Oktober 11, 2010

Dah pergi tengok..

Setelah beberapa kali tertunda..akhirnya niat ibu nak bawa anak - anak tengok filem Magikal  terlaksana juga. Dari hari  khamis, bila ibu kata besok..kakak ngan kakngah suspen ingatkan hari jumaat malam sabtu..ibu kata tak... hari sabtu pagi, tak boleh , kesian baba kena rukun tetangga malam sabtu tu...ok. hari ahadlah..

Ba,, hari minggu  tiket wayang mahal ...tak pa..

Tapi bila pegi booking tiket .. baba pulak jual mahal tak nak masuk sama  tengok  filem Magikal  tu  action la..konon..

Filem ini memang  penuh dengan pengajaran dan simbolik  di samping mengenalkan anak - anak ibu kepada watak - watak cerita rakyat serta legenda zaman tok kaduk. ( Tapi watak tok kaduk  pengarahnya  tak masukan pulak..takpalah..mungkin pak pandir  ngan mak andeh dah memadai.)

Bagi ibu.. citer ni benar - benar mengambarkan kehidupan kekeluargan orang melayu.. Dengar kata orang tua - tua dan pantang bagi kita melawan cakap orang  yang lebih tua daripada  kita.
Seperti kata pengarah filem Magikal ini adalah sebuah filem fantasi yang banyak menyentuh isu  kekeluargaan dan persahabatan.
Ibu suka babak dimana semasa bawang merah ngan  bawang putih pergi ke rumah nenek kebayan ,kedua - duanya berpantun  disitu  serta  sewaktu pokok menyanyikan lagu kita bersaudara..dan paling kagum  ketika  watak M.Nasir  meyebut lapan perkataan dalam lima nada serta intonasi yang berlainan.

Dalam kata lain memang puashatilah..dan tujuan ibu bawa anak - anak ibu menonton filem ini serta mesej yang nak di sampaikan kepada mereka (anak - anak ibu  bertiga tu..) pun tercapai..apalagi diaorang amat suka lagu kita bersaudara yang di nyanyikan oleh pokok - pokok tu. Watak  pokok tu sebenarnya di bawa oleh tokeh filem Magikal ni la...Kru...

Tengok Amier kemain kusyuk tak berganjak , makanan dan minuman yang di bawa tak habis sebab ralit sangat ...paling seronok  dengar Amier ketawa pada babak - babak yang melucukan..


Ibu sempat ambil gambar  ketika skrin dah nak habis ..dia orang masih keberatan untuk berganjak sebab terhibur sangat kot.  Kalaulah macam kat chanel astro tu mau rasanya ibu tunggu sekali lagi ulangannya.


Elok  habis , ibu bawa anak - anak ibu keluar baba dah tunggu kat luar..sibuk tanya citer cam mana....best..actualy citer cam Alice and wonderland tu tapi versi melayu...bagus  dan setinggi tahniah di berikan pada Kru ada idea mereka  ni...so cerita - cerita rakyat taklah dilupakan saja di zaman siber ini.

*** Ibu nak download lagu kita bersaudara tu tapi takleh pulak...apapun lagu tu memang best dan amat mendalam maknanya buat ibu....Sib baik kakak pun faham.
So..sampai sini dulu ...bye.









8 ulasan:

  1. bestnye gi tengok wayang kak wan. =) lama dh x gi tengok wayang. cite megikal tu cite melayu ke kak wan?.. sy dh lama xbukak tv, xtau cite ape tu. slalunye cite2 kat wayang ni dia ada wat iklan kat tv. kire tau la jgk cite ape yg best2 tgh ada kat pawagam. ni dh xbkak tv, xtau pun. time brita jer tengok. huhuhu..

    Jom melawat blog wanshah...
    http://wanshah87.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam bu
    wah....semua orang kata citer ni beh..
    kena tengok gak r ni
    ibu sihat???

    BalasPadam
  3. Sekali - sekala bawa anak - anak memanglah besh.
    Kesian shah ..nape dah lama xbukak tv..kalau tgk yang boleh memberi menafaat apa salahnya.
    kalau sibuk tu ..tak boleh nak tolonglah...

    BalasPadam
  4. W.salam cheqna cute..Alhamdulillah ibu sihat.
    Memang besh dan kelakar cheqna..tak percaya cuba ajak ma gi tgk sama ..mesti dia seronok sgt.

    BalasPadam
  5. Salam Salmi...

    kakcik nak tunggu cd dia keluar baru boleh tengok sambil golek2...:)

    btw - magikal ke magika??

    BalasPadam
  6. W.salam kakcik..saya silap magika, agak nya penin tgk sarikata tertulis magikal pulak.

    Kalau cd lagi bestlah boleh ulangtayang sesuka hati je..tapi buat masa ni kakcik dah boleh tgk youtube..dah ada dah skit - skit.

    BalasPadam
  7. salam wan..dah banyak blog promote cite magika ni..buat akak lagi teringin nak tengok..masih tak berkesempatan..

    BalasPadam
  8. Ye..ke kakErna..cepat - cepat nanti basi lak...
    KakErna ajaklah abang pi tgk takpun boleh minta hero - hero kakErna temankan tentu best.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .