Disember 12, 2010

Berhujung Minggu

 Hari sabtu minggu kedua bulan disember 2010. ...ke ECM  nak cari barang - barang untuk buat persediaan memasuki alam persekolahan 2011. Baba cakap.., mula - mula ke bata  beli kasutlah tu.
Dalam anak - anak sibuk pilih kasut ibu pun nak tumpang juga ada yang berkenan di hati tapi malangnya....saiz dah habis .....popular juga saiz ibu ni....

Masa mula - mula tiba kat ECM ternampak sessi ujibakat satu program baru...di Astro....bateri kamera dah nak abis terus snap sampai tak perasan ada pulak jejaka perasan kat situ. (oranglain ye)
Masuk kat dalam, baba ber angan - angan nak tukar spek baru..anak - anak  pula sibuk ngan santaclaus ni..ngikut kata orang kedai tu..ekonomi takda bagus ...sebab tu lah santa nampak kurussssssssss.

. Gula pasir naik harga...tapi  gula - gula masih maintain harganya..kami tengah  memilih gula-gula  50 biji tigaringgit dan 30biji duaringgit.bila di beli limaringgit tau ajelah berapa banyak yg kami dapat.....ha...ha   kakngah ketawa beso ngan giant lolipop ni kami tak beli  (lolipop tu)  pun cuma  posing je..

Lepas tu baba ajak keTC . Hari sabtu kat tempat kami ni ujan..so redup je ..la ..tapi kat tepian pantai orang tetap ramai ,mungkin hujung minggu diaorang bersantai.

Tengoklah ombak monsun yang sangat mengecutkan hati ...tapi ada orang tak peduli  terus mereka mandi..

Ibu tak bagi anak - anak pergi jauh cukup di tepian saja ..terdengar riuh rendah orangramai seronok mandi laut....tentu ada yang kesejukan.

Tengok ombak kat belakang tuuuu....  hmmm...hmm masa ni lah pulaknya dia nak bawa anak nya mandi pantai...Kalau ibu, tak larat nak melayannn..mana takut ombak, mana takut anak....??/  padahal bendera merah dah jelas ada kat tiang .

Kalau pegi TC tak perabis duit kat sini tak sah...tiba - tiba je nampak poster prosperity burger..hah...faveret baba tu...padahal orang tu tak minta pun...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah harI ahad pula....Baba cakap ada kawan dari KL nak singgah umah ..ibu pun masak lah lebih kurang..(sorry gambar tak snap pulak) Ready kemain lagi ....kendian tepon kata tak sempat nak singgah ...banyak sangat apointment dia. So, makan sendirilah jawapnya. Lepas asar nak keluar lagi ..tiba - tiba ujan turun ngan lebatnya ..masa kami keluar matahari pun ikut keluar hujan jadi reda sebab tu ...nampak pelangi...

Nampak tak pelangi di hujung jalan tu...sungguh cantik..

Tujuan kali ni ke sini lagi ...udah beberapa kali pegi ..tapi kalau ada kelapangan memang anak - anak ibu suke kesini...ibu suke sangat ngan diaorang punye tag ..Lesson for life.

salahsatu teka minda...

Baba dapat buat ...mulalah aksyen ..suroh kakak buat pulak.

Kemudian ke warung  ikan celup tepung ...apalagi makanlah kita......

Lepas makan  ke Popular...kakak nak cari buku.apa ntah. sambil tunggu ...belek - belek novel yang baaanyak kat situ ..nak beli ..confirm takda masa..nak baca ..last - last curi  ambik gambar ajelah..

Tamat sudah kisah duahari  di hujung minggu ini....mulai minggu  depan dan seterusnya kami ada jemputan kahwin pula.
Sehingga ibu buat n3 yang lain ...salam sayang....buat teman- teman, Bye.

10 ulasan:

  1. puas betul jenjalan dengan anak2 cuti sekolah ni ye kak..


    saiz femes tu 6 ke ?

    BalasPadam
  2. IM..
    Dah 2-3 hari tak keluar rumah..kebetulan nak cari keperluan sekolah.

    BalasPadam
  3. kadang puas mikir juga nak puaskan hati anak..

    saiz akak..huhuuu 6 tu tak muat up lagi dua.

    BalasPadam
  4. saye pun sibuk gi membeli brg2 keperluan sekolah anak...

    pening jugak kak wan..4 org 4 jenis ragamnye..

    BalasPadam
  5. salam wan..dah shopping keperluan sekolah jugak ye..senangkan kalau dah beli..
    seronok ye wan jalan2 kat tepi pantai..
    kalau akak pun..tengok ombak kuat macam tu..memang tak bagi anak2 mandi..

    BalasPadam
  6. Hello Kak Wan, my bahasa sebelum Merdeka, so can only faham about 23% of your posting.
    But your well taken pics says it all. I enjoyed looking at the pics. You have a beautiful family too.
    Have a pleasant week and keep a song in your heart, Lee.

    BalasPadam
  7. Kak Zai belum buat persiapan untuk anak kesekolah,masih sibuk dengan jalan2 dan kenduri kendara.

    BalasPadam
  8. saya pun sama macam kak zai, tak mula lagi soping back to school..

    mungkin hujung minggu ni

    BalasPadam
  9. oh terasa santai melawat blog ni..bukan saja dpt tengok tepi pantai, tapi dengar lagu yang syahdu..akak folow yek

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .