Ogos 10, 2010

CERITA kakngah

Hari Ahad 8/8/2010 sekolah kakngah mengadakan sukan Tahunan nya. Dah terlambat kan , tapi nasib baik sebelum puasa....kalau  tidak  takda sukan la ..sekolah kakngah ni. Amier taknak ikut , hari minggu dia lebih seronok melayan tidurnya.
Pagi - pagi lagi kakngah dah sampai..sebab kakngah masuk acara.....pembarisan. Oleh kerana satu jalan, baba yang antar tapi ibu yang kena tunggu kakngah sedangkan baba  ke padang golf. Sesampai di sekolah ibu adalah ibubapa  yang pertama sampai , semangatlah konon. ;- sampai belum 7.30am acara bermula 8.45am dan ibubapa mula sampai dalam 8.00am. ;- Ibu yang awal sampai kat situ macam kera sambong ekor sumbang terconggok je situ.
Pembarisan lintas  hormat dimana kakngah mengambil bahagian. Kak ngah cakap dia ada di barisan belakang.

Asap  berwarna warni  bertebaran  berserta bunyi letupan  yang kuat  dilepaskan tanda sukan tahunan dirasmikan oleh  YB.
Kak ngah tersenyum puas setelah dapat penat memberi  sumbangan kepada  rumah pasukanya dan ibu ada disitu pada hari tu untuk bagi sokongan  semangat buat kakngah.
Acara  hiburan/tontonan  untuk ibubapa serta pengunjung sukan tahunan sekolah pada hari tu. Pasukan senamrobik ke ...pom - pom ke...gimrama ke? ibu tak pasti pulak , tapi  lagu lagu yang mengiringi tarian  memang best.
Itu ajelah yang dapat ibu citerkan pasal sukan tahunan sekolah kakngah ni.
Gambar lain - lain acara sukan tak di ambil sebab kakngah tak ambil bahagian , cuaca sudah makin panas kami ambil keputusan untuk pulang , lagipun baba pun sudah habis dan mau pulang ke rumah sahaja. Tak larat weii.....nak tunggu ...


10 ulasan:

  1. Salam Salmi..

    Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

    Pergi temasya sukan anak2 hanya sebagai sokongan moral. Kalau ikutkan hati, rasa nak duduk kat rumah je, kan? :)

    BalasPadam
  2. w.salam ina..
    memang manis tapi hari - hari buat latihan , sekali pandang mcm anak org lain pulak.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kakcik, sama - samalah kita.

    Memang kakcik,tengok kan excited dia tu ambil bahagian tu kesian pulak w/pun kita ada program lain.

    BalasPadam
  4. salam wan..macam mana hari2 pun buat latihan..kak ngah tetap senyum manis..pandai je ibu kata macam anak orang lain..he he..

    BalasPadam
  5. w.salam kakErna,
    hari - hari tengah panas dah kakngah ni blacksweet makin hangus jadinya.
    Tapi mungkin raya nanti oklah.

    BalasPadam
  6. Amboiii..

    Kak Ngah sukanyaaa...

    Salam Kak Wan , harap sihat ye.

    BalasPadam
  7. salam kak

    comel kak ngah senyum..
    hehehehe
    selamat berpuasa =)

    BalasPadam
  8. Hai Linda comel,
    puasa tahun ni di postpone ke minggu depan ...bole..gitu?hik...hik,

    BalasPadam
  9. W.salam cheqna,
    Senyum sokmolah..tengah minum milo tu..

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .