Jun 01, 2010

LA......lain pulok jadinya.

Tadi ibu ada tulis satu n3 baik punya.......tup tup nak publish tiba - tiba api tak dala (blackout) pulok... Ingatkan terlepas rupanya terpadam .Papun takpalah..kisah ngutuk orang tak makbul Tuhan agaknya.
Bukan apa ,bila kelmarin, semalam serta hari ini baca citer orang sakit ati berurusan ngan nombor "100" ni ibu pun nak numpang kutuk sekaki hi...hi...hi. tak baik kan
Malaslah nak karang ayat lagi..diaorang taulah apa masaalah diaorang yang harus di perbetulkan.
Ibu dah merasa dulu kerja CS ni ..sentiasa kena redha ...kalau tidak , tak adalah elaun yang dinamakan elaun kena maki tu....
OK. Dahlah ibu bukak citer lain pulaklah..........

Jeng...jeng kisah Amier (lagi - lagi ). kena sengat tebuan(hah) kat tangan di sekolah .kesian ...anak jantan ibu tu .....

Tengok perbezaan tangan  sebelah kanan yang bengkak tembam berbanding belah kiri. Gambar diambil semasa nak pegi keKMC untuk rawatan lanjut sebab Amier mengadu seluruh jemari sebelah kanan nya itu sakit.
Ketika baru baru terkena  sengatan tebuan tu..Amier telahpun diberi suntikan oleh pusat perubatan yang berhampiran sekolah Amier.(cikgu yang bertugas bawa Amier kesitu..siap dengan ubat penahan sakit).


Sebab cuaca redup je pagi tu ...sempat lagi ibu ambil gambar restoran kat depan KMC tu. Lepas jumpa doktor dan ambil ubat Amier ajak ibu  jalan - jalan .mungkin cuaca yang redup  membuatkan Amier  ok je. Pun begitu ibu nak ucapkan terimakasih buat cikgu Roslina dan cikgu yang bertugas pada hari itu kerana bersusah payah membawa Amier untuk mendapatkan rawatan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .