Oktober 18, 2010

Remuk redam...

Woi..woi..wou  dah lama benar ibu tak menjenguk blog ibu ni..lebih - lebih lagi bahagian new post ni..nape ye?  Kata orang  kalau lama - lama di tinggalkan nanti  akan di lupakan betul ke? betul la tu....hish asyik - asyik tanya , lepas tu jawap sendiri gilos mu...
Walau cam manapun ..sayang - sayang ibu sekalian ibu tak lupa masuk blog uols ...ai follow... tapi terkadang tu malas nak  komen, kalau yang kelakar tu ibu gelak , kalau yang info tu ibu buat peringatan dan kalau cerita - cerita biasa seharian tu eemm...best.

Hari ini ada  pulut  semangat  nak menulis / citer ibu yang sebenarnya adalah kisah sedih...aduih... teramatlah sedih . Ibu percaya ramai dah baca kisah ni pagi tadi kan?

Muka depan Berita Harian ;- kakak langgan  kat sekolah kerana lebih murah berbanding  kalau ibu beli kat gerai suratkhabar.  Gadis ni baru 20 tahun ..tapi dah nak kahwin ,dah ada tunang pun. Majlis perkahwinan di jangka bulan depan . di dapati hilang ketika  di bandar Kuantan selepas di tinggalkan tunangnya yang pulang ke ofis sekejap dan berjanji untuk bertemu semula pada  petang nanti (pada hari kejadian ).  Tempat pasangan anak muda ni shooping adalah di kawasan pasar  dan di suruh menunggu di hadapan Mydin . Setahu ibu jarak di antara ke dua - dua tempat tu tidaklah jauh dah cuma di pisahkan oleh sebatang jalan yang sangat sibuk serta  kawasan terbuka yang sentiasa ramai orang yang lalulalang. Sigadis sempat mengirim sms kat tunangnya kerana meyedari ada orang mengekorinya. Tapi tetap hilang juga...macam tu je..Ya Allah takutnya...tak tau apa nak kata ....perkara ini sudah di laporkan kepada pihak polis dan meminta kerjasama orang ramai jika ternampak si gadis comel yang bernama Rozaliya itu.

Aduih ...betapa tak selamatnya kita hari ini kejadian yang menimpa Rozaliya tu bukannya 11 malam tapi 11 pagi ..ibu takleh nak pikir ...cam mana perkara ni boleh berlaku ...eeeiii tak taulah, minta - minta di jauhi  terjadi pada sesiapa yang ibu kenali.
Udahlah hari sabtu lepas 5 perompak kena tembak di Indera Mahkota  setelah polis mengejarnya dari Beserah selepas merompak sebuah rumah di situ.
Kadangkala  terfikir jugak adake..ibu ni hidup di kelilingi orang - orang yang tak bermoral ni berniat jahat ini. Tapi kalau  terlampau takut nanti tak kemanalah pulak...terperap je kat umah . Susah jugak .
Apa pun  berhati - hati dan tawakal pada ALLAH ..itu yang utama.

ok dulu ..bye.

4 ulasan:

  1. salam wan..rasa macam dah tak selamat sekarang ni kan..
    manusia dah tak takut..membuat kesalahan..menculik..membunuh dan macam2 lagi..dengan sewenang2nya..

    BalasPadam
  2. IM.
    Kalau ada orang boleh jadi superman lagi bagus kan.

    BalasPadam
  3. W.salam kakErna..
    Memang kakErna ..Ber ingat - ingatlah ,bagi saya kalau terlampau takut tu saya amalkan ayat kursi..berserah pada ALLAH.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .