Jun 21, 2010

Amein...

Cuti sekolah penggal ke - 2, 2010 sudah berakhir semalam , Hari ini kehidupan kembali kepada rutin hari - hari yang bersekolah . Kita imbas kembali ,  apa yang anak - anak ibu dapat disepanjang 2 minggu cuti persekolahan yang lalu .

Minggu pertama cuti persekolahan ibu bawa anak - anak ibu tidur kat hotel yang berhampiran klcc.
Tidak melepaskan peluang masuk kepetrosains meski pun ini sudah kali ke 3 kakak ke sana. Kali ini kakak nak bawa baba pulak.

Dah sampai klcc ..anak  ibu ni suka gadget baru ,jumpa kat showroom ,dapat pula main free apalagi ..tak da chance orang lain nak main.

Sesampai aje KL kita ke tempat  nostalgia  ibu ngan baba dulu ye. Pasti ,tak lupa kata kakak.

Lepas tu mana lagi kalau bukan pegi SA. Masa tu kalau petang je mesti ujan.
Dah masuk minggu ke dua ,kak ngah dengan gigihnya nak ambil lesen kat 'petronas smart street' di Mesra Mall. Terengganu.

Kak ngah tak sempat dapat lesen sebab baba dah panggil nak balik , tapi sebelum tu sempat lagi makan kek.
Seronok betul ...kalau nak  pegi makan angin tu ..cuba kalau suroh  baca buku tak adanya muka nak tersenyum macam tu.


Disamping gambar - gambar yang ibu letak kat sini dan ada juga yang telah ibu letak pada n3 ibu yang sebelum ini.
Pengalaman ini adalah secebis kenangan untuk dikenang hari esok..Bagi ibu ,cuti dua  minggu ini anak - anak ibu sentiasa di sisi ibu disamping baba pun sudi menemani semata - mata memenuhi permintaan anak - anak .
ALhamdulillah . Amin.

4 ulasan:

  1. Salam Salmi..

    wah.. datang KL, tak bagitahu kakcik punnnn...

    BalasPadam
  2. wan..bagus juga aktiviti wan..anak akak pernah juga,..tanya..mak kenapa kit tak tidor hotel kat..KL..katanya..cuti sekolah baru ni juga.akak cuma bawak dia orang tidor kat hotel s.alam aje..seronok juga dia..
    terima kasih wan..akak dah dapatidea..tapi..rasanya..kena pi senyap2 nanti sedara mare bising pulak..tidor kat hotel...

    BalasPadam
  3. kakcik..kan saya dah cakap . nak jumpa kakcik kat kuantan tak nak kat KL. Tak da ummph.

    BalasPadam
  4. kakErna...sesekali nak juga berjalan sendiri - sendiri ye tak?.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .