September 02, 2010

NO dua...

Hari ini 2 haribulan september 2010, pada hari sabtu kira - kira sepuloh tahun yang lalu ibu telah melahirkan anak  ke dua ibu  yang di panggil kak ngah. Kak ngah juga bergelar 'adik' selama 3 tahun. Setelah Amier di lahirkan 'adik' di naikkan pangkat menjadi kak ngah, pun begitu terkadang ibu memanggilnya adik terutama di waktu pagi. Kak ngah mengiyakan aje kerana sedia maklum dengan panggilan manjanya itu.

Kak ngah di lahirkan sempena alaf baru, orang lain sibuk - sibuk dengan Y2K ibu sibuk nak mengandung anak ibu yang kedua. Ibu masih bekerja dikala itu.  Mengikut perkiraan orang - orang cina tahun 2000 adalah tahun naga emas yang membawa banyak keberuntungan.

Ada kisah lucu yang tak akan ibu lupakan di sepanjang ibu mengandungkan kak ngah  ;-  memang dah tertulis rezeki ibu melimpahruah  ;  rezeki makan lah tu...cakaplah kuat makan ;-   apalagi di minggu - minggu terakhir berat ibu makin bertambah dan sememangnya ibu seorang yang 'big saiz'.
Pada pagi tu sewaktu ibu pergi check up dengan ditemani oleh chik eila . Sewaktu sessi menimbang pembantu telah meyebut dengan kuatnya berat badan ibu melebihi 90kg.belum lagi 100kg  Sebaik terdengar sahaja..salah seorang yang sama - sama  menunggu  meyampok , 'hai 90kg..anak gajah  ke apa!' ;-  orang lelaki tu.    ;+;- chik eila yang naik angin ..hoi tak sayang mulut ke?. ibu pulak boleh cool  je..he..heh.
Tiba hari last check up ;- 39 weeks  - Doktor Zalina meyarankan agar ibu bersalin keesokan harinya -   sempena 31 ogos 2000.  ' Nantilah doktor - .Boleh ibu jawap camtu, sebenarnya ibu sedang merancang mencari tarikh yang sesuai -  nombor yang sedap di sebut. - akhirnya ibu setuju 02092000 .
Pagi sabtu pukul 10  tanpa ada rasa sakit..ibu ke pusat prubatan kuantan (kmc)kebetulan memang ada tandanya kak ngah akan lahir hari itu. Sejak pagi lagi hujan turun bersamaan menjelangnya musin tengkujuh...Ibu terus bersedia didalam Labour room, oleh kerana tiada rasa sakit doktor akan dipanggil saat - saat akhir dan baba masih di luar bilek. Matron yang menemani sedang bersiap untuk kekhenduri  (pukul 2 pm mereka akan bertukar shift,)  meminta kebenaran untuk bersembahyang zohor .Tapi tak sempat , kak ngah dah nak keluar, Kelam kabut call baba dan doktor sib baik sempat.., doktor kata dia on the way balik umah sbb dia  agak pukol 3 pm  baru ibu  bersalin. Tak sampai setengah jam selepas azan zohor berkumandang kak ngah pun lahir.

Kini sudah 10 tahun kenangan itu  tetap  segar diingatan ibu  .Kak ngah lahir sempurna dan amat jarang menghadapi masaalah kesihatan.  kak ngah pun  membesar sebagai anak dara sunti yang kreatif , suka merekacipta  yang bukan bukan meskipun kak ngah tidak kidal seperti kakak dan Amier. ;- cuma kak ngah agak rendah bantut .

Ibu senantiasa doakan Kak ngah agar menjadi orang yang berguna dan sentiasa diberikan ALLAH Kejayaan dunia dan akhirat   ;jgn buat yg tidak tidak.

Gambar terbaru kak ngah sewaktu berbuka puasa semalam kat MSGarden.





***Tahun 2011 kita sambut birthday kak ngah ye...tahun ni bulan ramadhan, kita sambut raya aje. ;- minggu depan.


8 ulasan:

  1. tahniah dan slamat hari lahir buat kak ngah, semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat,,anak yg solehah juga..
    tahniah kpd ibunya juga..

    BalasPadam
  2. Selamat Ulang Tahun Kak Ngah ! Jadi anak yang mendengar kata ibu bapa tau..


    Angah dan Kak Ngah dekat2 hari jer besdaynya ..

    BalasPadam
  3. Terima kaseh ibuintan....atas doa itu..doa seorang ibu insyaAllah akan makbul.

    BalasPadam
  4. ina ..terima kasih .pangai kak ngah ni dia akan dengar cakap ibu tapi kalau tak puashati dia kan ngamuk.

    Ada abg sepupunya yg lahir 30/8

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, Kak Ngah.. semoga sentiasa mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. :)

    BalasPadam
  6. salam wan..selamat hari untuk kak ngah..semoga membesar menjadi anak yang soleha dan membanggakan kedua orang tuanya..

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .