Oktober 20, 2010

sambungan...

Rasanya dah berjam duk tercongok melayan blog yang saya suka baca tu ..keluar .dan .masuk dari satu blog ke satu blog  terutama  blog - blog yang wajib di jenguk setiap kali berintenet.
Cepat nah masa berlalu ye...tapi takpalah kain dalam mesin tu relakslah  sekejap  nanti ibu ambik jemur kat luar..hari ni  ibu cuti masak sebab baba layan golf dia...baba main golf sebab kerja bukan kerana kaya ye...tapi kalau di beri Allah rezeki kaya pun ...Alhamdulillah ibu terima je kerana itu yang di doakan setiapkali lepas solat.

Sebenarnya nak  tulis mukadimmah sambungan n3 semalam tu..hari - hari minggu lepas yang telah ibu lalui ...sebagai seorang ibu yang dok melayan segala keperluan anak - anak serta orang sekelilingnya ;- senang cakap surirumah tangga.

Ada gambar baru syok kan ;-

Kesihatan sepanjang hayat kualiti sepanjang masa ; motto kat klinik kesihatan ni..semalam dah pergi hari ini datang lagi bawa nenek pulak  atas sebab ada temujanji ngan doktor peribadi   masa ni , nenek ada kat rumah ibu semata - mata kerana urusan doktor  . Agak lama menunggu , maklumlah nak jumpa doktor kerajaan bukan senang.


Pada sebelah petang , kakak nak menziarahi  kawannya yang masuk wad ..bukan pegi sorang - sorang 4 orang lagi kawan sekelas di ajaknya sama..padat  hondamyvi  ibu di buatnya. Bla dah hantar kena pula ambil.. tgk; gambar ibu ambil sambil tunggu lampu trafik bertukar warna (on the way balik ) ;  hari dah maghrib masih lagi di jalanraya.

Cerita keesokannya pulak  ; Nenek nak keluar shooping ..bukan sorang yang pergi ..semosekali nak ikut, sib baik Amier kat sekolah . Konon nak cepat ..ikut bypass sampai jambatan ada jem (  cuba bayangkan jalan agak menurun kat sini ). apalagi sudah pasti ada  langgar - langgar serta gesel - gesel tapi orang lain yang kena bukan ibu. Alasan nya ;- nak tukar lampu jalan .


Sampai hari ujung minggu (sabtula tu )  cikgu Amier suroh pergi karnival susu..biarpun Amier dah jarang minum susu tapi tetap nak pergi. Takda apa cuma kalau beli susu dapatlah hadiah n kupon serta games untuk kanak - kanak...yang selebihnya vitamin D di bawah pancaran mentari pagi. terik.

Pada petangnya pula  kena temankan baba ke pusat wellness ni. Pusat fisioterapi dan hidroterapi. Ada orang rekomen pusat ni untuk terapi minda.   Kebetulan baba  masih dalam rawatan lutut dan sakit belakang.  Hidroterapi kat sini adalah  merasai mandian / urutan buih ultrasonik dan aromaterapi yang..mengikut katanya boleh buang segala toksin  yang ada di dalam badan.  Lepas bermandian buih ultrasonik tu...apalagi...terasa sengal - sengal seluruh badan ...kepala pulak pening lain macam.aje.. petangnya layan blog terbaca kat blog tini pasal pening baru ibu tau rupanya  pening kepala ibu di sebabkan berlakunya hidrasi..ooo tak serius sangatla..tu

Adui...hai...dapat juga ibu buat n3 hari ini 20.10.2010 ni.  Ada makna ka?  walau apa sekalipun  yang di buat pada 20.10.2010 ni ibu berharap semoga semua bahagia dan berdoa semoga kita dalam lindungan Allah sentiasa sehingga 20102020. 
Aaa..mier..eh bukan  Aaamiiinnn.


10 ulasan:

  1. amboi bu..
    sibuk nya...
    moga ibu sihat2 sentiasa

    BalasPadam
  2. Fuhh, bersilang-silang mata saya membaca n3 kak wan kali ini . Sangat padat ..hahaha

    Apapun moga nenek dan en baba sihat hendaknya.. begitu juga kakwan cayang ..

    saya pun amin kan kita semua jadi kaya ..ahaks !

    BalasPadam
  3. Salam Salmi...

    semoga apa juga perkara baik yang kita buat, kita lakukannya dengan hati yang gembira. :)

    BalasPadam
  4. Cheqna 1..,
    Fuh!.. nyawa pun tak lepah ; kata org tapi Alhamdulullah ibu makin tambah berat badan.



    cheqna 2...,
    Tak penah tgk citer asmara mungkin sbb simbong ngan LBS tu..baik jgn tgk sbb ssediiih sgt..tapi heronya hensem .

    BalasPadam
  5. salam wan..pandai jugak wan..ayang yang akhir tu..buat akak gelak
    amiin..tapi nak sebut amiier pun tak pe..sebut kuat2 mesti terkejut amier..ibu nak apa katanya nanti..

    BalasPadam
  6. Linda comel oi..lepas ni pakailah spek mataitam awak tu ye.

    Lagi ramai yang meng Aminkan nya lagi makbullah doa kita ..InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. W.salam kakcik...,
    Memanglah kakcik..gembira dan kepenatan adalah seiring dan sejalan.

    BalasPadam
  8. w.salam kakErna..,
    Saya kadang - kadang kebuntuan , bila nak buat ayat penutup nak blah cam tu je rasa tergantung lak jadinya.....ape ape ajelah!.

    BalasPadam
  9. BANYAKLA NANTI KAWAN AKAK KALAU RAJIN BUAT COMMENT YEK...JANGAN LUPA SAYA KAK

    BalasPadam
  10. Yang, kawan akak memang ramai tapi masa akak yang takda...

    Akak rasa dah letak dah blog brutal tapi dah hilang mana pulak ..nanti akak letak balik.
    Anyway thanks..

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .