September 21, 2010

BALIK asal...


Anak - anak dah ke sekolah semula ..mana yang tahun enam itu ..hari  inilah hari yang mengetarkan bagi mereka dan biasanya ibu bapalah...eh bukan. ibu lah yang akan terlebih - lebih excited berdebarnya. ;- mengikut pengalaman ibu semasa kakak menghadapi UPSR dua tahun lepas. Ibu nak mengucapkan  ' SELAMAT ' buat anak - anak member  ibu yang menghadapi  UPSR hari ini...semoga dapat menjawapnya dengan tenang dan berhati - hati.  ..serta buat mak - mak diaorang tu jangan risau  ceria - ceria selalu kalau kita tunjuk kerisauan kita pada anak - anak nanti  akan  memberi tekanan pada anak - anak. Percayalah pada anak kita. ..dan yang penting,  lepas ni............yeay....kita raya.
Sesaje ibu nak citer ni ...masa dalam cuti hariraya minggu lepas. Selepas balik dari kampong  baba ,  adalah mbah dan beberapa orang adik  baba berserta keluarga ikut datang  kerumah kitaorang untuk beraya di samping menghabiskan cuti sekolah..;- adalah dua malam mereka kat sini.

Kami membawa mbah dan anak -  anak nya (adik beradik babalah tu..) melawat ketempat ni..

Kakak kalau tak posing tak sah. Gambar di ambil di kaki bukit  di luar  Muzium.








;- Amier bergambar di dalam Muzium..








Bergambar  bersama - sama di luar Muzium..

Keaslian hutan masih ada..

Bersantai di atas jambatan gantung yang merentangi sungai... di sungai Lembing.
Minta maaf ye tengok gambar je ..kalau nak penerangan lebih jelas sila datang sendiri ke Muzium  Bijih Timah yang terletak di kg. sungai Lembing .   Boleh melihat peninggalan  zaman belum perang   sejarah serta penempatan bandar lama di negeri Pahang.


** gambar yang lelain tak ada ..dalam kecoh - kecoh terlupa pulak nak ambil gambar beramai - ramai.

8 ulasan:

  1. Salam Salmi...

    kuih raya banyak lagi tak? atau dah tinggal serdak? :)

    BalasPadam
  2. satu hari nak pergi juga .. pergi memancing. katanya ikan banyak kat sungai tu !

    BalasPadam
  3. salam,

    ntah bila la saya akan sampai kat muzium ni hehe..

    p/s: td bila bukak guna goggle chrome detect ade malware kat sini..

    BalasPadam
  4. w. salam kakcik..,
    Kuihraya tu adalah skit lagi..nape kakcik nak datang ktn ke..

    BalasPadam
  5. Salam kembali Tuan Haji,
    Tempat ni memang sesuai untuk kaki pemancing kabarnya banyak kelah dan toman kat sg.Lembing tu...
    Kalau nak banyak ikan ..elok bawa jala sekali.

    BalasPadam
  6. W.salam mr.PM,
    Senang je ..datanglah kuantan.

    ** iyeke...dah agak dah..

    BalasPadam
  7. Dik brutal..
    ADA...suka makan ikan patin ke..kat R & R Temerloh pun banyak ,siap dah masak gulai tempoyak lagi.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .