September 14, 2010

Assalamualaikum...

Dalam  suasana  raya ,kami  balik daripada kampung baba..nak kena tulis nama kampung baba  ni .. parit limo sungai sumun , PERAK.
Pepagi 1 syawal  selepas pulang dari  masjid ;- jalud puro... anak kecil tunggu giliran ambil duit raya hehehe.. waktu ini biasanya  suasana agak emosi tapi di lindungi dengan gurau senda dan gelaktawa iparduai.

Sessi bergambar;- sebahagian je tu..kalau semo - semo tak muat pulak gambar ; diaorang ni anak - anak dari 1 msia konon - kononnya.


Lepas tu ..apa lagi kunjung mengunjung...makan ketupat rendang serunding tak henggat...maklumlah setahun sekali..
salah sebuah rumah mbah yang wajib di kunjungi di pagi raya.
Hari ke dua ..2 syawal Misi kunjung mengunjung di teruskan ..menjejaki suku sakat sanak saudara baba ke seberang. kg.Sungai  Airtawar  Sabak Bernam.

Singgah beri sokongan kepada orang yang  sudah mencari rezeki pada 2 syawal..sanggup tak beraya dia. makan mee udang  popular kat  bagan nakhoda omar ( BNO ).

Hah...rezeki syawal ...paman Ilyas dengan hasil tangkapannya , ikan talapia , kalau dah minat tu parit  depan umah mbah  pun jadi...

Hari Raya Aidil Fitri  sudah menjadi kemestian bagi keluarga sebelah baba mengunjungi saudara mara yang kadang tu hanya berjumpa bila hari raya je dan ketika inilah  juga  kami berkumpul adik beradik biarpun agak penat tapi seronok dan selalunya akan menjadi  kenangan  untuk tahun yang mendatang.



9 ulasan:

  1. salam wan..selamat hari raya..
    meriah wan beraya..
    yang bestnya tu..semua kampung yang wan tuliskan..akak pernah pergi..

    BalasPadam
  2. salam kak wan,
    ikatan kekeluargaan tidak akan putus walaupun setahun sekali berjumpa...

    letih namun berbaloi kan..

    BalasPadam
  3. SALAM,
    ORANG SUNGAI SUMUN RUPANYA. LF DULU TINGGAL DI BAGAN DATOH DAN BERULANG SEKOLAH DI SEKOLAH MEN KHIR JOHARI, SG SUMUN. KAWASAN PARTIT 5 TU LF TAHU SANGAT. SEKARANG NI JARANG SEKALI BALIK KE BAGAN DATOH

    BalasPadam
  4. W.salam kakErna,
    Dulu arwah FIL kerja MARDI Bagan Datuh, Memang meriah sebab tu saya suka balik sana bila raya.

    BalasPadam
  5. W.salam ibuintan,
    Bagi kakwan w/pun penat dan ada ketika tak faham apa yang disembangkan tapi rasa amat seronok kerana mengenali adatresam diaorang..anak - anak laaagi seronok kutip duit raya.

    BalasPadam
  6. W.salam..
    Terimakasih LF sudi jengah kakwan. Suami memang asal Sg.Sumun dan dulupun bersekolah kat SM.Khir Johari tu..tapi saya orang luar tiada kena mengena dgn PERAK.
    FYI sejak orang Selekoh jadi menteri tempat tu dah makin membangun dan ada perubahan..terutama kaw.simpang 4 tu.
    Sesekali baliklah.

    BalasPadam
  7. salam kakwan...
    selamat hari raye...seronokkan bile sesakali berkumpul jumpe saudara mara...meriah

    BalasPadam
  8. w.salam Ain,
    Memang seronok walaupun yg berkumpu dan berjumpa tu semo suadara hb bukannya sedara kakwan.

    BalasPadam
  9. salam,

    teringat dulu mase kat kg banyak umah kena pergi sbb sedara mara jua tapi bila tiba umah yang last dah tak larat nak mkn lg dah hehe..

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .