Sebagai tempat pertama destinasi percutian kita kali ini....
jeng ..jeng IPOH. ...mali... sejak kahwin ngan orang Perak ni ...teringin bebenor nak pegi Ipoh tapi tak sampai - sampai sehinggalah baba ada urusan di Pulapol Kinta tu.
Perjalanan bermula di petang Aidil adha ..transit dulu kat umah mama ina di SA . Besoknya lebihkurang kul 10 pagi bertolak ke Bandaraya Ipoh ..punyalah excited sampai 3 keping gambar signboard sekali ibu snap.
Tengahari dah sampai.. jarak perjalanan yang dekat ataupun baba yang memandu laju tak taulah yang mana satu nak ibu pastikan tapi memang terasa dekat ... kerana kami sampai ketempat penginapan sebelum kul satu setelah berhenti lebihkurang setengah jam di r @ r jejantas
Petang .., ;tak lepaskan peluang baba bawa kami ke Taman Senivasagam , baba cakap taman ini popular..kat sini ada taman dalam taman....seronoklah anak - anak ibu ni berposing.
Bawa anak - anak berjalan ...kalau tak ke shoping mall memang tak sah..Anak - anak ibu pula pantang jumpa benda - benda baru ..mulalah terlebih excitednya. Tengok tu kakngah ngan Amier berebut - rebut menonton Lcd 3D.. sebelum tu baba pun numpang sekaki. padahal ibu pun jakun gak.
Sudah alang - alang ke Ipoh tu..apa salahnya kita masuk bermain air di The lost world of Tambun ..tempat terkenal ?? tu.
Amier ngan kakngah berehat selepas minum pagi di hotel penginapan kami selama 2 malam di Ipoh..Hotel Seri Malaysia...two star je ba...kata kakngah...apa pun bagi ibu sudah selesa di situ.
Ha....ni satu lagi ibu nak bagitau ...kami nak ucapkan berbanyak terima kasih la...pada mokcik penunjuk jalan yang cakap omputih tu. kalau tak kerana GPS tu sudah tentu lah kami entah kemana hala., dengan cuma berpandukan mokcik yang cakap omputih ni je lah kisah percutian anak - anak ibu kali ini sukses...
On the way balik umah setelah berhenti makan tengahari di Temerloh.. ada orang masih berbaju tidur. Kami bertolak seawal kul 9.30 pagi selepas minum pagi di hotel , bimbangkan hujan di tengah jalan . Alhamdulillah cuaca begitu indah dan kami tiba di umah lebihkurang kul 2.30 petang. Amacam? Fasa pertama . cuti persekolahan anak - anak ibu sudah selesai, ada dua lagi misi yang menunggu di minggu - minggu akan datang harap - harap musim hujan sekali gus banjir tidak akan menghalang misi kami nanti. Insya Allah.
Ibu benti sini dulu nak teruskan misi ibu berjalan - jalan ke rumah teman - teman pula sebelum itu sekali lagi di ucapkan berbanyak timakasih ye sudi luangkan masa bersama ibu. Moga kita semua dalam keredhaan Allah dan di permudahkan di setiap langkah kita. Aminnnn.
LostWorld...ipoh mali
BalasPadamSalam Salmi...
BalasPadamwalaupun sering berulang alik ke Ipoh, jujurnya - kakcik belum pernah masuk ke Lost World of Tambun itu! hehehe....
salam wan..wah cepat sungguh misi cuti cuti malaysia wan ye..he he..akak pun tak tau lagi bak kemana..macam tak de perancangan je..tahun ni..hero bongsu nak mula tuisyen..PMR..
BalasPadamsalam kak wan,
BalasPadamwah cepatnya misi cuti2 melaysia kak wan..
saya tak mula lagi tunggu along habis SPM dulu..
cadang nak ke Ipoh juga , nak try keretapi letrik Somban - Ipoh
lupa pulak..akak kalau kemana mana pun..memang suka sangat tidur kat hotel sri malaysia tu..senang..siap sarapan..tapi di ipoh akak belum pernah tidur..melak..terengganu..kuantan.johor..semua dah cuba..harus kesana ni..
BalasPadamtak lalu kat kg IM? depan stadium perak jer..
BalasPadamkak wan...saye dah gi mase cuti sekolah yg lepas..mmg best gi situ..
BalasPadamanak nk gi lagi katenye...
Zmah..,
BalasPadamThanks sudi jengah akak.., nanti akak lawat zmah ye.
Kakcik..,
BalasPadamSaya pun..dulu masa kakak kecik - kecik sering lalu Ipoh, sbb balik kg ikut Grik. Masa ni kebetulan ada kerja terus jadikan percutian keluarga.
KakErna..,
BalasPadamKakak pun bakal menduduki PMR tahun depan..
IbuIntan..,
BalasPadamBagus cadangan ibuintan tu kakwan pun suka..,
Hai .., teringin lak naik ketapi.
KakErna ..lagi..,
BalasPadamSaya cari yang save budget tapi anak2 komplen gak takdpt mandi swimming pool..boleh ,kalau kakErna nak cuba.
IM..,
BalasPadamTak perasan pulak.., kakwan lalu ke idak stadium Perak tu..sbb dok fokus kat GPS tu je..
Tapi makan kat Ipoh Hainan chicken rice memang marbelous..
Ain..,
BalasPadamBukan budak - budak je best , ibu n baba pun ikut best juge..tapi akak masuk..dah 1/2 hari dan lepas tu ujan lebat...
spoil lah jugak.
SALAM,
BalasPadamTEMAN UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI. TAK SINGGAH TELUK INTAN KE? TEMAN SENDIRI JARANG BALIK KE SANA SEKARANG INI! DAH JADI ORANG SELANGOR !
W.salam Dato..,
BalasPadamkami shoot terus ikut highway..idok le sempat singgah kampong..InsyaAllah bulan depan mungkin balik kg, ziarah mbahnya.