Oktober 07, 2010

Ada sesapa teringin...

Petang jumaat 1hb.okt 2010 .Selepas ambil Amier di sekolahnyaa kami terus ke KL. Nasib baik cuaca begitu indah dan permai mengiringi perjalanan kami di sepanjang LPT. Seelok sampai saja baba telah membawa kami makan di sebuah restoran makanan Iran.
Nasi ni kami panggil nasi arab je...terlebih letak kunyit  untuk warna nasi yang begitu cantik tapi bila di makan rasa macam makan pulut kuning je. Satu sajian tu banyak , siap makan dengan sup ..sebagai kuah agaknya, tapi ada juga  di sertakan roti nan.  Oleh kerana tak biasa , kami order  makanan mengikut cadangan diaorang je. Baba sedang bahagi nasi dengan lauknya adalah  ayam yang dibakar ;-  share ngan ibu.

Kakak cuba daging ;- datang ngan nasi jugak..semonya dalam kuantiti banyak, anak ibu ni perut kecik je ...sib baiklah lauknya boleh habis..tinggal nasi je. Nak di tolak ..in package katanya.

Kak ngah try ikan pulak..tak ambil nasi , cicah dengan roti nan je..tak tau ikan apa yang di beri sib baik lagi sekali ...bolehlah kak ngah telan.

Makanan Amier ibu lupa nak snap sebab dah excited nak merasa  makanan  dari iran ini. Ketika sedang makan tu ..ibu cakap ngan baba..bagus makanan arab ni tak rasa apa - apa pun (cuma rasa berempah n tawar je ;- cam kurang masin+manis+masam)..anggaplah kita makan makanan yang berkhasiat sudahlah....

TEMPAT;  Restoran Safa berhampiran  Ampang Point ..near hotel Palma in tu..( gambar;- bertahun nak tunggu upload ,(ni hangin ni) grr..)

Gambar kat atas ni ;- Ini makanan  kat dalam umah mama ina kat SA ,kat luar ada lagi makanan yang penuh ngan kalori (ceeewah konon - kononya) jamuan raya a.k.a belated birthday abg Haikal ;- antara sbb kami keKL. Nak tau apa abg Haikal dapat sempena 21st bdaynya?....jeng..jeng satria neo...puth lagi.

Sesaja nak tunjuk makanan yang ibu ambil/makan  kat umah mama ina malam tu ;- ada ayam masak merah,rendang ayam/daging n  nasi impit kat bawah kuah kacang tu..alaaa..sikit..tu baru first round..2nd round makan laksa pulak..heh..heh ..gambar dah tak snap ..sibuk makan . lupa..kendian kami balik (balik kemana? nanti ibu buat n3 lain) tak basuh pinggan pun . buang je sbb pakai polistrin..sampai je ujan turun ngan lebatnya malam tu.


Ini adalah gambar sejenis siput??  mentarang namanya..setahu ibu banyak di jual di tepi - tepi jalan area k.selangor sehingga ke sabak bernam. Bibik noja (adik baba) yang beli, sebelum keumah mama ina kami keumah bibik noja beraya, baba request nasi , lauk lain takda sib baik anak - anak lelaki bibik noja sempat bakar mentarang ni..makan cecah sambal kicap , sedap. tapi awas.....ibu tak berani nak makan banyak pening kepala dan keesokan harinya baba sakit perut gara - gara mentarang ni.


Ibu rasa nak berenti sini dulu ..citer pasal makan - makan di hujung minggu  nanti lepas ni ibu nak citer pasal tempat persinggahan kami  masa kat KL tu.  Ok dulu jumpa lagi sampai ke saat ibu rasa rajin nak mengapdet n3 nanti .  bye..bye.


2 ulasan:

  1. Sampai hati tak singgah kat rumah kakcik punnnnnn.... :(

    BalasPadam
  2. Alamak...sorry kakcik, tak lalu area umah kakcik tu..Lagi pun hari sabtu tu kakcik pegi beraya sampai ke Perlis kan...
    InsyaAllah ada rezeki..saya datang.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .