Minta maaf ye.... semalam ibu sudah bercerita kisah anak - anak ibu pergi bercuti ke Ipoh , Perak Darul Ridzuan ; tangni Amier terlebih perasan sbb nama dia ada Ridzuan tu...takpa, bior le dia.; ghupanya kisah semalam tu ada sambong lagi , ibu tak habis lagi nak bercerita perihal apa yang kami buat semasa di dalam ; The Lost world of Tambun ; baca ngan nada citer seram.
Masa nak masuk sorry gambar out tapi nak letak gak. hari sudah sekerat hari , baba kata nak teruskan juga niat dia...walaupun hujan sudah mula rintik - rintik.
Masuk je terus ke tempat permainan kanak - kanak , maklumlah anak - anak ibu semonya masih di bawah umur lagi. Tapi yang sebenarnya kami terpandang tempat duduk yang kosong serta berhampiran dengan kolam tersebut. Leka betul diaorang,macam itek jumpa bendang .., baba ajak ibu jalan - jalan mengeliling kawasan lost world tu..
Anak - anak ibu pula , pantang nampak ibu bergerak sikit mulala...nak mengikutnya , lantas kami naik je ketapi tarik yang di sediakan di situ...ketika itulah juga hujan turun semakin lebat..ketapi meyusuri kandang harimau yang terbuka....nampak u .. ..ada 3 ekor .rimau ..,idup ..bukan gambar .
Ketapi berenti suroh tengok tiger feeding . Orang lain tengok kat atas ibu tengok kat tepi pagar tu je...tapi tak takut sbb di bawah pagar tu ada sungai yang memisahkan rimau - rimau tu . ( kalaulah rimau - rimau tu pandai berenang?? tak taula..nak cakap apa )
Ini adalah ghupe di dalam zoo didalam kawasan the lost world of tambun tu. ...,keadaan selepas hujan yang sebenarnya...hujan pula bukan main - main , memang lebat betul...sampaikan ketapi kena berenti bukan kerana banjir tapi takut berlaku apa - apa yang tidak di ingini ...maklumlah ketapi hanyalah pada ghupenya je..ia adalah traktor yang menarik gerabak je ...sebenornya.
Sambil menunggu ketapi bergerak semula ibu pun berjalan - jalanlah didalam kawasan zoo tu..sampailah kat kandang ruby and friends ..ni , dia ni punyalah friendly boleh siap posing lagi tu. psst...yg sebenarnya kamera tak di benarkan tapi....entah kenapa ?? mungkin kamera dah kat tangan ....ah snap je la...
Ini lagi kawan - kawan si ruby tu..kesian kesejukan , kena hujan.
Pergi sangkar lagi satu yang di buat seperti terowong , konon - konon nak jalan melepasi benda tu lah ...tapi demi ternampak ini....langsung niat ibu terbantut ,berjoget - joget kegelian di situ. (yg itu kat atas , ada lagi kat tepi..kiri - kanan dan di atas lantai pun ada yg duk melingkar)
Kakak boleh - boleh ajak juga ibu pergi ke kandang kat belakang zoo tu..katanya ada kucing comel...ghupenya kucing bengal yang sungguh comel..tgk; agaknya dia minta kami ambil dia bawak balik ke kuantan kot.
Sebenarnya ada berbagai binatang lagi kat dalam zoo tu ada beburung , monyet, landak dan sesetengah binatang di simpanya kerana cuaca yang sangat tak mengizinkan itu.
Hujan masih tak berenti walaupun jam sudah menunjukkan sudah pukul 5.00pm lebih, kami bersiap nak balik ..masih sempat berposing , kata baba pemandangan bukit batu kapor yang menjadi latarbelakang the lost world of tambun itu sungguh menarik.
Masa nak keluar ; tapi kakngah ada kat pintu masuk, nak cari angle yang cantik untuk bergambar , masa ni jugaklah orang lain pun nak ambik gambar sama.
Inilah satu - satunya gambar kenangan yang dapat di candid oleh staff kat situ . gambar lain tak dapat sebab itulah...........................cuaca tak mengizinkan.
Sudah selesai sepetang dalam hujan di the lost world, bagi sesiapa yang berhajat untuk bercuti sambil main air tu ...memang ibu suggestkan inilah tempatnya...seronok dan puas. tak percaya ?? tanyalah Ain.
So ..dah habis....kita tutup citer pasal percutian ini ....nanti ibu buat n3 lain pulak. Ibu nak bercerita pasal hari - hari terakhir Amier di tahun satu......hingga kita jumpa lagi di kesempatan itu ....bye.
Salam Salmi...
BalasPadambukan anak2 je seronok... ibu pun teruja sama, ya? :)
salam kak wan.
BalasPadamwow bestnya gi bercuti ngan anak2 kan.. yang paling seronok bila tengok anak2 happy kan kak wan.. priceless..
Betul - betul..
BalasPadamAanas..,
BalasPadamAnak - anak dah paham dan boleh urus diri sendiri legalah sikit..sbb tu bolehla kita pun tumpang happy.
Hello Kak Wa, you have a nice blog. Bahasa saya sebelum Merdeka, tetapi boleh faham sikit disini.
BalasPadamSaya suka binatang2 tu.
That 2 racoons disini selalu nuisance makan apa kita tanam in the garden.
Dulu saya tanam jagung, semua dia makan, sebelum saya boleh dapat makan satu, ha ha.
You keep well, have a nice day and keep a song in your heart, Lee.
Bercuti keluar negara memang menyeronokkan tapi jangan tak tahu di negara kita juga banyak tempat2 yang cantik dan seronok dilawati.
BalasPadamkak wan masa ain pegi hari tu..penjaga tu kata bln august nnt harimau tu ade baby...sebab dia peknan masa tu...
BalasPadamsalam wan..rupanya..bukan tempat mandi aje ye..ada mini zoo jugak..akak tak pernah pi lagi..tak tau pulak ni..ingatkan tempat mandi2 je..tq wan..kongsi cerita disini..
BalasPadamHai Uncle Lee..,
BalasPadamkakwan nampak racoons tu pun manja macam kucing.
Cuba uncle Lee tanam chili pula, nanti tengok sapa pula pencuri tanaman uncle Lee tu.
Harap Uncle Lee n wife sihat - sihat sahaja.
Kak Zai,
BalasPadamKalau ada rezeki lebih boleh juga kak zai.., nak merasa suasana negara orang.
Ain..,
BalasPadamOh ya? untung Ain, boleh tengok rimau peknen kan?
KakErna..,
BalasPadamBetul kakErna., taklah boring asyik berendam je boleh jalan - jalan tengok binatang.