November 07, 2010

Faham ke...?

Malam ini ada ulangan pertandingan Dikir barat kat  tv 1. Baba dah ngadap tv awal - awal lagi . Orang lain sibuk ngan aktiviti masing - masing kakak ngadap laptop , kak ngah ngan channel cartoon nya yang baru ibu sambung balik sempena cuti sekolah ;- Ibu memang tutup channel cartoon pada hari - hari persekolahan ;- ( kakngah hanya dapat tengok  finger tips kat tviq dan hagemaru 611 sebab tu dia minat spongeboard sebab takleh nak tengok high school musical yang di minatinya.)

Berbalik pada kisah baba tadi... ralit betul baba nonton dikir barat tu tak alih channel lain doh...  tiba - tiba kakak  tanya , baba.., baba faham ke yang baba tengok tu..
Hmm...hmmm.. jawab baba .
Oleh kerana kesian kan baba...manalah tau kot - kot ada ayat - ayat atau perkataan yang boleh ibu tolong translate kan ...maka, duduklah ibu sambil - sambil neman baba.
Eh..eh best pulak tengok pertandingan dikir barat ini , apalagi bila ternampak Mustapha kamal bercakap dialek kelantan...dan telatah  Sabri Yunus yang mengingatkan ibu pada watak mamak bendahara dalam filem Magika ...sungguh kelakar.
Baba siap komplen lagi...;- komplen yang positiflah . kumpulan ni bagus kumpulan tu sedap dan macam - macam lagi . Macamlah dia tau. Ibu pulak acapkali tanya paham ke ba, yelah...jawabnya faham yang macamana   ..ibu tak tahulah..  sebab ;- Bila ibu  ketawa part yang diaorang tu buat kelakar ;-  ibu sorang je  yang tergelak , baba tak ketawa pun.


Ini bukan gambar  kumpulan dikir barat yang kami tengok kat dalam tv 1 tu ni contoh  sebuah kumpulan dikir barat senang  berdikir.

Akhirnya ibu sendiri pun naik seronok  tengok  pertandingan ini walaupun pada asalnya cuma  kesiankan baba . ..


7 ulasan:

  1. slamat malam kak wan,
    saya pun suka nengok dikir barat ni walaupun tak brapa nak paham bahasanya...

    lucunya banyak juga, dan gayanya juga pelbagai

    BalasPadam
  2. salam wan..akak pun gelak..bila wan asek tanya..paham ke..sudahnya..wan yang naik seronok menonton..
    akak dulu masa keje kat epot..ada yang dari kelantan tanya.."tubik kot mana"..akak diam tak je..tak tau nak jawab ape..tak paham..
    kebetulan ada kawan yang dari kelantan tolong jawabkan..

    BalasPadam
  3. Makasih ibuintan..,
    Memang seronok kan.., dan malam ni dia orang pelbagaikan sahut saranan 1 Malaysia tu...

    BalasPadam
  4. KakErna saya tanya dia faham ke sbb saya memang faham..dan seronok , cuma kadang tu tak sempat nak layan.

    Last - last saya gelak sorang - sorang dia buat bodo je.

    BalasPadam
  5. Hey really nice website, I noticed your website when doing study on some methods to develop my web log. I was simply inquiring which spam software system you use for comments as I get tons on my site.
    You nicely summed up the issue. I would add that this doesn’t exactly concenplate often. xD Anyway, good post…

    BalasPadam
  6. saye pulak kak wan..tak faham langsung...cume suke nengok gaya dia org nyanyi...

    BalasPadam
  7. Eh Ain tengok juga ke...kalau akak tukar channel lah jawapnya.

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .