Ogos 20, 2010

JAWAPAN pada yang pelik..

Terima kasih berbanyaklah pada yang sudi memberi komen pada n3 ibu semalam  yang bertajuk tak pelik tapi pelik tu. Ce wwah ...cam ramai nah pengomennya.  kat  kakErna, ina 03.07, liNda comel serta kakcik seroja dan member baru b.r.u.t.a.l.s.o.l.o. komen daripada budak brutal tu cam gini..(ibu nak link kat sini mcm linda buat tu ..tak gheti pulok..ibu taip balik je.)   'memang tak pelik tapi aku rasa pelik tebuan ada nama jalan ustazah tak cat rumah sapa minum milo akan beso cam tu....arh  pelik.'
Takpa lah ibu beri terus jawapan nya , malas dah nak corner - corner  kot lain lagi .straight to the point lah. Ibu cakap yang benar bukan seperti budak tu fikir. Tapi terpulanglah kalau nak sekadar suka - suka bolehlah nak fikir apa -apa pun, mak tak kisah u.

Tengok umah ustazah zana dah cantik dah ...semalam tak habis ngecat kenapa? sebab semalam masa tukang cat tu sedang seronok ngecat ...tiba - tiba ujan telah turun dengan lebatnya..gilermu nak ngecat tengah ujan ..maka dia pun berentila.....masa tu lah pulak ibu  sempat snap gambar yang tak habis tu...tak ada orang tau pun.

Percaya tak ...nama jalan ni di ambil sempena dengan nama jet ni..
Macam tak ada kaitan kan? tapi memandangkan jalan tu terletak kat dalam pangkalan udara maka tiada seorang pun yang heran cuma ibu je yang cuba untuk fikir  cam budak -budak lain.
Gambar  milo ni pulak ;-, Masa mula - mula terpandangkan baju yang bagak besar ni ,ibu terfikir begitu kreatif dan  banyak kerja nya orang ni  dalam menjayakan serta menjaga keunggulan jenama nestle ni..Tapi walau apa pun pokok pangkalnya duit  sebab nestle banyak duitlah maka suka - suka dialah nak buat baju besar mana pun!
keh...keh..dah dapat jawapan nya.
.sorrylah ye kalau ada yang tersinggung ibu dah tulis semalam bahawasanya ibu sesaje je takda niat apa - apapun . Buat pengomen - pengomen yang di sayangi semua ibu ucapkan berbanyak  terima kasih  kerana sudi memeriahkan blog ibu . kalau ada yang 'terasa'...- ada lori ada bas..lain hari boleh balas.




18 ulasan:

  1. Salam Salmi..

    kadang2 memang macam tu.. orang lain tak terfikir, tapi kita sibuk memikir. Macam kakcik, suka tengok dan menghayati pemandangan terutamanya ke arah awan dan langit, sedangkan orang lain tak pernah kisah pun. :)

    BalasPadam
  2. W.salam kakcik...
    Betul kakcik...kadang - kadang terbawa - bawakan kalau ada yang tak kena tu mulalah susah hati.
    Padahal bukan ada kena mengenapun dgn kita.

    BalasPadam
  3. Oooo..camtuh jawapannya . Hehe

    Ada logiknya . Apa yang kita fikirkan tidak sama seperti apa yang orang fikirkan . Kalau ada pun itu kebetulan .

    Umpama tidur sebantal mimpi lain2 . kan kak wan kannss...

    BalasPadam
  4. wan..tak ada yang akan tersa pun..dah memang tau wan saja suka2...
    kadang2 kita memang suka berfikir .orang lain tak terfikir pun..kita yang berfikir..tak ape wan..tu nama nya..kita ni aktif lagi..

    BalasPadam
  5. salam kak wan,
    bila terlalu banyak berpikir memang macam-macam yang terpikir...

    BalasPadam
  6. Yeah...betul tu Linda,
    Awak comel je bolehla tidur sebantal..
    Nak mimpi sama kata org tepuklah bantal sambil seru namanya...boleh cuba tu...

    BalasPadam
  7. KakErna..,
    kalau hiper aktif orang marah juga..

    BalasPadam
  8. W.salam ibuintan..
    Memang ..tak habis - habis nak pikir..je kan.

    BalasPadam
  9. Orang yang masih solo memang macam tu...

    BalasPadam
  10. salam,

    nak fikir tang gambar tu kena berfikir secara kreatif dan kritis kalau silap hari bulan boleh pening kepala dibuatnya hehe..

    BalasPadam
  11. Takpa PM, akak dah jawap dah semuanya makasih sempat singgah.

    BalasPadam
  12. Salam kak wan.

    Terima kasih sudi dtg dan komen di blog saya. Ramai kawan2 saya kat blog ni rupanya ngeee.

    Jalan Tebuan tu dah takde enjin kan skrg? hahaha

    BalasPadam
  13. w.salam tuan YB,
    t/kasih kembali..pasal enjin tu..tau takpa..

    BalasPadam
  14. Salam kak,
    terlepas pandang pulak n3 ni..
    hehe..


    semua jawapan ada logiknya.
    (^_*)

    BalasPadam
  15. di hway mana ntah, ada papan tanda dengan 3D mini cooper terlekat pada board.. cantik sangat!

    dulu sy blurr, camne SYABAS bole dirikan kepala paip SYABAS yang giant tu di atas tangki (dgn air2 terkeluar dr mulut pili air..)

    rupanya skrg bila dh xda air , baru tahu.. ada tiang kecik yg bg kepala paip tu berdiriii

    BalasPadam
  16. Miss Q,
    tapi heran gak ye..cam na tiang kecik tu boleh tahan kepala paip yg beso tu.

    BalasPadam
  17. Ina...
    kena pikir ikut logik nya je ...takyah susah - susah.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .