Kak ngah di lahirkan sempena alaf baru, orang lain sibuk - sibuk dengan Y2K ibu sibuk nak mengandung anak ibu yang kedua. Ibu masih bekerja dikala itu. Mengikut perkiraan orang - orang cina tahun 2000 adalah tahun naga emas yang membawa banyak keberuntungan.
Ada kisah lucu yang tak akan ibu lupakan di sepanjang ibu mengandungkan kak ngah ;- memang dah tertulis rezeki ibu melimpahruah ; rezeki makan lah tu...
Pada pagi tu sewaktu ibu pergi check up dengan ditemani oleh chik eila . Sewaktu sessi menimbang pembantu telah meyebut dengan kuatnya berat badan ibu melebihi 90kg.
Tiba hari last check up ;- 39 weeks - Doktor Zalina meyarankan agar ibu bersalin keesokan harinya - sempena 31 ogos 2000. ' Nantilah doktor - .Boleh ibu jawap camtu, sebenarnya ibu sedang merancang mencari tarikh yang sesuai - nombor yang sedap di sebut. - akhirnya ibu setuju 02092000 .
Pagi sabtu pukul 10 tanpa ada rasa sakit..ibu ke pusat prubatan kuantan (kmc)kebetulan memang ada tandanya kak ngah akan lahir hari itu. Sejak pagi lagi hujan turun bersamaan menjelangnya musin tengkujuh...Ibu terus bersedia didalam Labour room, oleh kerana tiada rasa sakit doktor akan dipanggil saat - saat akhir dan baba masih di luar bilek. Matron yang menemani sedang bersiap untuk kekhenduri (pukul 2 pm mereka akan bertukar shift,) meminta kebenaran untuk bersembahyang zohor .Tapi tak sempat , kak ngah dah nak keluar, Kelam kabut call baba dan doktor sib baik sempat.., doktor kata dia on the way balik umah sbb dia agak pukol 3 pm baru ibu bersalin. Tak sampai setengah jam selepas azan zohor berkumandang kak ngah pun lahir.
Kini sudah 10 tahun kenangan itu tetap segar diingatan ibu .Kak ngah lahir sempurna dan amat jarang menghadapi masaalah kesihatan. kak ngah pun membesar sebagai anak dara sunti yang kreatif , suka merekacipta
Ibu senantiasa doakan Kak ngah agar menjadi orang yang berguna dan sentiasa diberikan ALLAH Kejayaan dunia dan akhirat ;
Gambar terbaru kak ngah sewaktu berbuka puasa semalam kat MSGarden.
***Tahun 2011 kita sambut birthday kak ngah ye...tahun ni bulan ramadhan, kita sambut raya aje. ;- minggu depan.
tahniah dan slamat hari lahir buat kak ngah, semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat,,anak yg solehah juga..
BalasPadamtahniah kpd ibunya juga..
Selamat Ulang Tahun Kak Ngah ! Jadi anak yang mendengar kata ibu bapa tau..
BalasPadamAngah dan Kak Ngah dekat2 hari jer besdaynya ..
Terima kaseh ibuintan....atas doa itu..doa seorang ibu insyaAllah akan makbul.
BalasPadamina ..terima kasih .pangai kak ngah ni dia akan dengar cakap ibu tapi kalau tak puashati dia kan ngamuk.
BalasPadamAda abg sepupunya yg lahir 30/8
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, Kak Ngah.. semoga sentiasa mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. :)
BalasPadamsalam wan..selamat hari untuk kak ngah..semoga membesar menjadi anak yang soleha dan membanggakan kedua orang tuanya..
BalasPadamAmin..amin..ya ralbaAlamin...
BalasPadamAmiiinnn............Insya ALLAH.
BalasPadam