September 27, 2010

Citer lain....habis dah....

Assalamualaikum salam sayang buat sesiapa yang sudi baca n3 ibu ni. Hari ini ibu nak buat n3 ala - ala  buku cerita bergambar kanak -kanak  so sudi - sudikanlah melihatnya .

 
Tengok kami ada kat mana...? di Summerset Resort di Kuala Rompin. Tepian pantai nan damai.

Kami dapat tempat penginapan yang di beri nama villa ..Pemandangan di hadapan ..suasana didalam serta di bahagian belakang villa tu.

Antara aktiviti yang menarik  hati  ;   Berjemur di terik mentari........eh, eh..bukan ..ini acara  sukaneka tapi kalau nak dikatakan  photoshot perasan jadi model pun boleh jugak.



Saat yang paling seronok dan sukar untuk di lupakan  dapat hadiah serta berjumpa serta bersembang  dengan kawan -kawan...seangkatan...(???)

Ada makanan penuh meja.

Mercun dan bunga api besar pun ada ;


Duduk bersenang lenang di meja makan . Inilah akibat kalau makan hingga lupa diri.


Ini ada lagi ...




Kakak dengan kakngah serta BFF kakak si Dina ; waktu siang.
Menunggu ketibaan duit raya ; waktu malam.






Harap maaf jika ada yang pening kepala bila membaca n3 ini..agak kelibut sikit ...Banyak gambar yang nak di letak tapi malangnya ada agak gelap dan tak sesuai nanti ibu edit lagi sekali dan harap takda yang nyampah melihatnya. Sampai ke saat yang lain itu...bye n adios..........

September 26, 2010

Citer lain yg ada kaitan..

Heh...masih di sini... belum boleh buka teka - teki citer lain sebab banyak gambar - gambar yang belum di upload. Pun begitu kat FB  Emilia dah buka rahsia...kita kat mana yerk?
Pasti ada yang tak faham apa yang ibu karutkan ini ye..takpalah biarkan dulu ibu nak melayan perasaan sambil nak juga buat n3 ni sebab sayangkan  3G BB yang laju gilersss  ni.. ( teringat kat member - member celcom yang bermatian buat promosi  ketika orang  kaya kat kampung baru mula pakai h/phone  - just imagine ada h/phone ;- line takdok )
Hamboi....hamboi ..sambil perut masih kekenyangan sebab makan ketupat  dengan  serunding daging  campur kuah sate semalam ..jeling tengok jam masih terlalu awal di pagi hari minggu ;-
kalau tidak tentunya di alam mimpi selepas solat suboh sebab takleh nak tidur semalamam sebab apa ye....
Lampu tak ditutup konon takut sebab di villa berserabut last - last kalut.

Tak paham ..? tak pa .......sesaja nak sibuk ....bye.

September 24, 2010

Citer Lain

Hari ini sudah 15 haribulan  dalam bulan syawal ni.. hari jumaat, besok hari sabtu dan selepas itu sudah tentu hari ahad, ramai nah orang yang buat open house a.k.a rumah terbuka atau hariraya gathering.
Hari ini , esok serta lusa ada jemputan untuk ke majlis - majlis yang di nyatakan tersebut...tapi sorry ye takleh nak hadirkan diri sebab kita orang ada program kita sendiri..nanti ibu citer lebih lanjut.

Tengoklah rupa kakngah tu dah di tocang - tocang (kata Amier) oleh kakak .konon - kononya besok adalah tranformasinya , kita tengok apa jadi yerk. Tapi ibu kesian pada kakngah alangkah  tak selesanya nak tidur nanti kan!.
Sebenarnya malam ini kami  berada  bukan di rumah sendiri  tapi di satu tempat lain ,sudah tentulah  di dalam rumah...bukan di ladang  g*****.

Hah ..tengok gambar kat atas tu....ada sesiapa boleh agak kami kat mana.? Tempatnya bermula dengan kuala.....no..no..no.bukan kuala terengganu ,bukan kuala Perlis  jauh sekali kuala Lumpur.

OK ..besok baaanyak peristiwa yang akan berlaku  hingga tika itu...bye....!


via celcom broadband;- lajuuuu,jelas dan nyata.

September 22, 2010

Nostalgia Aidilfitri


Lagu Nostalgia hariraya sungguh syahdu bila di dengar..disertakan dengan liriknya sekali.  ;- Perasan  tak ...biasanya lagu ini akan kita dengari di radio dan melihat videoclip di tv setelah berlalunya Hariraya aidilfitri  tetapi masih di bulan Syawal .


September 21, 2010

BALIK asal...


Anak - anak dah ke sekolah semula ..mana yang tahun enam itu ..hari  inilah hari yang mengetarkan bagi mereka dan biasanya ibu bapalah...eh bukan. ibu lah yang akan terlebih - lebih excited berdebarnya. ;- mengikut pengalaman ibu semasa kakak menghadapi UPSR dua tahun lepas. Ibu nak mengucapkan  ' SELAMAT ' buat anak - anak member  ibu yang menghadapi  UPSR hari ini...semoga dapat menjawapnya dengan tenang dan berhati - hati.  ..serta buat mak - mak diaorang tu jangan risau  ceria - ceria selalu kalau kita tunjuk kerisauan kita pada anak - anak nanti  akan  memberi tekanan pada anak - anak. Percayalah pada anak kita. ..dan yang penting,  lepas ni............yeay....kita raya.
Sesaje ibu nak citer ni ...masa dalam cuti hariraya minggu lepas. Selepas balik dari kampong  baba ,  adalah mbah dan beberapa orang adik  baba berserta keluarga ikut datang  kerumah kitaorang untuk beraya di samping menghabiskan cuti sekolah..;- adalah dua malam mereka kat sini.

Kami membawa mbah dan anak -  anak nya (adik beradik babalah tu..) melawat ketempat ni..

Kakak kalau tak posing tak sah. Gambar di ambil di kaki bukit  di luar  Muzium.








;- Amier bergambar di dalam Muzium..








Bergambar  bersama - sama di luar Muzium..

Keaslian hutan masih ada..

Bersantai di atas jambatan gantung yang merentangi sungai... di sungai Lembing.
Minta maaf ye tengok gambar je ..kalau nak penerangan lebih jelas sila datang sendiri ke Muzium  Bijih Timah yang terletak di kg. sungai Lembing .   Boleh melihat peninggalan  zaman belum perang   sejarah serta penempatan bandar lama di negeri Pahang.


** gambar yang lelain tak ada ..dalam kecoh - kecoh terlupa pulak nak ambil gambar beramai - ramai.

September 17, 2010

Imbas kembali

Heh..heh..seronok.. Hariraya Aidil fitri yang pertama buat Rayyan Rezqi Ridzuan, beraya pulak kat umah mbah kat kampung , atok dan nenek orang  kl.
' Eh..eh..wak ni..asyik ambil gambar Rayyan je....jangan marah ye , Rayyan jadi tmpuan sebab  dalam ramai - ramai  cucu mbah , Rayyan paling  muda buat masa ni..la.'
Ini pun cucu mbah juga, takleh tak nampak ayahnya...mesti nak panggil  ..last - last ayah lepaklah sama dengan ikhwan.

Yang ni anak sapa ni.............syok sangat tengok tv citer spiderman  . Tengok tv umah mbah best jugak w/pun takda astro, masa ni lah  boleh tengok lain - lain citer kat channel yang lain - lain tu..kalau tidak asyik nak tengok sinetron je.

Jangan lupa... baba dah ada dua anak dara  ,  relaks je sebab tiap - tiap tahun dia dapat beraya umah mak dia..aci  ke tak  aci hah ..?

Ginilah....yang bestnya kalau beraya kat kampong ni... bukan saja saling kunjung mengunjung   serta  bermaaf - maafan  malah saling jua menunjukan kasihsayang  sesama kita .

September 14, 2010

Assalamualaikum...

Dalam  suasana  raya ,kami  balik daripada kampung baba..nak kena tulis nama kampung baba  ni .. parit limo sungai sumun , PERAK.
Pepagi 1 syawal  selepas pulang dari  masjid ;- jalud puro... anak kecil tunggu giliran ambil duit raya hehehe.. waktu ini biasanya  suasana agak emosi tapi di lindungi dengan gurau senda dan gelaktawa iparduai.

Sessi bergambar;- sebahagian je tu..kalau semo - semo tak muat pulak gambar ; diaorang ni anak - anak dari 1 msia konon - kononnya.


Lepas tu ..apa lagi kunjung mengunjung...makan ketupat rendang serunding tak henggat...maklumlah setahun sekali..
salah sebuah rumah mbah yang wajib di kunjungi di pagi raya.
Hari ke dua ..2 syawal Misi kunjung mengunjung di teruskan ..menjejaki suku sakat sanak saudara baba ke seberang. kg.Sungai  Airtawar  Sabak Bernam.

Singgah beri sokongan kepada orang yang  sudah mencari rezeki pada 2 syawal..sanggup tak beraya dia. makan mee udang  popular kat  bagan nakhoda omar ( BNO ).

Hah...rezeki syawal ...paman Ilyas dengan hasil tangkapannya , ikan talapia , kalau dah minat tu parit  depan umah mbah  pun jadi...

Hari Raya Aidil Fitri  sudah menjadi kemestian bagi keluarga sebelah baba mengunjungi saudara mara yang kadang tu hanya berjumpa bila hari raya je dan ketika inilah  juga  kami berkumpul adik beradik biarpun agak penat tapi seronok dan selalunya akan menjadi  kenangan  untuk tahun yang mendatang.



September 09, 2010

Nostalgia Hariraya



Hayati lah lagu klasik ini...Moga kita dalam lindungan Allah sentiasa ketika bergembira berhariraya. Mohon Maaf Zahir Dan Batin dari kami sekeluarga.


September 08, 2010

Terbaru untuk Raya

Ada sesiapa tau camana nak kecilkan video dari youtube ni..
Mari kita dengar lagu ni sama - sama seronok pulak ibu dengarnya.....ibu ni nak berkemas baru nak bawak balik kampung baba huhuhu......
Tapi sebenarnya seronok orang keluar KL ..silap - silap jem lagi...tapi ibu dengan aman damainya ...meluncur je masuk KL...he..heh..takpalah kita bagi baba menang.  Ok da...ibu dah janji ngan kakcik nak buat n3 pasal balik kg ni kalau ada masa nanti ibu update .  bibye dululah ye..

Terima kaseh Teman..

Alhamdulillah...terima kasih di ucapkan kepada teman - teman yang bertanya khabar tentang diri ini...cewwah..

Demam tu rasanya adalah kurang sikit walaupun suara masih rock di sebabkan batuk. kalau demam sepatutnya berehat je.. tapi ibu tetap kehulu kehilir mencari  keperluan dan membuat persiapan akhir sebelum balik kampung.....besok.
Buat masa ni ..kalau jumpa sesiapa masa last shopping tu ..tengah - tengah nak pilih kerepek  ke..sedang belek - belek pelita buluh..  ataupun  tengah sibuk  - sibuk kat bazar Raya   tiba - tiba terjumpa  kawan lama yang dah balik cuti raya..soalan yang paling popular di tanya   balik raya mana taun ni?..



*** Nak letak gambar family kat situ tapi belum ambik gambar lagi ..gambar letak kendian je boleh...?

Di Ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada  saya dan keluarga di tujukan buat teman - teman tenet  .. yang sudi teman berteman .

Kakcik seroja ,KakErna ,ina 0307, Linda comel, Cheqna cute, ibuintan, Ain, Aanas ,Anymz, mr.PM, IM, tuan YB,  tak lupa juga buat Tuan haji Al  serta miss Q  eh..eh ..brutal solo juga em_me hampir terlupa. Jua pada sesiapa yang ada singgah kat blog ni tapi ibu terlupa pulak nak meyebut nama nya....di persilakan ambil kad raya ini.


**Sela..mat, sela...mat hariraya..mohon maaf zahir batin **( irama laguraya radioera)


 



SEDAP..

Assalamualaikum ..salam ceria pagi 29 ramadan 2010  .Dekat nakraya sangat dah ..ibu tak sihat ..semalam selepas makan ubat demam dua biji terus lena ...sedar - sedar pukul 4.05 am buat apa yang patut ..ibu makan dulu sebelum ngejutkan anak - anak..lepas tu terus tak tidur lagi sampai sekarang
Baru buka internet , baca dulu blog kawan - kawan ,sudah ramai yang mengucapkan Selamat Hari Raya , dan ada yang dah bercuti.
Ibu tak habis lagi mengemas. ..1)  Kemas umah ..   2) Kemas pakaian nak balik kampung  3) Kemas barang - barang yang nak di bawa balik kampung ...nak raya oi..dahlah tu bukannya 3 hari 2 malam nak tidur hotel.  ;- sendiri mau ingat apa barang yang perlu di angkut sekali. 4) Kena buat senarai juga nak tinggal umah  ni..halaman nak juga di touch up..nak tinggal pesan kat polis jiran ( org depan umah org tempatan kerja dia pulak polis..rezeki ibu )  yang mustahak si nyau - nyau  nak juga pesan kena bagi makan.

Hari ni nak kena buat....1) Ambil baju kakak kat mok teh  ;- baju ibu dah tentu tak siap.
                                    2) Nak antar biskut raya yang laila tempah kat cikma  ;- takut je laila takda kat umah.
                                    3)Janji ngan kakngah nak belikan top up rm30  ;- takut tak larat nak gi kedai sbb hidung dan kepala masih rasa tak beres.
                                     4) Nak kena remind pasal ketupat pulut yang nak bawak balik kampung   ;-  kena antar pagi.
Hu..hu banyak lagi yang mesti dibuat...apapun kita layan dulu....

September 05, 2010

Pening..

Malam baru sempat bukak internet baru nak jenguk blog kawan - kawan., so kena korbankan tengok tv. Ibu rasa kurang sihat , dah lama dah tak rasa cam gini  tekak rasa perit hidung tersumbat ini dah sah - sah selsema ini..kepala rasa toing - toing je badan kejap sejuk kejap berpeluh membahang tu sudah tentulah....hilang mood .
Hai jangan lah melarat banyak lagi hal - hal yang belum beres...nak kemas baju balik kampong pun satu hal ..,maklumlah  baba nak balik lama sikit tahun ni . Baju tempahan belum diambil, begitu juga rasanya nak  mengadun 1 atau 2 adunan biskut lagi .Sib baik tadi baba dah tolong tukar langsir  ..lepas dah satu bab.
Ibu rasa ibu dah dapat demam dah ni...tapi tak palah lepas ni makan dulu panadol., harap - harap boleh kebah.
Seperti biasa tiap - tiap tahun baba ajak bukan saja berbuka puasa kat luar malah bersahur pun..terlebih rajinlah dia pulok. Sedang elok - elok makan kat bawah pokok ,hujan pun turun.rintik - rintik   ;- beralih ketempat berbumbung
Dah habis makan ..sedang tunggu  baba ambil keta masa ni hujan turun betul - betul lebat..jam menunjuk pukol 3 pagi.  Amier marah sebab ibu ngejek dia pakai baju terbalik(depankebelakang)


Semalam berbuka kat tepi sungai kuantan (esplanade)   lepas solat kat  surau  di ECM terus mencari baju raya  ibu dan Amier....ibu dapat sepasang kat  firstlady  murah je.
OKlah ibu dah start bersin dan batuk sikit - sikit .....nak  tidur dulu lah . Semoga masa bersahur nanti ..ketidakselesaan ini akan berkurangan.


September 02, 2010

NO dua...

Hari ini 2 haribulan september 2010, pada hari sabtu kira - kira sepuloh tahun yang lalu ibu telah melahirkan anak  ke dua ibu  yang di panggil kak ngah. Kak ngah juga bergelar 'adik' selama 3 tahun. Setelah Amier di lahirkan 'adik' di naikkan pangkat menjadi kak ngah, pun begitu terkadang ibu memanggilnya adik terutama di waktu pagi. Kak ngah mengiyakan aje kerana sedia maklum dengan panggilan manjanya itu.

Kak ngah di lahirkan sempena alaf baru, orang lain sibuk - sibuk dengan Y2K ibu sibuk nak mengandung anak ibu yang kedua. Ibu masih bekerja dikala itu.  Mengikut perkiraan orang - orang cina tahun 2000 adalah tahun naga emas yang membawa banyak keberuntungan.

Ada kisah lucu yang tak akan ibu lupakan di sepanjang ibu mengandungkan kak ngah  ;-  memang dah tertulis rezeki ibu melimpahruah  ;  rezeki makan lah tu...cakaplah kuat makan ;-   apalagi di minggu - minggu terakhir berat ibu makin bertambah dan sememangnya ibu seorang yang 'big saiz'.
Pada pagi tu sewaktu ibu pergi check up dengan ditemani oleh chik eila . Sewaktu sessi menimbang pembantu telah meyebut dengan kuatnya berat badan ibu melebihi 90kg.belum lagi 100kg  Sebaik terdengar sahaja..salah seorang yang sama - sama  menunggu  meyampok , 'hai 90kg..anak gajah  ke apa!' ;-  orang lelaki tu.    ;+;- chik eila yang naik angin ..hoi tak sayang mulut ke?. ibu pulak boleh cool  je..he..heh.
Tiba hari last check up ;- 39 weeks  - Doktor Zalina meyarankan agar ibu bersalin keesokan harinya -   sempena 31 ogos 2000.  ' Nantilah doktor - .Boleh ibu jawap camtu, sebenarnya ibu sedang merancang mencari tarikh yang sesuai -  nombor yang sedap di sebut. - akhirnya ibu setuju 02092000 .
Pagi sabtu pukul 10  tanpa ada rasa sakit..ibu ke pusat prubatan kuantan (kmc)kebetulan memang ada tandanya kak ngah akan lahir hari itu. Sejak pagi lagi hujan turun bersamaan menjelangnya musin tengkujuh...Ibu terus bersedia didalam Labour room, oleh kerana tiada rasa sakit doktor akan dipanggil saat - saat akhir dan baba masih di luar bilek. Matron yang menemani sedang bersiap untuk kekhenduri  (pukul 2 pm mereka akan bertukar shift,)  meminta kebenaran untuk bersembahyang zohor .Tapi tak sempat , kak ngah dah nak keluar, Kelam kabut call baba dan doktor sib baik sempat.., doktor kata dia on the way balik umah sbb dia  agak pukol 3 pm  baru ibu  bersalin. Tak sampai setengah jam selepas azan zohor berkumandang kak ngah pun lahir.

Kini sudah 10 tahun kenangan itu  tetap  segar diingatan ibu  .Kak ngah lahir sempurna dan amat jarang menghadapi masaalah kesihatan.  kak ngah pun  membesar sebagai anak dara sunti yang kreatif , suka merekacipta  yang bukan bukan meskipun kak ngah tidak kidal seperti kakak dan Amier. ;- cuma kak ngah agak rendah bantut .

Ibu senantiasa doakan Kak ngah agar menjadi orang yang berguna dan sentiasa diberikan ALLAH Kejayaan dunia dan akhirat   ;jgn buat yg tidak tidak.

Gambar terbaru kak ngah sewaktu berbuka puasa semalam kat MSGarden.





***Tahun 2011 kita sambut birthday kak ngah ye...tahun ni bulan ramadhan, kita sambut raya aje. ;- minggu depan.


salam aidilfitri jamal abdillah

Kita dengar dulu lagu yang menjadi kegemaran ibu ini..,mesti ada memori disebaliknya kan..kannns..?

Kenangan ibu bersama BFF masa bulan posa di tingkatan lima smdmpr 80an dahulu...

Ideal Sisters : Hari Raya Hari Bahagia (HQ Audio)