Jun 13, 2010

Rosak ...



Hari ini ibu ingat nak bawa anak ibu jalan - jalan sepanjang hari, bermula dengan pergi pasar tani kemudian ke ECM dan beberapa tempat untuk buang masa dan menghabiskan duit. Ooppss...belanja secara berhemah..beli barang perlu aje ok!!. selalunya barang yang dah lama di idam - idamkan atau dah berulangkali pergi tengok..uoii ibu ni kedekutnya. Elok - elok sudah siap ,baba yang dah keluar kepadang golf pepagi lagi tepon suroh tunggu nak ikut sama.
Memula singgahlah pasartani. Tak snap gambar pun kak ngah beli jitbits je.kakak sibuk panas.
Kakak buat rawatan mata sebelum tu buat rawatan resdung .Ibu tak tahan tengok kakak pagi - pagi mesti sosek - sosek idung berair .Ibu bawa dia kebetulan Permata Hijrah buat promosi kat ECM tu.

Ha..ini hal kat dalam pulak. Ada pemeriksaan kesihatan percuma. Apalagi ibu dan baba tak melepaskan peluang. check jangan tak check. (jgn salah tafsir gambar..baba sedang bertanya sesuatu dgn petugas tu bukan dok ngorat ye....)

Lepas tu ke kedai dvd & game.Yang ni dah lama kak ngah dan Amier berdendam. Beli joystick dan beberapa keping cd game.

Balik rumah ..Amier balas dendam main ps sebab ps hanya boleh dimainkan pada hari cuti sekolah sahaja.Taktik ibu ...biar ibu beli joystick dan cd game yang murah sebab bila sudah rosak kena tunggu cuti sekolah sekali lagi baru boleh main ..ps lagi ok.Oleh sebab itu pandai - pandailah awok....

Plan ibu untuk bawak anak ibu jalan - jalan lebih sikit tak kesampaian sebab lepas dah dapat apa yang kak ngah ngan Amier nak,baba terus nak balik ,makan tengahari pun belum lagi.Tu lah..kalau baba ikut habis rosak ibu punya rancangan barang yang ibu nak pun tak sempat ibu tengok lagi.Nanti hari kerja kita jalan - jalan lagi ,jangan bawak baba ok.





4 ulasan:

  1. Bab joystick dan cd games ni lah yang kadang2 buat kakcik naik angin... :)

    BalasPadam
  2. wan..baik punya pujok tu..jangan bawak baba o.k..kalau baba tau..camne tu..

    BalasPadam
  3. kakcik...saya dah pernah beli dari yang rm25 - rm49 tetap rosak jugak. yang baru ni saya beli 2 rm30..ambik kau.sbb tu kalau rosak tunggu cuti sekolah sekali lagilah jawapnya.

    BalasPadam
  4. kakErna..tak bawak baba tu maksudnya ,bila baba ada kat ofis baru bagitau ataupun bila dah sampai kat tempat nak pegi tu baru call bagitau 'baba,kitaorang ada kat sini-sini".Biasanya baba tak marah..paling - paling pun baba muncung je.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .