Rumah pertama kami pergi khenduri pada 5hb.jun 2010. Ada beberapa keping gambar ibu ambil tapi cuma letak gambar pelamin sahaja.Tema kat rumah ni merah / hitam. Di sini rumah pengantin perempuan dan pengantin lelaki orang Selangor. Nasi beriani diaorang sungguh sedap, air sirap nya pulak semerah alas meja di khemah pengantin.
Pelamin di majlis yang ke dua pada hari yang sama .Kat sini penampilan serta tema majlis dia orang dah agak ketinggalan cew...wah cam yaya je ibu komen ye.Seronok betul pergi khenduri ni sebab dapat jumpa kawan - kawan sembang di samping dapat citer - citer yang terkini, hah....gossiplah tu.
Hari kedua 06 jun 2010 Majlis perkahwinan yang jarang - jarang kita dapat tengok. Tapi tau tak yang sebenarnya pelamin yang hijau tu adalah kat umah pengantin perempuan semalam dan hari ini adalah majlis meyambut menantu di rumah lelaki pulak. Itulah ibu kata ..bertuah ibu sebab dapat pergi kemajlis dikedua - dua belah pengantin .Jarang orang dapat merasa apa yang ibu rasa ni.
Perarakan pengantin bermula dengan pasukan 'bagpipe'
Diikuti pasukan sword barell bersama pengantin.
Adik pengantin perempuan yang merupakan member kakak.
Ibu yang paksa kakak bergambar macam ni .eeii...malunya kakak.
Hah...kan betul baba dah kena cuci pinggan walaupun tak dapat t - shirt ahli tapi baba dengan sukarelanya membantu .kejap aje tu......
***fakta; pengantin lelaki merupakan seorg kapten tentera darat.masa kecil kecil diaorang ni dulu berjiran bila dah habis belajar,kerja dan bercinta skrg tak lagi berjiran dan yg paling unik bapa diorang adalah teman sepejabat juga merupakan kawan ofis baba.
***kalau ada sword barell ni ibu memang excited giler se...ronok sgt tahun lepas ibu tgk navy dan kalau airforce tu memang dah biasa dah..
Salam Salmi..
BalasPadamnampaknya belum ada jodoh untuk kita bersua...
tak pa kakcik..mungkin masanya kan tiba.Saya nak berjumpa kat kuantan jugak.
BalasPadamsalam wan..akak belum pernah tengok kenduri kawin yang ada lalu bawah pedang tu..kalau ada kenduri macam tu..biasanya dah terlepas atau..dah balik dulu..
BalasPadam