Jun 30, 2010

Hati - hati ye...

Nak cakap ke tak....kalau aku cakap kau sakit hati....kalau aku tidak cakap hati aku yang sakit..

Fakta yang saya dapati ; sukarnya  to say no  salah satu gejala kemurungan ....ye ke?


DR, Hati saya masih sihat lagi ke......?


Jun 29, 2010

selamat panjang umur ya anak ku..

Hah hari ni baru betul - betul , 2 - 3 hari lepas tu cuma gimik je. Hari ini 29hb.jun 2010 adalah harijadi Amier yang ke 7. Tahun ini harijadi Amier ibu masukkan dalam blog ibu buat kenangan di masa mendatang .

Gambar dalam gambar :- :-  Amier ketika berumur 7 bulan. Macam - macam orang kata ;- Amier mcm orang arab lah, Amier mcm pakistanlah..Amier mixlah...

Gambar terbaru Amier dah lain kan  kalau 'bapak ' dah asli , tak lari kemana..Oopss bukan orang asli tapi jawa asli no mix aaaa.....
ibu??....kita cakap pasal baba ok. ibu tak campur.

Datangnya Amier kedalam hidup kami sekeluarga  merupakan anugerah dari ALLAH . Doa dan harapan tidak putus - putus  dari  kami sejak  sebelum Amier dilahirkan sehingga sepanjang hayat  kami.
Amien.

Jun 28, 2010

Gelagat hari sabtu.

Hari sabtu 26.06.2010  .kita tengok je gelagat anak - anak ibu ye....
Masa baru tiba .
Ada game tapi lebih rela menjadi penonton sahaja.

Biasalah... dia rasa dia sudah siap walaupun waktu yang ditetapkan masih banyak lagi. Amier  kalau kemana - mana sentiasa ada peminat ciliknya. 
.
Biarpun tak bersungguh tetapi hadiah tetap dapat.

Tetap tak meninggalkan booth kids ini walaupun cuma makan 2 benda ni sahaja.

Tengok kakak merayau punya merayau tetiba dapat pulak dia....,Aaaaa...ibu "masih muda' lagi untuk bermenantu ye..kakak.....
Ini biasalah gelagat kak ngah tiap kali nak balik ...merajuklah tu.
Ini lah kisah anak - anak ibu tu ada lagi kawan - kawan kakak pada hari sabtu lalu seronok , seronok juga tapi sentiasa bawah pengawasan ibu ye.


Jun 27, 2010

sambutan HARIJADI

Tarikh hari lahir Amier lebihkurang  sepuloh hari  lewat daripada ibu iaitu 29hb.jun setiap tahun. tapi tahun 2010 tahun yang bertuah buat Amier kerana Amier dapat meyambutnya lebih awal iaitu pada 26hb.jun 2010.
Kenapa? sebab kadang - kadang rezeki yang Allah berikan kita kekadang tak dapat terduga oleh kita ..Alhamdulillah. dapat makan kek secret recipe lagi.

Hmmm...seronok ni kek  coklat indulgance  lagi...moist gitu .
Berapa potong boleh habis ni ...kalau nak tunggu ibu belikan...alamak nanti..lepas nantilah jawapnya.

Ya Allah Ya Tuhanku semoga rezeki dariMu berpanjangan seiring usiaku.Amein.


*** Ada  sambungan lagi....................nanti kalau ada masa ibu update lagi.


Jun 25, 2010

TER jumpa...

Oh ya baru ibu ingat, tengahari tadi  ketika on the way nak pergi ambil kakak kat sekolah ibu terjumpa geng - geng dia orang ni. Sebenarnya masa masuk kedalam keta ibu dah dengar melalui radio adalah dia orang ni cakap dia orang ada kat situ - kat situ.  Dah tu sambil - sambil nak tengok jugak apa kehalnya.
Ibu berhenti masuk dekat - dekat tengok . Orang yang berkerumun tak ramai , tapi adalah , sesaje nak  busy body . Kakak kat sekolah tunggu dulu  ya...
                                           Orang ramai sibuk main sambil  jawap kuiz, dapat pula hadiah ,ibu sibuk ambik gambar . Ibu  saja ambik gambar tujuan utama nak tunjukan pada kakak, sebab kalau ibu pegi ambil kakak dulu sudah tentu tak jumpa dia orang ni.

Lepas 20 minit,
Dah habis tugas diaorang untuk hari ini dan kat sini , dia orang ajak ibu  tunggu kat TC pulak malam ni , Ah tak naklah  TC pasti jem!
Apa pun dia orang ni memang sporting ..bila dihala je lensa terus berposing  keh...keh..kekk.

***apa yang ibu dapat? ibu cuma dapat gel rambut..sebab tak cosentrate pada kuiz, jadilah kan!  .


Jun 24, 2010

Aduih...

Aduih...............ah panjang mengaduih ni ..tengah sakit ni. sakit apa? sakit gigi.   SAKIT GIGI???.
hA..hah  ibu sakit gigi..baba la ari tu ngaduh sakit gigi diam je.orang tanya pun tak  jawap. Besok tu ibu pulak yang sakit . Baba cakap ..dia minta sakit tu beralih kat ibu . Hai ya ini macam orang pun ada , nasib...lah ibu ni bukan jenis api dalam sekam..kalau tidak.  44  hari lah baba cakap sorang - sorang .
Agak -agak macam ni ke ibu sakit gigi..duk termenung je. gigi  yang sakit tu dah betul, gigi geraham bawah belah kiri, yang ibu rasa nak marah  tu sakit tu menyucuk , ngilu.

Boleh ke  ibu  maintain comel lote cam ni kalau ibu sakit gigi ni.keh...keh..ai  ..ibu prasan ibu rupa cam gambar kat atas tu ke?

Teringat pulak  ada  ubat gigi ni ibu sesaje belikan Amier . Ibu ambik skit calit kat tempat yang berlubang tu . Redalah sket..buat sementara  ni. Besok tak tau lah apa citer..


Jun 23, 2010

Cerita Hindustan...

Hai anak dara 2 orang ni dah pandai tengok hindustan .
Ibu pun dah terjebak sama.
Yang peliknya citer satu tu aje yang di ulang tengok.
Citer  : 3 idiot'  kisah 3 orang sahabat baik kat kolej.  = Raju, Farhan ,Rancho and Pia (girl)of course yang the girl tu GF salah sorang idiot tu.
Bila dah asyik tengok tu ibu pun tertarik sama macam - macam kisah dan tauladan ada dalam citer ni...
Berapa kali dah tengok?  tak kira , tapi hari - harilah tengok ,kadang tengok mula , kadang tengok tengahnya je, kadang tengok ujung nya ...yang heran tu tak jemu ke.

Lagu - lagu nya tak banyak tapi background muzik/lagu amat memikat kalbu.(cece....ceh)

Tengok - tengok punya tengok patutlah tertarik da boom sangat dengan hindustan yang satu ni. Baca sinopsis kat menu :-:- This multiple award - winning hindi comedy revolves around a engineering student whose belief is we ca do it on our term and set out to do just that.
starring; Aamir khan, R.madhavan, sharman joshi and kareena kapoor.
Ibu malas nak tulis kisah citer ni panjang - panjang sesapa yang subsribe box office tu sila tengok ...tak rugi malah           seronok.

Habiskan masa dengan anak dara ni kat depan tv je......

sesaje ...aje

Tak de citer nak tulis cuma nak bagitau nyau - nyau dah balik dua tiga hari lepas . Ibu jumpa ia sedang tidur dalam longkang kering umah orang sebelah. lemah je badan serta pandangan matanya pada ibu.
Ibu dukung nyau - nyau bawa masuk umah dan suapkan susu..dan biarkan dia tidur bawah sinki dapur. Lebihkurang satu hari baru nyau - nyau berselera makan dan sekarang ibu nampak ia sudah sihat seperti biasa tetapi masih takut - takut nak keluar umah.

Pose manja yang terbaru daripada nyau - nyau.
.
Amier.., nak tumpang tidur  sama - sama boleh?...  Oi..dah pukul berapa ni bangun la..
Tengoklah sinyau - nyau ni manja betul. Aman rasanya dapat ngesel - ngesel kat kaki ibu.

Itulah n3 ibu untuk arini . tak habis - habis dengan kisah si nyau -nyau  .kalau  jemu takpa tapi jangan nyampah ye.. ibu cuma nak citer pasal kasihsayang dalam kehidupan keluarga ibu.

Hah..ni ada satu lagi kisah ,
Kisah semalam ,ibu ngan baba pegi main boling ,macam biasa ,Ofis baba buat aktiviti untuk pasangan suami isteri.

Baba sedang menunjuk kan skilnya  membaling bola.

Seronok betul bila tengok mata yang dijatuhkan lebih daripada orang lain.

Ibu  enterfrem sikit  ;- mentang mentang lah kakak dan kakngah juga Amier tak ikut sama ibu ajela berposing dengan kak sa..... sebelum  membaling bola yang sering masuk  ke longkang.keh..keh..

Hadiah yang di menangi oleh baba.... setelah berhempas pulas membaling bola baba mendapat voucher ini .
Dan ibu, apa yang dapat ? jumpa kawan - kawan serta dapat menemani baba . OK lah tu.........

Jun 21, 2010

Amein...

Cuti sekolah penggal ke - 2, 2010 sudah berakhir semalam , Hari ini kehidupan kembali kepada rutin hari - hari yang bersekolah . Kita imbas kembali ,  apa yang anak - anak ibu dapat disepanjang 2 minggu cuti persekolahan yang lalu .

Minggu pertama cuti persekolahan ibu bawa anak - anak ibu tidur kat hotel yang berhampiran klcc.
Tidak melepaskan peluang masuk kepetrosains meski pun ini sudah kali ke 3 kakak ke sana. Kali ini kakak nak bawa baba pulak.

Dah sampai klcc ..anak  ibu ni suka gadget baru ,jumpa kat showroom ,dapat pula main free apalagi ..tak da chance orang lain nak main.

Sesampai aje KL kita ke tempat  nostalgia  ibu ngan baba dulu ye. Pasti ,tak lupa kata kakak.

Lepas tu mana lagi kalau bukan pegi SA. Masa tu kalau petang je mesti ujan.
Dah masuk minggu ke dua ,kak ngah dengan gigihnya nak ambil lesen kat 'petronas smart street' di Mesra Mall. Terengganu.

Kak ngah tak sempat dapat lesen sebab baba dah panggil nak balik , tapi sebelum tu sempat lagi makan kek.
Seronok betul ...kalau nak  pegi makan angin tu ..cuba kalau suroh  baca buku tak adanya muka nak tersenyum macam tu.


Disamping gambar - gambar yang ibu letak kat sini dan ada juga yang telah ibu letak pada n3 ibu yang sebelum ini.
Pengalaman ini adalah secebis kenangan untuk dikenang hari esok..Bagi ibu ,cuti dua  minggu ini anak - anak ibu sentiasa di sisi ibu disamping baba pun sudi menemani semata - mata memenuhi permintaan anak - anak .
ALhamdulillah . Amin.

Jun 20, 2010

Mari ke Pantai...

Hari ini hari terakhir cuti persekolahan penggal kedua bagi tahun 2010. Lepas tengok citer hindustan kat chanel 952 ,baba ajak pergi pantai.
Masing - masing kelam kabut ambil baju salin dengan tuala terus masuk keta. Kemudian baba terus pandu ke arah Pekan ,sahlah ke pantai Sepat.

Plan asal baba nak menjala kat pantailah..konon - konon nya.
Kalau baba buat apa - apa dah tau dah ....takyah tunggu lama - lama mesti.. baba balik cepat. kita tengok baba dapat apa  ye.
ce..ce...ce...baba dapat ketam. Dah lah kecik pah tu sekor je..tapi masih hidup lagi.
kami lepaskan balik            
Anak dara apa lagi main pasir lah kerjanya.
Seronoknya Amier berguling - guling  ternganga dapat mandi kat air masin tu.
Dapat tangkap sekor siput a.k.a ketam dia melawan - lawan masa di ambil gambarnya.

Itulah kisah kepantai hari .Sebenarnya tujuan ibu bawa anak - anak ibu untuk mandi pantai supaya mereka cepat penat dan malam nanti cepat tidur sebab besok kena bangun pagi , takut dia orang ni dah lupa nak bangun pagi.
Moga - moga idea ibu ni berjaya.

Hari TERBUKA





Wah...hari ini n3 ibu bermula dengan gambar ..dah lewat ni tapi nak citer juga tentang arini. Ibu dan anak -anak ibu bertiga tu pergi ketempat ni..
Sebenarnya tempat ni hari hari ibu masuk sebab hantar Amier ngan kak ngah gi sekolah tapi arini special sikit sebab ada hari terbuka.


Seronok betul Amier senyum tak tutup mulut dah ...posing jangan tak posing .
Tak terkata anak ibu seronoknya kemain lagi tergelak -gelak.
Lebih manis kegembiraan ini bila dapat sesuatu yang tak di duga "hamper dari anak gajah" kehk....kehk..keee sebenarnya baba dapat hadiah cabutan bertuah kebetulan masa tu ibu ada kat situ so...kakak yang wakilkan baba.
On the balik jem ,sepanjang jalan sebab orang tengok parachut show . Kakak ambil gambar dalam keta bukan ambil gambar aircraft atau pun prachutman.

Inilah kisah hari ini ..nampaknya tak sempat ibu nak update pada hari yang sama.Tak apalah ye..secebis kisah di hari terbuka.