Alieya pun bercerita lebihkurang apa yang dia tau pasal malam kejadian arwah kena tembak tu.katanya dia juga pergi menziarah arwah pada hari kematian tu serta ke tahlil pada keesokan hari nya.
Setelah mendengar cerita dari Alieya tu ibu tak berani nak komen apa - apa cuma sebagai peringatan buat anak - anak ibu ambil lah iktibar dari kisah arwah Aminurashid ni.
Ibu nak snap gambar Alieya...tapi nak tunggu esoklah...bila dah keesokan hari nya Alieya belum bangun lagi sedangkan baba dah tak sabar nak ke rumah bibik eqin untuk berjumpa dengan mbah.
Lepas makan bibik eqin ajak kerumah bibik noja kat puchong ,sebab bibik noja nak buat bbq sempena hari ibu .
Tapi baba tak termakan pujukan semua orang termasuk mbah. Nak balik dan - dan tu jugak.
On the way balik di highway LPT kami menempuh hujan yang sungguh lebat.Suasana macam malam Heh...kecut perut ibu. Bukan saja 7 kali surah kursi ibu baca malah berpuloh puloh kali. Alhamdululilah selepas Maran hujan reda barulah ibu berani ambil gambar.
Dalam suasana hujan renyai ibu selamat sampai kerumah sebelum tu sempat lagi singgah kat kedai gunting rambut.
Rambut Amier digunting oleh amoi. Amier malu - malu masa ni sebab baba ngusiknya.kontrol la tu.........
Semoga roh Allahyarham aman dan tenang di sana.
BalasPadamkakcik ..Aminnn.
BalasPadam