Disember 20, 2010

Promosi....promosi..

Wah tajuk..
...boleh claim dengan kementerian pelancungan negeri Terengganu ni...Buat promosi negeri penyu bertelur ni. Apa -apa pun kita tengok gambar ye..manalah tau kot - kot ada yang sebelum ni tak terasa nak ke Terengganu bila tengok gambar poyo yang ibu letak kat sini teringin lak nak cuti - cuti ganu.

gambar 1; gambar - gambar semasa di hotel..,anak - anak ibu kalau tak pergi swimming pool macam tak duduk hotel .kata diaorang ..so demi memenuhi keinginan anak - anak. baba ikut juga dengan muka yang masam  kelat.

Gambar 2; ibu besarkan skit bukan nak tunjuk kan gambar ibu tapi biar telur penyu yang di pegang oleh  Amier  boleh di lihat oleh teman - teman ibu...maklumlah sekarang memang susah nak jumpa telur  peon penyu ni.  Kami jumpa telur penyu ni  di jual kat dalam Pasar Payang yang terkenal tu.

Gambar 3;  Antara  tempat - tempat menarik yang  terdapat di KT.  Masjid kristal..,bulatan yang ada batu bersurat....,kampung cina yang berhampiran waterfront.., Pasar kedai Payang (panggilan orang trg ..tok ca'ya ce tanya  Aanas  sebab hasben dia orang KT). serta yang paling terkenal dan bersejarah ialah Muzium Negeri.

Gambar 4; Antara yang dapat menarik perhatian ibu.............,gambar beso tu adalah gambar beg ..,dah lah harganya murah siap tertulis lagi kegunaan beg tu....(beg lari dari rumah)
Amacam.. ada rasa ..teringin nak ke Terengganu. tapi kalau nak bercuti semata - mata rasanya taklah sesuai sangat hujung tahun  camni kecuali bagi yang ingin merasa tiupan angin monsun timur laut. Bagi ibu ...sebenarnya kebetulan aje... lagipun cuma lebihkurang 3 jam sahaja dari  rumah ibu.

Tapi kalau on the way tu hujan lebat macam dalam gambar ni....ambil masa lah sikit ;- hujan betul - betul lebat antara Rantau Abang ke Kijal ;- Sib baik tak terperangkap dalam banjir.

Bila sampai Kemaman hujan sudah tiada lagi dan di hidangkan dengan  pemandangan yang indah.
Hati ibu sungguh lapang dan berharap akan datang lagi ke KT at least sebelum hari raya tahun hadapan . InsyaAllah.

Sampai sini dulu ye...besok  kalau rajin ibu tulis lagi...jangan jemu .., jangan lupa  nanti ada sambungan nya.
hingga ketemu lagi ...bye!

8 ulasan:

  1. salam

    wah baiknyer promosi, kena claim komisen ni..lama tol iman tak g trengganu

    BalasPadam
  2. W.salam iman..,
    Tu pun tak abis lagi, nanti ada sambungan nya ye..

    BalasPadam
  3. last pergi ujung tahun 2008, makan kat sana murah kan..

    tak tahan dengan batiknya

    BalasPadam
  4. Memang betul ibuintan...
    Paling tak tahan batiknya ada je yang terbaru...tapi kakwan buat tak tahu..(tgk je...belinya tidak)

    BalasPadam
  5. Salam kak wan. Seronok betul melancong. Saya pernah ke Trengganu dibawa keluarga untuk merihatkan minda selepas kematian arwah isteri.

    BalasPadam
  6. salam wanwan..walaupun pernah ke KT dan ke Masjid kristal..tapi akak masih lagi teringin kesana.
    wan..maaf ye..akak dah tag wan..

    BalasPadam
  7. W.salam en.Ariff..,
    Pergi KT bukan dikira melancong sbb saya tak pegi semo tempat cuma jalan - jalan sambil makan je.

    Saya kira minda en.Ariff dah rihat lepas balik dari T'ganu.

    BalasPadam
  8. W.salam kakErna..,
    Walaupun KT bukan tempat saya tapi memang tak rugi kalau kakErna kesana lagi.
    Tag..hmm..hm

    BalasPadam

terimakasih pada yang sudi.Moga Allah kan menambah rezeki .