawa mbah dan anak - anak nya (adik beradik babalah tu..) melawat ketempat ni..
Kakak kalau tak posing tak sah. Gambar di ambil di kaki bukit di luar Muzium.
;- Amier bergambar di dalam Muzium..
Bergambar bersama - sama di luar Muzium..
Keaslian hutan masih ada..
Bersantai di atas jambatan gantung yang merentangi sungai... di sungai Lembing.
Minta maaf ye tengok gambar je ..kalau nak penerangan lebih jelas sila datang sendiri ke Muzium Bijih Timah yang terletak di kg. sungai Lembing . Boleh melihat peninggalan zaman belum perang sejarah serta penempatan bandar lama di negeri Pahang.
** gambar yang lelain tak ada ..dalam kecoh - kecoh terlupa pulak nak ambil gambar beramai - ramai.
Salam Salmi...
BalasPadamkuih raya banyak lagi tak? atau dah tinggal serdak? :)
satu hari nak pergi juga .. pergi memancing. katanya ikan banyak kat sungai tu !
BalasPadamsalam,
BalasPadamntah bila la saya akan sampai kat muzium ni hehe..
p/s: td bila bukak guna goggle chrome detect ade malware kat sini..
w. salam kakcik..,
BalasPadamKuihraya tu adalah skit lagi..nape kakcik nak datang ktn ke..
Salam kembali Tuan Haji,
BalasPadamTempat ni memang sesuai untuk kaki pemancing kabarnya banyak kelah dan toman kat sg.Lembing tu...
Kalau nak banyak ikan ..elok bawa jala sekali.
W.salam mr.PM,
BalasPadamSenang je ..datanglah kuantan.
** iyeke...dah agak dah..
ADA PATIN TAK KAK
BalasPadamDik brutal..
BalasPadamADA...suka makan ikan patin ke..kat R & R Temerloh pun banyak ,siap dah masak gulai tempoyak lagi.